Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Khamis diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata, “dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah,” ketika ditanya oleh seorang rakan asrama berhubung dakwaan kecurian barang milik pelajar lain pada 15 Julai lalu.

Pernyataan itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam prosiding inkues Zara Qairina.

Inkues Zara Qairina: Saksi Dedah Arwah Pernah Ucap “Dulu Ja Saya Buat, Sekarang Saya Berubah”

Pendedahan Saksi Dalam Inkues Zara Qairina

Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan Zara Qairina hanya kenalan biasa kerana tinggal di bilik asrama bersebelahan.

“Saksi menyatakan bahawa pada malam 15 Julai 2025, kira-kira jam 9 malam, rakan sebiliknya datang memaklumkan bahawa dompet yang mengandungi wang tunai dan kad pengenalan telah hilang.

“Rakan sebilik itu turut menyatakan syak terhadap Zara sebagai individu yang mengambil barang tersebut. Ketika Zara datang berjumpa dengannya, saksi bertanya sama ada dia tahu mengenai kehilangan dompet berkenaan,” katanya semasa prosiding inkues Zara Qairina.

Kenyataan Zara Qairina Sebelum Tragedi

Menurut Mohd Azhier, saksi menyatakan bahawa Zara menjawab “tahu” dan menafikan dia mencuri barang berkenaan.

“Saksi memintanya bersumpah dan Zara berkata, ‘Wallahi, saya tidak ambil barang tersebut’. Zara turut menambah, ‘dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah’,” katanya.

Ads

Tambah beliau, selepas perbualan itu, saksi tidak lagi bertanya apa-apa kepada Zara dan hanya berbual dengan rakan lain di asrama.

Inkues Zara Qairina: Saksi Dedah Arwah Pernah Ucap “Dulu Ja Saya Buat, Sekarang Saya Berubah”

Situasi Ketika Malam Kejadian

“Saksi menegaskan bahawa dia tidak memarahi Zara semasa pertemuan itu, sebaliknya hanya bertanya dengan nada biasa sebelum menyuruh Zara pulang ke biliknya sendiri.

“Saksi turut melihat pelajar lain datang dan bertanya kepada Zara tentang kehilangan barang berkenaan. Salah seorang pelajar berkata, ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga,’ namun Zara tidak mengaku,” jelasnya.

Menurut peguam, saksi memaklumkan bahawa selepas perbualan tersebut, dia tidak lagi mencampuri urusan antara Zara dan pelajar lain yang terlibat.

Ads

Reaksi Zara Qairina Menurut Saksi

“Saksi memberitahu mahkamah bahawa reaksi Zara kelihatan normal dan dia menjawab dengan tenang. Lima minit kemudian, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing.

“Saksi juga menyatakan bahawa dia tidak melihat Zara dalam keadaan tertekan atau menangis selepas pertemuan itu,” katanya.

Peguam Dan Perkembangan Inkues

Peguam Mohd Azhier bersama pasukannya — Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan — mewakili empat daripada lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina.

Mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding yang kini memasuki hari ke-20.

Latar Belakang Tragedi Zara Qairina

Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

Ads

Prosiding inkues Zara Qairina dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu yang menggemparkan seluruh negara.

Sumber: Sinar Harian

Artikel lain: Kesan DNA Zara Qairina: Pendedahan Mengejut Di Mahkamah Koroner

Inkues Zara Qairina: Darah Pada Tulisan Tangan Sepadan DNA Zara Qairina

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI