
“Isteri saya dehidrasi sahaja dan keadaan dia sangat stabil” itulah antara kata-kata yang diluahkan Prince Syed sewaktu memberi komen di sebuah video akaun Tik Tok Pakar pembedahan bariatrik terkenal, Dr. Abdul Gafoor Mubarak.
“Dr. G dah buat yang terbaik untuk urusan isteri saya. Isteri saya dehidrasi sahaja, dan keadaan dia sangat stabil dan terbaik sebab team (pasukan) Dr. G dan hospital memudahkan urusan,” kata Pince Syed.
Menerusi perkongsian Dr. Abdul Gafoor itu, Prince Syed meninggalkan komen dengan menzahirkan penghargaan kepada pakar tersebut kerana berjaya menjalankan prosedur pembedahan ke atas isterinya dengan baik.
Malah Dr. Abdul Gafoor juga menjelaskan Fatin Syazwani Ishakdimasukkan ke hospital bukan disebabkan komplikasi daripada pembedahan bariatrik yang dijalaninya tiga minggu lalu, sebaliknya kerana dehidrasi dan jangkitan kuman.
“Saya nak tekankan bahawa komplikasi yang dia alami tiada kena mengena dengan bariatrik.
“Tiada kebocoran atau masalah pada tiub pembedahan.
“Keadaan ini tidak berkaitan langsung dengan prosedur tersebut,” terangnya lagi menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok itu.
Pada masa yang sama Dr. Abdul Gafoor juga memaklumkan semua pemeriksaan pra pembedahan dijalankan dengan sempurna dan pesakit berada dalam keadaan baik selepas prosedur tersebut.
“Perkara yang menjadi tular sebenarnya ialah isu keluarga dan isu peribadi, bukannya isu profesional yang melibatkan bidang perubatan.
“Saya sediakan perkhidmatan post-op bersama admin dan dietitian supaya pesakit boleh berhubung bila-bila masa jika ada masalah,” ujarnya.
Baca Disini : Ibu Ayah Mentua Prince Syed Ditahan Polis, Kecoh Selepas Insiden Serang Menggunakan Topi Keledar
@drgafoor Uish.. Tiba-tiba tiktok DrG dok bnyk notifications ni. Mesti hampa dok tunggukan penjelasan Dr. G tentang isu ITU kann. Ni Dr.G explain details pasal isu ITU. #fyp #ingatqurusingatdrg #ohbulan ♬ original sound – Dr Gafoor (CEO of OK)
Sumber : Tik Tok