
Dengan rasa sebak, isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh sehingga melambung ke atas sebuah kereta, mahu memfail saman sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh yang didakwa membunuh suaminya, Ahad lalu.
Isteri Kepada Penunggang Motosikal Mahu Saman RM1 Juta!

Peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, jumlah sebenar dalam kes saman sivil ini belum dimuktamadkan kerana terdapat pengiraan yang perlu dibuat berdasarkan beberapa faktor.
“Di sisi undang-undang, kita tak boleh tuntut pampasan berdasarkan emosi kerana ada pengiraan yang akan diambil kira antaranya gaji dan tanggungan keluarga mangsa.
“Saya akan berbincang dengan anak guam, tetapi jumlah itu perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang serta ketetapan kes-kes terdahulu,” katanya.
Hukuman Penjara Pun Tak Cukup

Semasa prosiding, Saktygaanapathy mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.
Tertuduh Mengaku Bersalah

Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mengulas lanjut, Mohd Faizi yang hadir selaku peguam pemerhati berkata, mahkamah memberikan kebenaran kepada mereka untuk turut serta dalam prosiding terbabit.
Katanya, kebenaran itu sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan fakta yang sahih daripada mahkamah, sebelum saman dan tindakan susulan daripada pihak insurans dapat dibuat.
Beliau berkata, tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam dan berkemungkinan ahli keluarga mahupun pihak mahkamah akan melantik wakil tersebut menjelang sebutan kes akan datang.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

