Kekeluargaan

Bangun Seawal 4.30 Pagi Memasak, Isteri Ini Seronok Sediakan Bekal Untuk Suaminya

Share

Masih ramai ke golongan isteri sediakan bekal untuk suami pergi kerja? Haa.. tak semua wanita sanggup buat, nak-nak kalau ada anak-anak ramai. Jenuh kalau nak pastikan semuanya ada bekal sebelum keluar dari rumah.

Namun Puan Ana Kefli berjaya lakukan, sediakan pelbagai menu masakan yang tampak cukup menarik tersusun rapi dalam tupperware. Ini pun salah satu cara untuk mengikat hubungan suami isteri, kan?

Isteri Ini Seronok Sediakan Bekal Untuk Suaminya

Menerusi perkongsiannya, suaminya seronok sangat setiap hari dia berjaya siapkan bekal untuk walau katanya kawan-kawan kerja suka mengusik. Namun suaminya tidak kisah, malah dia bersyukur dapat bawa dan jamah air tangan Isteri.

Baca Artikel: Mak-Mak Kena Rajin Kalau Nak Sediakan Bento Sebagai Bekal Anak Ke Sekolah

Sampai tahap katanya hari-hari semua excited apalah menu yang dia akan bawa hari berikutnya sebab suami suka kongsi makan sama-sama. Saya pula suka bekalkan lebih.

Mungkin Nampak penat untuk sedikan bahan dan teruskan memasak setiap hari namun bagi Puan Ana dia seronok memasak dan siapkan bekal. Ini jadi satu terapi untuk diri.

Kongsinya lagi, ada masa kalau suami outstation atau training luar, dia pun tidak dapat juga sediakan sebab rushing. Kadang bagi biskut pun dia cukup gembira.

Bangun Seawal 4.30 Pagi Memasak

Untuk pastikan semuanya teratur, paling awal 4.30am Puan Ana sudah bangun tetapi biasanya kurang sejam siap semua sebab ada menu atau lauk yang siap masak awal macam sambal misalnya dan bahan-bahan setiap hari siapkan pada sebelah malamnya. Kalau terlambat pun, dalam 6.30 pagi semya akan siap.

Kadang nak kena bangun awal juga kalau buat pulut atau nasi berperisa yang makan masa. Tapi biasanya kurang sejam siap semua sekali hiris buah, deco sampailah packing.

Tip Potong Buah Bagi Cantik

1. Kupas kulit buah pakai pisau tajam elok.
2. Belah dua
3. Potong sederhana nipis
4. Mesti akan dapat hasil seperti dalam gambar

Pisau khas yang tak kongsi supaya buah sentiasa elok kemas bila potong.

Jika ditanya apa kepuasan apabila dapat bekalkan masakan macam ini, satu jawapannya. Bila suami sudi ucapkan TERIMA KASIH. Contoh,

“Terima Kasih, Sayang buatkan bekal masak sedap-sedap.”

“Bukan nak pujian tetapi bahagia rasa bila suami suka dan hargai. Sedap tu Allah yang izinkan,” kongsinya lagi.

Selepas ini, semua wanita boleh tiru cara ini, ambil semangat daripada Puan Ana kefli dulu dan kemudian nanti boleh laksanakan dalam rumah tangga masing-masing. Selamat memasak, semua!

Published by
Nadia Mohamad