Suami handsome atau kaya jatuh nombor dua bagi isteri, paling penting jangan perangai buruk. Sebaliknya suaminya yang baik perangainya, sentiasa mahu berubah dan rajin mencari rezeki adalah lelaki-lelaki yang dicari seorang isteri.
Paling penting perangai jangan buruk, kalau kaya tapi perangai masyallah pasti hidup rumah tangga porak peranda. Apatah lagi suami jenis tak nak berubah perangai, lagilah makan hati berulam jantung.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami yang dia cuba sampaikan :
Orang perempuan ini, dia boleh bersuamikan lelaki yang tak kaya, tak handsome asalkan dia TAK BURUK PERANGAI…
Rupa paras ini, kejadian Allah SWT, memang fitrah macam itu, tak boleh nak ubah… Kaya dan miskin ini pula, rezeki masing-masing, bergantung kepada usaha…
Tapi kalau perangai buruk, tak nak ubah. Selepas itu, tak nak sedar, asyik rasa diri itu betul dan ok sentiasa, ego melangit.
Maka tidak ada perempuan yang boleh tahan dengan lelaki yang ada perangai macam ini sebabnya, ianya adalah perkara dan sifat yang kita boleh kawal dengan sendirinya asal ada kemahuan…
Sebenarnya Perangai Boleh Berubah
Kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi…
Ads
Bagi yang telah berubah, tahniah… Isteri dapat memilih untuk terus kekal dengan suami yang sentiasa ada rasa hendak jadi lebih baik… Tapi bagi yang tak nak berubah, nak kekal dalam perangai buruk itu, maka kemungkinan untuk ditinggalkan itu tetap ada…
Tak handsome tak apa, tak kaya pun tak apalah, asal perangai TAK BURUK…
MW: Rupa paras, wang ringgit bukanlah keutamaan wanita mencari pendamping hidup. Bagi isteri, memadai suami menghormati dirinya, rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga dan baik perangainya. Lelaki begini barulah “mahal” di mata isteri. Betul tak?
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak muliakan suami bukan setakat kita sebagai isteri perlu menjaga makan pakai dia. Malah, bukan bermakna kita perlu mengabdikan diri kepadanya setiap masa. Jangan salah faham. Bukan itu caranya.
Sebagai isteri kita kena faham cara yang sebetulnya dalam memuliakan suami. Kerana suamilah kunci syurga isteri. Suami pula, janganlah pula menganggap isteri sebagai hamba. Kena patuh dan dengar segala katanya 24 jam.
Dalam rumah tangga, suami isteri kena ada tolak ansur dan saling memahami, membantu dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan. Barulah rukun, aman dan damai sebuah keluarga.
Begitulah yang dikongsikan oleh Khairunnisa Nadiah 11 ini suapaya isteri dan suami di luar sna faham tentang tanggungjawab masing-masing.
Sebagai isteri, kita kena faham muliakan suami ini bukan makna kena jadi hamba abdi kerja 24 jam sampai badan penat lepas tu mood asyik berubah jadi ribut taufan.
Sekarang ada gadget/maid elektronik jika mampu bolehlah tambah koleksi untuk mudahkan urusan rumah.
Pada saya, apalah guna buat itu ini, korban itu ini mengharapkan pengiktirafan dari suami, ada yang tak kena mata terus sound suami depan anak anak, depan orang sebab kita rasa berhak.
Maklum sahaja telah banyak berkorban untuk suami.
Suami pun ada maruah. Dari nak khidmat, bertukar jadi tempah tiket di neraka. Huhu. Tapi kalau tak nak buat segala benda, jagalah juga tutur kata.
Suami kita bukanlah BFF, walaupun kita anggap dia sebagai BFF, teman sebantal dan kongsi susah senang.
Dialah kunci syurga isreri dan mana mungkin kunci sama martabat dengan yang memerlukan kunci kalau kita fikir logik akal.
Asasnya, isteri kenalah jaga kesihatan. Lebih-lebih lagi selepas bersalin. Badan yang sihat, emosi pun stabil kan? Ambillah sedikit peruntukan bulanan untuk kesihatan, tak mampu beli mahal cuba cari yang affordable. Tak mampu juga, cari resepi bancuh sendiri dari dapur.
