Keibubapaan

Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Lelaki, Harris Alif Kongsi Berita Gembira

Share

Intan Ladyana selamat bersalin anak lelaki. Intan melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat. Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal sekitar pukul 12.45 tengah hari.

Pelakon dan pengacara Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya, Intan Ladyana telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Artikel lain: Alahai Cantiknya Intan Ladyana Bertudung “MasyaAllah Semoga Terus Istiqamah” Netizen

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Harris memaklumkan dia menerima panggilan video tentang kelahiran anak lelaki pertamanya.

Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ni kita pergi tengok adik.

Harris menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan Intan di hospital kerana perlu menjaga anak sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.

Baca lagi: Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris “Syukur Majlis Sudah Selesai, Paling Penting Nikah”

Saya tak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia.

Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.

Sumber: Instagram Harris Alif

Lagi artikel: Intan Ladyana Bakal Nikahi Lelaki 17 Tahun Lebih Muda, Benarlah Jodoh Itu Rahsia Allah

Lagi artikel: Mak Mentua Jangan Hanya Tayang, Bangga Menantu Pilihan Sampai Yang Lain Rasa Kecil Hati

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

 

 

IKLAN