Intan Saleh selamat lahirkan putera ketiga, tahniah diucapkan kepada wanita tabah yang juga seorang usahawan selebriti ini yang kini kembali mengecapi kebahagiaan selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Aizam.
Intan yang bernikah dengan Mohd Aizam pada Disember lalu, akhirnya berasa sangat gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Seperti yang umum ketahui sebelum ini Intan telah melalui episod duka dalam rumah tangga terdahulu. Bekas madu Izreen Azminda ini kemudiannya bertemu kebahagiaan dan telah berkahwin dengan Mohd Aizam.
Menerusi perkongsian perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, pemuzik Ude Wahid, Intan dikurniakan dua orang putera Arish Muqri serta Ariq Muqri.
Ternyata kehadiran orang baru dalam keluarga mereka sangatlah ditunggu-tunggu!
Terbaru, Intan telah memuat naik perkongsian memaklumkan dirinya sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
“Tolak ke LB kul 245.. jam334pm keluarlah seketul aizamjr..heheee. alhamdulillah..terima kasih yg mendoakan bonda… dan bonda doakan utk ibu-ibu yg menunggu hari utk melahirkan semoga dipermudahkan semuanya..” tulisnya.
Layanan Yang Baik
Pada masa yang sama dia juga mengucapkan terima kasih kepada para jururawat, doktor dan pengurusan hospital tempatnya bersalin kerana memberikan layanan serta perkhidmatan yang cukup baik.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah diucapkan buat Ashira yang telah bergelar isteri, apabila selamat disatukan dengan Bad Indigo, 46, dalam majlis ijab kabul yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 2.45 petang semalam.
Pasangan yang berstatus ibu dan bapa tunggal itu mula menjalinkan hubungan istimewa setelah sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7, sebelum sepakat mendirikan rumah tangga. Malah apabila dikhabarkan akan bernikah tempohari ramai yang terkejut dan mendoakan mereka berdua selamat dijodohkan.
Ashira & Bad Gembira Anak-Anak Terima Hubungan Baik Hubungan Mereka
Malah Bad turut menyatakan dia berasa sangat gembira apabila hubungan dengan Ashira diterima baik anak-anaknya sejak awal perkenalan mereka lagi. Bad mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11, daripada perkahwinan terdahulu.
“Anak-anak saya sangat terbuka dan menerima Ashira dengan baik sejak dari mula lagi. Mereka juga kini memanggil Ashira dengan panggilan ‘mom’,” ungkapnya.
Anak-Anak Jadi Kawan Rapat
Selain Bad, anak Ashira, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, juga gembira menerima kehadiran suaminya itu dalam hidup mereka.
“Alhamdulillah anak saya boleh menerima Bad dengan baik, malah mereka juga sudah rapat macam kawan.
“Saya bersyukur anak kami masing-masing dapat menerima kehadiran kami dalam hidup mereka,” sambung Ashira.
Mohon Maaf Tidak Jemput Media
Untuk makluman, pasangan pengantin ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ashira, Syed Abd Aziz, dengan dua kali lafaz, bersaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak.
Pengantin perempuan juga menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin, sementara wang hantaran tidak dinyatakan.
“Kami mohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat jemput untuk meraikan majlis ini kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
“Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak, selain anak-anak kami. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar sebagaimana dirancang,” kongsi Ashira menerusi sebuah video yang dikongsi bersama media.
Kena tindih hantu ketika tidur, doktor jelas itu sebenarnya sleep paralysis. Sedar tapi tak mampu gerak. Sejak dulu lagi, ramai percaya akan kewujudan makhluk halus. Asal sakit dan sudah ke doktor perubatan tapi masih belum sembuh, ramai mengaitkannya dengan ilmu mistik.
Ya, alam jin itu wujud dan tertulis dalam Al-Quran surah Al-Jinn. Namun bukan semua hal khianat terjadi berkait dengan makhluk halus. Mungkin sekadar imaginasi kita sahaja atau mendengar cerita-cerita orang lalu kita meletakkan situasi diri kita di tempat yang sama.
Satu perkongsian info dari Dr Samhan Ahmad mengenai kepercayaan ditindih hantu yang sangat popular di kalangan orang ramai tetapi dalam istilah perubatan ia sebenarnya adalah sleep paralysis iaitu kita dalam keadaan sedar namun tak mampu bergerak.
Kena Tindih Hantu Ketika Tidur
Ini perkongsiannya:-
KENE TINDIH HANTU atau SLEEP PARALYSIS ? “Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?” “Pakcik kena tindih hantu” “Maksud pakcik?”
Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega. Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”
“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan.
Doktor Jelas Itu Sebenarnya Sleep Paralysis
Ini dipanggil Sleep Paralysis” “Sleep Paralysis” adalah satu fenomena di mana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak.
Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur. Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa iaitu “hypnagonic” dan “hypnopompomic”.
“Hypnagonic” terjadi sebelum tidur manakala “Hypnopomponic” pula terjadi terjadi ketika terjaga daripada tidur. Semasa tidur, tubuh badan kita berada dalam keadaan relaks dan pemikiran kita dalam keadaan kurang sedar.
Semasa “hypogonic” terjadi, pemikiran kekal sedar tapi anggota badan berada dalam keadaan “involuntary” yang terlalu relaks. Apabila begini, seseorang individu itu akan cuba memaksa untuk menggerakkan anggota badan mereka.
Lalu akan menghasilkan pemikiran panik dan seterusnya menghasilkan satu imej igauan yang menyeramkan. Fenomena ini normal dan kekerapan terjadi berbeza bergantung pada individu. Kebiasaannya terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran (stress).
Kena tindih hantu ini terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran (stress).
Faktor yang menggalakkan ia kerap terjadi jika kekurangan tidur yang kualiti, masa tidur yang tak teratur, posisi tidur yang salah dan penyalahgunaan ubat dan dadah. Memandangkan ia adalah normal, tiada rawatan khusus disediakan.
Namun, jika berlarutan dan semakin teruk, boleh berjumpa dengan doktor dan akan dirujuk kepada Pakar Perubatan dan akan disarankan menjalani “Sleep study” iaitu kajian mengenai paten tidur seseorang.
Bagi mengurangkan kejadian fenomena ini, seseorang itu boleh memperbaiki waktu tidur yang lebih baik, luahkan perasaan,kurangkan stress dan amalkan cara hidup yang sihat. Jika berlarutan akan dirujuk pada Pakar Psikiatri dan diberi rawatan sepatutnya.
“Setakat ini pakcik faham?” “Faham. Tapi kadang-kadang pakcik perasan lengan dan peha makcik memang ada atas badan pakcik masa tidur” Oh, itu memang seram!. Sumber :- Twitter Dr Samhan.
Sesungguhnya urusan jodoh adalah takdir dan ketentuanNya. Tanpa mengira cepat atau lambat, umur muda mahupun meniti penghujung usia. Siapa sangka, wanita warga emas yang menanti pasangan hidupnya selama ini, akhirnya bertemu jodoh pada usia 83 tahun. Lebih manis, tempoh perkenalan yang singkat selama 10 hari, membibitkan rasa cinta hingga ke jenjang pelamin.
Pasangan warga emas dari Phetchabun, utara Thailand, bernikah semalam selepas mengenali antara satu sama lain hanya selama 10 hari. Pasangan sejoli itu bertemu di Empangan Pak Huay di Khon Kaen dan tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin dan tinggal sesama sendiri pada usia tua mereka.
Persetujuan Berkahwin
Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana di rumah pengantin perempuan di daerah Lom Sak di Phetchabun semalam.Pengantin lelaki akan berpindah ke rumah pengantin perempuan dan tidak membawa apa-apa barangan lain, selain daripada dirinya dan sebuah motosikal.
Pengantin lelaki Nuan Mala berusia 72 tahun juga tidak memberikan mas kahwin atau ‘sod dosa’ kepada pengantin perempuannya, Moot Jamkham yang berusia 83 tahun. Sekadar meminta persetujuan bersama untuk berkahwin.
Majlis Perkahwinan Ringkas
Perkahwinan itu adalah majlis yang ringkas tetapi meriah, dihadiri oleh saudara-mara pengantin lelaki. Nuan mempunyai 3 anak dengan isteri terdahulu tetapi Moot berkata dia langsung tidak pernah berkahwin atau mempunyai keluarga sendiri sebelum ini.
Nuan berkata dia “100% kagum” dengan pengantin perempuan itu dan berjanji akan menjaganya sentiasa.
Pasangan bahagia itu berkata mereka sedang bercinta dan melalui saat bahagia dalam perkahwinan.
Mingguan Wanita: Urusan jodoh tak siapa yang tahu ketentuanNya. Tak kiralah lambat ataupun cepat. Siapa sangka di penghujung usia, memasuki usia warga emas wanita ini ditakdirkan bertemu jodoh.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.