Beruntunglah mak-mak yang dapat menyusukan anak selama dua tahun. Ada sesetengahnya, dalam pantang lagi tak dapat menyusukan anak dan perlu bagi susu formula sahaja.
Dalam tempoh dua tahun menyusu tu, rasanya macam-macam yang mak lalui. Luka, sakit dek kena gigit oleh anak. Maklumlah, masa usia nie gigi anak pun dah banyak, niatnya mahu bagi anak menyusu badan sehingga dua tahun jugak.
Rupanya, mak-mak boleh meminta upah daripada suami sebab menyusu anak. Nampak macam pelik kan. Tapi , itulah self reward mak-mak untuk diri sendiri.
Ini perkongsian daripada Insyrah Solehah tentang apa yang diperkatakan tentang upah menyusu anak.
Saya selalu cakap setiap bulan saya minta Naan Cheese, qeema dan Mango Lassi dekat suami sebagai upah menyusu anak. Kawan-kawan gelak. Saya hairan juga mula-mula apa yang kelakar sangat.
Self reward. Ada orang suka beg tangan, barang kemas, pakaian baru. Tapi saya suka makan, spesifik Naan Cheese dan Mango Lassi adalah makanan yang saya wajib minta setiap kali ke Restoran Pakistan sebagai upah menyusu.
“Suami kena beri upah menyusu kepada ibu yang menyusu.” “Isteri boleh minta upah menyusu kepada suami selagimana menyusu anak.”
Tempoh Menyusu
Saya juga berbincang dengan suami had maksima tempoh penyusuan anak. Adakah 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan.
Dalam Al Quran, ayat tempoh kandungan dan menyusukan anak tu ada 2 terjemahan dari ulama’.
Ads
Imam Syafie, berpendapat tempoh penyusuan tu selama 2 tahun (24 bulan) selepas mengambil kira tempoh kehamilan minima adalah selama 6 bulan untuk seseorang bayi survive di dunia.
Bagi mazhab Hanafi, terjemahan ayatnya pula lebih kepada 30 bulan tempoh hamil dan 30 bulan tempoh menyusu. 30 bulan = 2 tahun 6 bulan.
Saya pun baru tahu pandangan mazhab Hanafi berkenaan tempoh penyusuan 2 tahun 6 bulan.
“Tapi macammana seorang ibu nak mengandung sampai 2 tahun 6 bulan?”
“Imam Syafie, ibunya mengandungkan beliau 2 tahun.”
Suami Kena Tahu
Suami suruh sambung study lagi fasal ni.
“Bila berlaku 2 perbezaan pendapat berkenaan tempoh penyusuan akan berlaku perbezaan hukum :
1. Najis bayi lelaki
2. Umur anak susuan
Mazhab Syafie, 2 tahun.
Mazhab Hanafi, 2 tahun 6 bulan.”
Jadi nak menyusu sebenarnya sampai 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan?
Saya bentangkan pada suami pula kajian sudut sains.
Ads
“Bayi selepas 2 tahun dah tak perlukan susu hatta susu formula sebagai makanan tambahan. Kebiasaan mereka dah ada gigi dan fungsi gigi ni untuk hancurkan makanan. Jadi Allah dah beri gigi, kita bagi anak makan nasi lah lagi kenyang.”
Jangan main-main dengan gigi anak ok!
Sayang Anak
Ramai isteri tak tahu, boleh minta upah menyusu dari suami.
Saya selalu kira-kira. Sebulan susu paling murah anggaran RM25/pek. Kalau seminggu 1 pek, sebulan RM100.
Sekeping Naan Cheese + Mango Lassi tak sampai RM20 dan boleh buat gembira, apa salahnya. Itu juga upah sewajarnya dan tidaklah membebankan suami.
Mungkin orang lain suka Nasi Lemak + Teh Tarik nak makan seminggu sekali, tafaddal masykura.
Ads
Tidaklah bermakna bila ibu minta upah menyusu tak sayang anak sendiri sampai kena minta upah, sebenarnya sayang anak lah minta upah supaya ibu gembira anak pun akan gembira sama.
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah, ayat 233)
Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta.
Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.
Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi dan berlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.”
Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)
Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.”
Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)
Ringkasnya,
Selepas 2 tahun, boleh teruskan penyusuan tapi tak boleh minta upah menyusu.
MW: Minta upah menyusu dengan suami, janganlah barangan yang mahal-mahal yang membebankan suami. Kesian suami. Sekadar untuk self reward mak-mak.
Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian?
Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah. Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli.
Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad.
Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif
Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator.
Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
2. Gossiper.
Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.
3. Blammer.
Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer.
Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.
Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al-Quran. Inilah yang dimaklumkan oleh Siti Aminah Sulaiman. Beliau mempraktikkan 4 cara mudah ini sepanjang pengalamannya menjaga anak-anak hafaz Al-Quran.
“Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk didik cinta Al-Quran.
“Jadi, saya kongsikan apa yang perlu kita buat siapa mudah anak ajar anak suka baca dan hafaz Al-Quran.”
Ini 4 Cara Mudah Bagi Anak Seronok Suka Baca Al Quran
1) BIAH AL QURAN
Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran
Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca
Tak perlu saya suruh-suruh atau paksa lagi.
Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh Al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran
Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz Al Quran di rumah.
Betapa pentingnya mewujudkan suasana Al Quran itu di rumah.
Ini yang dipanggil BIAH AL QURAN
Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca Al Quran
Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca Al Quran
Adakah kita sudah membaca Al Quran hari ini?
2) HIDUP TANPA TV
Part ni paling susah
Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi
Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan TV, drama sambung-sambung lagi saya suka.
Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya Al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR
Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton.
Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan itu berlaku 5 tahun yang lepas.
Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi.
Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar Al Quran
3) SENTIASA ISI GELAS ILMU
Untuk berjaya dalam mendidik anak, perlu sentiasa mengisi gelas ilmu.
Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong.
Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu Al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah Al Quran dengan ustaz Syaari Ab Rahman.
Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar Al Quran bersama dengan anak-anak saya.
Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu.
Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.
4) DOA
Patut saya letak ini kat atas sekali..
Ini paling penting!
Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta Al Quran,
Dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya
Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai.
Berdoalah wahai ibu ayah.
Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah,
Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya
Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah
Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….
Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.
Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.
Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.
Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak
Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!
Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.
2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.
3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.
4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...