Suami handsome atau kaya jatuh nombor dua bagi isteri, paling penting jangan perangai buruk. Sebaliknya suaminya yang baik perangainya, sentiasa mahu berubah dan rajin mencari rezeki adalah lelaki-lelaki yang dicari seorang isteri.
Paling penting perangai jangan buruk, kalau kaya tapi perangai masyallah pasti hidup rumah tangga porak peranda. Apatah lagi suami jenis tak nak berubah perangai, lagilah makan hati berulam jantung.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami yang dia cuba sampaikan :
Orang perempuan ini, dia boleh bersuamikan lelaki yang tak kaya, tak handsome asalkan dia TAK BURUK PERANGAI…
Rupa paras ini, kejadian Allah SWT, memang fitrah macam itu, tak boleh nak ubah… Kaya dan miskin ini pula, rezeki masing-masing, bergantung kepada usaha…
Tapi kalau perangai buruk, tak nak ubah. Selepas itu, tak nak sedar, asyik rasa diri itu betul dan ok sentiasa, ego melangit.
Maka tidak ada perempuan yang boleh tahan dengan lelaki yang ada perangai macam ini sebabnya, ianya adalah perkara dan sifat yang kita boleh kawal dengan sendirinya asal ada kemahuan…
Sebenarnya Perangai Boleh Berubah
Kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi…
Ads
Bagi yang telah berubah, tahniah… Isteri dapat memilih untuk terus kekal dengan suami yang sentiasa ada rasa hendak jadi lebih baik… Tapi bagi yang tak nak berubah, nak kekal dalam perangai buruk itu, maka kemungkinan untuk ditinggalkan itu tetap ada…
Tak handsome tak apa, tak kaya pun tak apalah, asal perangai TAK BURUK…
MW: Rupa paras, wang ringgit bukanlah keutamaan wanita mencari pendamping hidup. Bagi isteri, memadai suami menghormati dirinya, rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga dan baik perangainya. Lelaki begini barulah “mahal” di mata isteri. Betul tak?
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah pesan jika dia tiada, saya mesti kuat.” Rupanya itu petanda suami akan pergi tinggalkan dia buat selamanya.
Lebih menyayat hati, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tiga bukan yang lalu. Tentu saja, isteri ini tak sangka akan kehilangan suami secepat ini.
Arwah Pesan Jika Dia Tiada
“Arwah selalu berpesan jika dia tiada, saya mesti kuat. Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan saya,” kata Nur Farrah Ertyka Rahmat, 31, isteri kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suaminya, Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) Mohamad Asyraf Zulkifli, 30, pengsan ketika Majlis Apresiasi Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang, Johor.
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.
Menurut Nur Farrah, dia tidak menyangka kehilangan suami yang baru dinikahi pada 21 November lalu selepas empat tahun menyulam cinta, apatah lagi arwah tidak pernah mengadu sakit.
“Cuma, malam sehari sebelum kematiannya, saya lihat dia seperti mengalami sakit kaki ketika solat. Bila tanya, dia kata kaki ‘ok’.
“Dua kali saya tegur dia malam itu. Sekali lagi masa dia termenung ketika naik tangga untuk ambil kasut kerja di tingkat atas, tapi dia menafikan ada masalah.
“Paginya dia kelihatan biasa malah sempat payungkan saya ke kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan lebat,” katanya sebak.
Rupanya Itu Petanda
Tambah Pengurus stor kedai serbaneka itu, suaminya juga seorang penyabar dan antara kenangan indah mereka selalu bermaafan selepas solat. “Dia penyabar dan tidak pernah marah. Dia sentiasa ada pada masa saya susah. “Cuma saya agak terkilan apabila arwah tidak sempat datang mengambil roti yang saya beli sebelum dia ke Kluang untuk mewakili pegawainya yang kuarantin.
“Dia kata tidak sempat datang dan akan jumpa saya bila balik nanti, tapi kini dia sudah tiada,” katanya yang tidak lepas memegang pakaian seragam Allahyarham suaminya sepanjang temubual.
Suami Akan Pergi
Sementara itu, menurut ibu arwah, Salmah Baba, 62, kali terakhir dia berjumpa anaknya ketika majlis kenduri menyambut menantu pada 12 Februari lalu di rumahnya.
Katanya, Allahyarham adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada empat beradik.
“Saya tidak tahu dia ada penyakit apa, malah sejak kecil juga dia jarang sakit atau demam,” katanya.
Katanya, walaupun sedih, dia reda dengan pemergian anaknya itu.
“Dia anak yang baik, sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya serta mendengar kata.
“Saya memang tidak sangka dia pergi dalam usia muda dan masih belum puas bermanja dengannya,” katanya.
Katanya, allahyarham suaminya meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jantung.
Mingguan Wanita : Semoga isteri arwah menghadapi takdir ini dan redha dengan pemergian suami tercinta. Al-Fatihah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Ada ketikanya saat kecemasan atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kita terpaksa bawa anak-anak ke pejabat. Situasi seperti pengasuh cuti kerana hal peribadi atau sakit memaksa mak-mak atau ayah mengambil cuti. Namun jika kedua-duanya tidak dapat berbuat demikian kerana tugasan yang tidak dapat ditangguh dan penting terpaksalah membawa anak-anak ke tempat kerja juga. Sebelum ajak anak ke pejabat, ini antara tip yang perlu dibuat sebagai persiapan:
Beritahu pihak atasan tentang masalah anda.
Kehadiran anak di tempat kerja boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Sebaiknyanya maklumkan kepada bos bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Nyatakan alasan yang wajar pasti bos anda memahami situasi yang sedang anda hadapi.
Keadaan yang kondusif
Pastikan suasana dan persekitaran kerja anda kondusif untuk membawa anak kecil. Pastikan suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas anda di samping untuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk andak anda berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.
Persiapkan aktiviti buat anak.
Jangan lupa untuk membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak selama mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Misalnya membawa permainan kegemarannya, alat tulis, buku mewarna, buku stiker, tablet dan sebagainya. Sibukkan anak agar dia tidak bosan menunggu sekaligus anda juga boleh memberi perhatian kepada kerja yang ada.
Maklumkan lebih awal situasi pejabat kepada anak
Dengan memberi gambaran awal kepada anak mengenai persekitaran pejabat yang bakal dilawati akan membantu si kecil anda menyesuaikan diri. Tegaskan kepada mereka tidak boleh mengamuk atau meminta pulang sebelum habis waktu bekerja dan juga tidak mengganggu orang lain di pejabat anda dengan membuat bising.
Bekalan makanan yang mencukupi
Anak-anak kecil sering lapar dan suka mengunyah. Oleh itu anda perlu siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya anak anda tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.