Mungkin dia akan terus tanya nak solusi apa atau dia cadangkan terus yang dia rasa sesuai dan berkesan untuk tangani masalah. Syukurlah walaupun dia tak respond macam kita nak. Maknanya dia masih sayang, dengan cara dia.
Nak buat khidmat, buat betul betul. Rasa tak nak buat pun buat cara yang betul dengan menjaga mulut dan persepsi diri kenapa aku tak nak buat. Bukanlah sebab laki tak layak di layan, atau memang nak kenakan suami.
Apa apa pun lain rumah tangga lain padang.
MW: Moga ia membuka mata isteri-isteri di luar sana.
Biasanya, mak-mak yang mempunyai anak kecil dan genap berusia 6 bulan, mula terfikir-fikir, makanan apa yang patut diberi oleh anak kecil. Maklum sahaja, baru nak mengenal makanan. Tapi, di awal-awal mengenal makanan, tentu mak-mak akan bagi makanan yang paling halus atau puri.
Bila anak dah mula tumbuh gigi atau sudah biasa makan, mak-mak terus membiasakan dengan memberi makanan yang mempunyai tekstur berbeza sedikit. Tahu tak? Rupnya tekstur makanan ini boleh menentukan skill percakapan anak.
Mungkin kita tidak sedar, anak lambat bercakap atau cepat bercakap adalah disebabkan pemberian makanan pada anak. Ikuti keterangan lebih lanjut tentang perkara ini yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri.
Kenapa kena tukar tekstur?
Sebab apa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun
Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
Dalam keadaan puri bayi hanya
– Merasa makanan dan telan.
– Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
– Transition dari susu ke makanan pelengkap
– Jangan risau kalau bayi tak nak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
– Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
Dalam keadaan lenyek
– Bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
– Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini bayi banyak kutip benda dan letak dalam mulut sebab macam tu bayi akan ‘rasa’
– Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
– Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8 bulan
– Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan bayi iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
Bila bayi membesar dan makanan mula berubah dari lenyek kepada kisar.
– Kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
– Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
– Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan.
– Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan.
– Sudah campur karbohidrat + protein + fiber dalam setiap hidangan.
Dari kasar ke potongan yang kecil tapi lembut
– Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut.
– Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi bayi) tak lama lagi
– Kuantiti 5 – 7 sudu besar
– Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah.
Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak
Contoh 3 kali makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1 kali makan lenyek , 2 kalu
Mak ayah adalah orang terpenting dalam membentuk dan mendorong kejayaan anak-anak dalam hidup mereka. Titipkan tujuh pesanan ini untuk mereka pegang dalam mengejar kejayaan. Bukan saja untuk duniawi semata-mata.
Jagalah Allah SWT nescaya Allah SWT sentiasa menjagamu. Anak-anakku, fahamilah oleh mu bahawa Allah SWT itu Tuhanmu. Justeru, yang kamu jaga itu adalah hubunganmu dengan Allah SWT.
Ingatlah sedalam-dalamnya, peganglah sekuat-kuatnya bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Maka usahlah kita mengambil pilihan untuk tidak bersama-Nya di mana sahaja wajah kita berpaling, di mana sahaja kaki kita melangkah dan di mana sahaja nafas kita sedut.
Anak-anakku, janganlah kamu mengatakan yang kamu mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT sedangkan kamu tidak mahu terikat dengan-Nya. Keterikatannya itu adalah satu matlamat para kekasih-Nya.
Justeru, ikatlah perasaanmu hanya dengan Allah SWT. Janganlah kamu suka bercerita kedekatanmu dengan-Nya tetapi hatimu sentiasa dekat dengan material duniamu. Usahlah kamu berangan-angan tentang-Nya sedangkan kamu cukup takut meninggalkan darjat, pangkat, harta duniamu.
Wahai anak-anakku, utamakanlah pelajaran dan ilmu. Ketahuilah oleh mu, ramai yang berpelajaran tetapi tidak berilmu maka jiwanya kosong. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengisi jiwanya.
Begitu juga ada orang berilmu tetapi tidak berpelajaran maka hidup bermakna biar tidak ke mana. Anak-anakku, alangkah indahnya kamu memiliki keduanya kerana itu menjadikan kamu sebaik-baik hamba. Pelajaran akan menjadi tongkat dunia mu manakala ilmu menjadi penjaga akhirat mu agar kamu tidak tersasar di sebalik keindahan dunia yang penuh tipu daya.
