Normal lah kalau hidup susah sekejap awal-awal jadi suami isteri, sebab kewangan rumah tangga masih tak stabil. Orang lama kata, baru nak mula hidup.

Kadang kalau suami tak cukup duit, isteri tolong settle kan. Dan kalau boleh, bab pengurusan rumah tangga serta jaga anak-anak pun suami kenalah bertolak ansur. Tahu nak kritik dan harapkan bini aje buat, mahu tak kecil hati orang rumah.

Nak-nak pula kalau isteri itu bekerja. Nak bagi jelas pasal ni, jemput semak pandangan daripada Firdaus Shakirin ini.

Kalau Isteri Dah Bantu Kewangan Rumah tangga

Isteri tak ada masalah nak topup kewangan suami, bagi bantuan kepada suami tapi suami kena la balas balik.

Kita kena sedar, yang pendapatan kita tak mampu untuk bayar semua komitmen kita plus perbelanjaan isi rumah kita. Tapi kita ni suami, itu semua tanggungjawab kita dan kita yang perlu sediakan…kita, bukannya isteri.

IKLAN

Then bila isteri hulur bantuan, topup kewangan kita, tolong beli itu ini, tolong bayar itu ini, apa yang perlu kita buat? Macam mana kita nak balas balik perbuatan dan pertolongan isteri tu?

Tolong dia buat kerja-kerja rumah…

Tolong dia kemas umh, tolong dia sidai baju, tolong dia basuh pinggan dan sebagainya. Seimbangkan dengan perkara-perkara sebegini. Sebab kekurangan kita pada kewangan, tapi bukan kudrat. Kita ada kudrat untuk bantu isteri melakukan kerja rumah tersebut.

IKLAN

Ini duit tak cukup, tolong pun tak nak…

Sebulan dua, setahun dua mungkin isteri “ok”, tapi bila lama-lama? Dia akan mengungkit bila mana dia nampk kita pulak makin selesa dengan pertolongan dan bantuan dia tu. So to avoid dari ungkit mengungkit terjadi, sila sedar diri, dan sila mula untuk bantu isteri sebagaimana dia bantu kita.

IKLAN

Kena Tolak Ansur

Rumah tangga kena ada give and take. Kalau sorang give saja, atau sorang lagi take saja, tak kemana la jawabnya.

Haaa… Macam mana encik suami? Agak-agak boleh bertoleransi dengan orang rumah tak? Sebenarnya hal rumah tangga ni tak renyah pun kalau berganding bahu selesaikan sama-sama, yang penting kena faham kemampuan masing-masing. Dan paling penting, tak berkira!

Moga kita mampu berusaha menjadi pasangan yang terbaik demi kebahagiaan rumah tangga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI