19 Oktober lalu, suasana pilu menyelubungi penduduk berhampiran kawasan Perumahan PPR Bukit Belah, Machang, Kelantan apabila berlaku kemalangan jalan raya di Machang membabitkan dua buah kenderaan jenis Toyota Vios dan Proton Exora. Dalam kejadian tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Farah yang menaiki kereta bersama suami serta dua anak perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut perkongsian ahli keluarga, Allahyarhamah Farah difahamkan sedang hamil ketika kemalangan berlaku. Suaminya, Nurihsan Nordin, mengalami kecederaan serius pada paru-paru, tulang pinggul dan gegaran otak. Mujurlah dua anak mereka terselamat tanpa sebarang kecederaan berat. Selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital, Nurihsan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada malam sebelum kejadian tragis seterusnya berlaku.
“Semalam discharge, Ise sempat makan bersama anak-anak… Anak-anak suap Abi,” demikian perkongsian ahli keluarga yang meruntun hati ramai. Tidak disangka, selepas pulang ke rumah, Nurihsan sempat menikmati juadah bersama anak-anak sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi berikutnya.
Dalam satu perkongsian lain, difahamkan Nurihsan sempat meminta isterinya yang dipanggil “M” untuk masak hidangan kegemarannya serta menyediakan air oren pada malam sebelum pemergian Farah. Permintaan kecil itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati keluarga mereka.
Pemergian pasangan ini meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan dua anak kecil mereka yang kini menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Bagi pihak keluarga, ujian ini dianggap sebagai dugaan paling berat dalam tahun ini. Mereka turut memohon sekiranya terdapat sebarang urusan atau hutang yang belum diselesaikan oleh arwah Farah dan Nurihsan agar dapat menghubungi keluarga bagi memudahkan penyelesaian.
Sesungguhnya, kisah pasangan ini mengingatkan kita bahawa ajal dan maut tidak mengenal waktu. Semoga roh kedua-dua arwah dicucuri rahmat dan anak-anak mereka diberi kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa kasih ibu dan ayah di sisi. Al-Fatihah.
Tragedi kemalangan jalan raya di Machang ini wajar dijadikan iktibar kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan menghargai setiap detik bersama insan tersayang.
Kredit: Wan Samira
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE