Ketika berdepan dengan ujian kereta rosak secara tiba-tiba di lebuh raya, isteri ini buntu dan bimbang. Suaminya sudah minta bantuan dari polis bantuan, dia yang diam-diam dalam kereta cuma mampu membantu suami dengan iringan doa.
Lalu, ibu minta sama anak-anak berdoa kerana dalam doa yang mereka baca itu ada permohonan yang hebat maksudnya. Tak sampai setengah jam, enjin kereta yang rosak tadi dapat dihidupkan kembali.
Kereta Rosak Di Highway, Ikhtiar Baca Al Fatihah, Al Ghafir
Fuhhhh!!!
Ngeri betul bila tiba-tiba kereta meragam tadi petang kat lebuh raya. Tengah jem boleh pulak dia nak tersenggut mati. Husband berhenti ke tepi. Kebetulan ada kon orang buat jalan kat situ.
Sedang suami berusaha tengok apa masalah kat bahagian bonet enjin, sampai polis bantuan. Sementara tu aku yang dalam kereta ni baca doa dari surah Al Ghafir ayat 44 banyak-banyak.
Ads
Doa dari surah Al Ghafir ayat 44.
Anak-anak pulak aku suruh baca Al-Fatihah tanpa henti. Sebab dalam surah Al Fatihah ayat 5 yang bermaksud: “Hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan!“ Power makna ayat ni.
surah Al Fatihah ayat 5
Baca doa tu dengan sepenuh hati dan bergantung harap dengan Allah. Alhamdulillah! Pukul 4.19 tersadai tepi lebuh raya, 4.45 kereta hidup.
Thanks Airah Nazirah Eira ajar acik doa ni dikala tengah buntu tadi. Nak bantu betulkan kereta tak reti. Kita mintak dari Allah je yang mampu.
Ads
Alhamdulillah now dah selamat sampai rumah
Moga beri manfaat kat korang doa ini!
Ads
MW : Memang berdebar bila kereta tiba-tiba ‘sangkut’ dekat highway. Yang penting, bertenang.. minta bantuan daripada pihak lebuhraya. Dan sementara menunggu bantuan tiba, boleh ikhtiarkan membaca doa yang dikongsikan ini. Semoga Allah permudahkan urusan anda.
Orang kata waktu hamil inilah waktu terbaik isteri nak bermanja dengan suami. Ketika perut besar, suami jatuh kasihan. Ibu mengandung minta lah apa saja.. insyaAllah suami tunaikan. Tapi tak semua ibu hamil lalui proses kehamilan sebahagia itu. Malah, sakit perut pun terpaksa ke klinik sendirian.
Ada yang diuji suami tak ambil hirau pun dengan kesusahan isteri alami. Sebagaimana ibu hamil ini, Firda Ashaary pernah lalui kesedihan sedemikian pada perkahwinan terdahulu. Dan pengalaman itu, menjadikan dirinya ibu hamil yang cekal lagi tabah.
Ini pesan Firda untuk mereka yang lalui pengalaman seumpama.
Tadi aku ke hospital bersama Encik Suami untuk pemeriksaan baby. Selepas menurunkan aku di ruang lobi PAC, Encik Suami terus ke tempat parking dan menanti di sana bersama anak-anak. Sekarang musim kobit ni kan, tak boleh berteman.
Sambil menanti giliran dipanggil, satu persatu pesakit yang datang aku perhatikan.
Muncul seorang ibu mengandung, menghampiri kaunter. Selepas check suhu dan scan mysejahtera, beliau duduk di kerusi sambil menunggu misi keluar dari dalam bilik untuk memberi perkhidmatan.
“Ya, puan. Mai pasai pa?” sapa misi bertugas.
“Sakit perut.”
“Puan, mai dengan sapa?” tanya misi lagi sambil mata melilau melihat sekeliling.
“Sorang.”
Pendek jawapan yang diberikan, perlahan ja tapi aku di belakang masih mampu mendengar.
Ada nada sayu di situ. Allah. Walau beliau membelakangkan aku dan aku tak nampak reaksi wajahnya, tapi aku yakin beliau sedang bersedih.
Aku menyandar seketika. Terimbas kenangan yang aku sendiri lalui hampir 11 tahun lalu ketika mengandungkan Suffian. Sendirian memandu ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan baby. Semalaman perut meragam hingga ke pagi.
Selesai semua pemeriksaan, selepas ditambah air dan sebagainya, misi dan doktor bertugas membenarkan aku pulang.
“Puan, dah boleh balk. Siapa jemput puan?”
“Saya drive sendiri,” jawap aku ringkas. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Misi dan doktor saling berpandangan.
“Kalau macam tu takpa lah Puan, Puan rehat dulu di katil ni. Hilang pening kesan ubat nanti tu, baru Puan drive balik ye?” Doktor memberi cadangan.
Aku kembali berbaring dan memejamkan mata. Berharap doktor dan misi segera beredar. Sebaik derapan kasut diorang menjauh. Aku buka mata. Air mata perlahan gugur membasahi bantal.
Sebak hanya aku sendiri yang faham. 1001 kisah terpendam tak terluah, aku telan satu persatu. Yang tak mampu ditelan, aku biarkan tergantung. Aku tidak lagi mengikut arus, aku cuba menongkah arus demi sebuah kehidupan dan harga diri.
Orang selalu cakap ibu mengandung ni selalunya degil, kuat merajuk, hati batu, hati tisu. Macam-macamlah yang orang cakap.
Tapi mungkin tanpa mereka ketahui disebalik apa yang dicakapkan tu, sebenarnya terselindung sejuta rahsia yang mereka mungkin tak tahu. Tak nampak di mata.
Ya, aku akui aku memang degil. Aku juga hati batu. Rajuk aku, rajuk yang berbuku. Membuatkan hati aku keras. Aku terus melangkah walau terboyot-boyot sendiri, walau belum pasti jalan mana harus aku tujui. Ada yang kata aku ikut hati, ikut kepala sendiri. Aku pekakkan telinga.
Dan Akhirnya, Allah takdirkan aku di sini hari ini, seperti yang kalian lihat. Alhamdulillah. Sebuah kisah bahagia Allah kirimkan di hujung ceritera airmata yang panjang.
Pesan aku pada wanita-wanita khususnya ibu-ibu yang sedang berduka, usah terlalu menjaga hati orang lain hingga mengabai kebahagiaan hati sendiri. Usah lagi menangis, lapkan airmatamu. Usah dibazir. Jalan terus, jangan menoleh. Kumpulkan segala kekuatan demi sebuah kebahagiaan yang dicari.
Bahagia itu adalah untuk 2 hati bukan hanya satu hati memberi dan satu hati menerima.
InshaAllah, jangan gusar. Allah pasti bersama kalian.
#SuffianSuffiya #KisahDunia
1001 kisah suka duka sebuah kehidupan, mencari bahagia.
Setiap daripada kita rezekinya berbeza, ada yang dikurniakan kesihatan yang baik. Segelintirnya pula dikurniakan kemewahan dan setengahnya diberikan zuriat yang ramai.
Masing-masing punyai rezeki sendiri yang telah ditentukan Allah SWT. Sebenarnya rezeki bukanlah apa yang dikehendaki, sebaliknya bila kita terima setiap apa yang Allah anugerahkan.
Oleh itu bersyukurlah dengan setiap satu rezeki yang mak, ayah terima. Sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap satu rezeki yang diterima atau tidak. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
Kamu belajar tentang sirah. Tahu Maryam tak berkahwin tapi dapat melahirkan anak. Itulah rezeki dia. Kun fayakun.
Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Nabi Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih jalan ke neraka.
Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
Pelajarilah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing-masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Kawan-kawan, Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.
“Ini anak isteri tak menutup aurat, masing-masing kata awak sebagai ketua keluarga tak pernah nasihatkan. Macam mana ni.”
Begitu agaknya di Mahkamah Akhirat. Masing-masing sedaya-upaya melepaskan diri. Takutkan neraka, semua kesalahan diri diletak kepada orang lain termasuk suami atau bapak sendiri.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
Kawan-kawan, Takdir Allah ini misteri sifatnya. Entah-entah air mata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.
Justeru, rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha. Syukurlah dalam sebarang situasi. Allah Maha Merancang, lagi Maha Mengetahui. Begitulah.
Bagi seorang isteri, kehilangan suami yang menjadi tempat berkongsi kasih dan berlindung pastinya sangat dirasai. Meskipun terpisah jasad dan jodoh di dunia, segala kenangan manis tetap didalam ingatan dan sanubari. Hanya doa dipohon dalam setiap sujud semoga rohnya diberi ketempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dipertemukan kembali di syurga.
Sungguh pantas masa berlalu, sudah hampir setahun Pelawak terkenal yang disayangi ramai, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia. Arwah meninggal dipercayai akibat demam panas pada 10 Februari 2020.
Sempena mengingati ulangtahun Hari Lahir arwah suami tersayang pada 19 Januari baru-baru ini, Nor Hidayah Mohd Ali ada kongsikan video bergambar dan ucapan yang cukup meruntun hati didalam Instagramnya.
Selamat Hari Lahir Suamiku,
Walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku.. Ku percaya dia sentiasa menemaniku. Ini sedikit kenangan-kenanganku bersama Allahyarham suamiku saat-saatku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai Syed Uthman Hamzah.
Aku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak. Selagi hayatku masih ada dan menjadi Bidadarimu hingga ke akhirnya. Tak semestinya tak pergi tempatmu,ku Lupa kan mu. Setiap masa, setiap saat, setiap detik TIDAK pernah ku lupa akan ku selit namamu di dalam doaku Dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar.
Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayah mu.
Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri. Berkat doa-doa anda semua saya berjaya sampai sekarang. Terima kasih Mak,abah,keluarga,saudaraku, kawan-kawan ku selalu support dan mendoakan ku berjaya sampai sekarang ini. Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersama ku dan anakku.
Ku akan terus kuat dan teruskan perjuanganku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama.
Terdahulu, arwah Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
MW: Alfatihah untuk arwah abam semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Memang bukan mudah bila kehilangan suami yang dikasihi, semoga Hidayah terus diberi kekuatan, dimurahkan rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama anak tersayang.