Anak-anakku, berusahalah untuk diri mu. Usah kamu bersandar pada orang lain kerana ayahanda tidak senang mendengar ungkitan. Setiap sandaran kita perlukan pulangan. Setiap pertolongan orang itu perlukan pembalasan walaupun tidak diminta. Ada yang mahukan balasan yang material. Ada juga yang hanya mahukan doa. Tak kurang juga yang mahukan balasan sikap dan sifat. Semuanya itu bentuk pembalasan.
Namun, kita mungkin tidak dapat memberinya sepanjang hidup kita. Justeru, anak-anakku, berusahalah sedaya upaya dengan akal dan kudrat kurniaan Allah SWT agar kamu mengurangkan sandaran kamu terhadap orang lain.
Ia menjauhkan kamu dari rasa sakit hati apabila setiap yang disandarkan menjadi ungkitan biarpun sandaran yang diberi sudah terbalas sekian lama. Ingatlah anak-anakku, jangan sesekali kamu mengungkit kerana ungkitan itu memadamkan rasa. Orang yang mengungkit tidak pernah terguris rasa tetapi orang yang diungkit akan selalu ngilu perasaan.
Apabila kamu berpasangan kelak, taati pasanganmu daripada dua sudut nescaya hidup kamu bahagia hingga akhir hayat. Taatlah dengan zahir, tunaikan tanggungjawab mu sebagai orang yang diamanahkan.
Berikanlah khidmat kepada pasanganmu dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Setiap pasangan itu perlu saling berkhidmat antara satu sama lain. Taatilah pasanganmu dengan perasaan.
Usahlah biarkan perasaan mu diisi dengan ketaatan kepada yang bukan haknya. Ingatlah anak-anakku, sentiasalah dahulukan yang berhak. Jangan biarkan dia melihat apa yg tidak disukainya. Jauhkan pendengarannya dari apa yg dibencinya. Jaga hidungnya agar tidak mencium apa yg tidak digemarinya.
Wahai anak-anakku, berhentilah mengkritik orang lain sebelum kamu mengkritik dirimu sendiri. Nasihatilah dirimu sebelum menasihati orang lain. Jagalah kata-katamu kerana sepotong ayat yang tidak dijaga akan melukakan hati sepanjang hayat.
Kelak nanti kamu tercari-cari mengapa orang berjauh hati dengan mu. Kasihanilah dirimu sebelum kamu mengasihani orang lain agar rasa kasihan yang kamu berikan kepada orang lain datangnya dari lubuk hati dan perasaanmu dan bukan produk keluaran bibirmu.
Berbicaralah dengan lisan lembut dan suara yang rendah. Kata-kata yang kamu lontarkan adalah personaliti kamu. Sentiasa rendahkan suaramu agar nanti kamu tidak tersasar tinggi suara pada Tuhanmu. Jadilah kamu orang yg bermanfaat untuk orang lain.
Jadilah kamu orang yang bisu dalam memperkatakan kelemahan orang lain. Jadilah kamu orang yang buta melihat kekurangan orang lain. Jika tidak, kesemuanya akan menjadi sikap dan sifatmu kelak.
Anak-anakku, ayahanda wariskan kepadamu apa yang hak untuk kamu. Usahlah kamu tamak. Usahlah kamu berkira. Belajarlah untuk memberi dan menerima. Jangan kamu pertikai apa yang bukan hak kamu kerana itu semua membuka pintu kenistaan.
Jangan kamu ambil apa yang bukan hak kamu dan jangan kamu berikan kepada orang yang tiada haknya. Ia menjadikan kamu jatuh ke lembah ketidakadilan. Ia pasti merosakkan silaturahim antara kamu dan orang lain.
Anak-anakku, jangan pernah kamu takut untuk melakukan sesuatu yang baru kerana setiap orang yang berjaya pasti pernah melalui kesilapan. Jika kamu takut silap maka kamu akan sentiasa silap. Wahai anak-anakku, inilah yang ayahanda suratkan. Semoga ia menjadi pedoman hidup mu agar kekal ber’Tuhan’.
Artikel: Dato’ Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Waahh... meriah sungguh komen netizen di media sosial hari ini apabila melihat pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina.