Inkues Zara Qairina: Darah pada tulisan tangan sepadan DNA Zara Qairina. Kesan darah yang ditemui pada beberapa helaian kertas bertulis tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir disahkan sepadan dengan profil Deoxyribonucleic Acid (DNA) milik remaja berusia 13 tahun itu, demikian dimaklumkan di Mahkamah Koroner hari ini.
Inkues Zara Qairina:
Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, 52, berkata analisis yang dijalankan ke atas kertas bertanda ‘Y8’ (kawasan Y8(ii) hingga Y8(vii)) serta ‘Y1’ (kawasan Y1(i) dan Y1(ii)) menunjukkan kesan darah tersebut sepadan dengan DNA Zara.
Beliau menjelaskan, hasil perbandingan mendapati semua kesan darah itu konsisten antara satu sama lain dan padan dengan profil DNA yang diperoleh daripada spesimen tulang bertanda ‘WK37’ milik “Zara Qairina Binti Mahathir.”
Darah Pada Tulisan Tangan Sepadan DNA Zara Qairina
“Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti datang daripada individu yang sama,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Menurutnya lagi, kesan darah yang dikesan pada kertas berlabel ‘WK15(9)(a)’ serta DNA daripada buku bertanda ‘WK13’ turut menunjukkan padanan dengan profil DNA Zara.
Dalam prosiding pada 8 September lalu, pemeriksa dokumen Nurul Atiqah Mohd Noh sebelum ini mengesahkan bahawa tulisan tangan pada beberapa dokumen bertanda ‘Y1’ hingga ‘Y15’ serta ‘W1’ dan ‘W2’ adalah milik Zara, malah pada dokumen itu turut terdapat kesan darah.
Nor Aidora turut menerangkan bahawa analisis mendapati terdapat profil DNA campuran dengan satu penyumbang utama wanita dan sekurang-kurangnya dua penyumbang minor, yang diperoleh daripada kawasan ‘Y8(i)’ serta daripada beg alat tulis ‘WK1(a)’, buku ‘WK9’, ‘WK14’, dan selimut ‘WK27’.
ADANYA KERTAS DENGAN BEBERAPA KESAN DARAH
“Profil DNA yang diperoleh daripada spesimen tulang ‘WK37’ adalah penyumbang utama kepada sampel campuran ini, manakala penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara muktamad,” jelasnya.
Ads
Tambahnya, kertas ‘Y1’ dan ‘Y8’ yang dianalisis saling melengkapi antara satu sama lain. Pemeriksaan terhadap beg bukti bertanda ‘Y8’ yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan adanya kertas dengan beberapa kesan darah. Sebanyak tujuh bahagian ditanda sebagai ‘Y8(i)’ hingga ‘Y8(vii)’.
Pada 20 Ogos jam 2.15 petang, beliau turut memeriksa kertas ‘Y1’ di hadapan pemeriksa dokumen Nurul Atiqah, dan menemui dua kesan darah yang dilabel ‘Y1(i)’ serta ‘Y1(ii)’.
Nor Aidora berkata, beliau menerima 37 bahan bukti daripada seorang pegawai polis pada 11 Ogos sekitar jam 7.05 malam, termasuk pakaian, buku, barangan peribadi serta spesimen tulang dan darah. Beg bukti lain bertanda ‘Y8’ pula diterima pada 20 Ogos, jam 8.28 pagi.
“Sepanjang analisis, barang bukti berada di bawah pengawasan saya pada setiap masa. Saya boleh mengesahkan bahawa tiada sebarang usikan. Selepas selesai analisis, saya menyegel semula setiap item dalam pembungkusan asalnya,” katanya.
Menjelaskan proses analisis, beliau berkata DNA merupakan bahan unik yang wujud dalam hampir semua sel manusia dan hanya sama pada kembar seiras.
Ads
“Terdapat kawasan spesifik dalam DNA yang berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Dengan menguji 21 lokus genetik, profil DNA yang unik boleh dihasilkan. Proses untuk mendapatkan ini dipanggil profiling DNA,” ujarnya.
Nor Aidora turut memaklumkan bahawa Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia dilengkapi peralatan bertaraf antarabangsa seperti Real-Time PCR, Thermal Cycler dan Genetic Analyser serta beroperasi mengikut prosedur forensik yang diiktiraf global.
Beliau yang sudah berkhidmat lama dalam bidang forensik berkata: “Dalam bidang kerja saya, saya biasanya menjalankan analisis DNA ke atas bukti biologi untuk kes forensik seperti pembunuhan, rogol, paterniti, pergaduhan, dadah, penculikan, rompakan, pecah rumah dan sebagainya. Saya juga telah memberi keterangan banyak kali di Mahkamah Tinggi, Sesyen, Majistret dan Syariah. Setakat pengetahuan saya, keterangan saya diterima oleh Mahkamah.”
Sultan Muhammad V Isytihar Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.
Sultan Muhammad V Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan
Seperti mana yang dipetik menerusi Bernama Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad membacakan doa selepas pengisytiharan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan di Istana Balai Besar pada Selasa.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Selasa berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
“Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim telah mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan,” kata Datuk Ahmad Yakob ketika membacakan pengisytiharan berkenaan di Istana Balai Besar di sini.
Kesemua Kurniaan Pangkat Itu Berkuat Kuasa Hari Ini
Pengisytiharan berkenaan untuk pengetahuan orang ramai mengikut kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pada pengisytiharan sama, baginda turut berkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra iaitu Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.
Ashraf nasihatkan isteri-isterinya “cerita keluarga simpan dalam selimut, jangan buka aib”. Benarlah apa yang dipesan oleh pelakon kacak Ashraf Muslim kepada dua orang isterinya ini.
Sejak akhir-akhir ini kemelut rumahtangga selebriti menjadi antara topik hangat. Malah ada beberapa pasang keluarga selebriti yang turun naik mahkamah dan kisah mereka menjadi tatapan umum.
Malah ada yang menjadikan platform media sosial luahan rasa apabila berlakunya masalah dalam rumah tangga.
Ashraf Nasihatkan Isteri-Isterinya
Ramai yang menjadikan idola dalam kehidupan berpoligami. Pada kebiasaanya kita mendengar kisah isteri hidup bermadu kebanyakkannya alami pengalaman yang buruk. Isteri-isteri biasanya tidak sebulu, asyik bergaduh. Namun kehidupan Ashraf berbeza dan dia bijak mengatur hidup agar wanita-wanita yang dikahwini itu mendapat kasih sayang sama rata.
Meyentuh tentang isu kemelut rumah tangga beberapa artis yang mendapat perhatian umum sejak kebelakangan ini, Ashraf menyatakan dia sudah menasihati kedua-dua isterinya untuk tidak memberi pandangan atau mencampuri urusan perkahwinan orang lain.
“Apa saja cerita mengenai keluarga ni kalau boleh simpan dalam selimut, jangan buka aib.
“Kalau kita sebarkan di media sosial akan rasa kebaikan untuk diri tapi sebenarnya ia memberi ruang untuk nampak keburukkan diri,” luah Ashraf.
Suami kepada Dr Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi ini turut menjelaskan seperti mana dipetik menerusi mStar Online agar kedua isterinya tidak samakan masalah orang lain dengan kehidupan mereka.
“Bila berlaku isu rumah tangga ini, saya cakap kepada kedua isteri saya. biarlah mereka, jangan ambil tahu sebab perkara ini serba sedikit akan memberikan kesan nanti.
“Sejujurnya, dua isteri saya ada la risau sikit apabila melihat isu pergolakkan rumah tangga begini tapi saya selalu pesan kepada mereka kalau boleh jangan samakan masalah orang dengan kita sebab setiap orang ada masalah yang berbeza,” kongsinya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang bukan mudah untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi iaitu PhD dalam pada masa yang sama turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu pada anak-anak yang masih kecil. Pastinya memerlukan pengorbanan yang besar dan semangat gigih yang luarbiasa dalam mencapai cita-cita ini.
Membesarkan 8 Orang Anak
Ternyata, wanita berusia 38 tahun ini sungguh memberi inspirasi apabila apabila berjaya menamatkan pengajian PhD dengan cemerlang dalam tempoh 3 tahun setengah dari UiTM pada 10 September lepas.
Dr.Zatilfarihiah Rasdi berjaya menyelesaikan penyelidikan biokimia pergigiannya, pada masa yang sama turut membesarkan lapan orang anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga 14 tahun.
“Anak yang sulung masih bersekolah dan yang kecil baru sahaja berusia satu tahun sembilan bulan. Jika diingatkan semula, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat melalui ini semua, ia sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya mempunyai anak kecil,” kata Dr.Zatilfarihiah.
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar PhD, Dr.Zatilfarihiah juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah pergigian di sebuah kolej tempatan. Katanya, cabaran membesarkan anak-anak menjadikannya lebih berdisiplin dalam bab pengurusan masa.
Pengorbanan yang paling banyak dilakukan oleh Dr.Zatilfarihiah sepanjang tempoh pengajian PhD ialah masa rehat. Selain memastikan tugas dan penyelidikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, dia juga memberikan tumpuan sebaik-baiknya pada keluarganya.
Daftar Pengajian PhD 2017
Kata Dr.Zatilfarihiah, sebenarnya membesarkan anak sambil belajar bukanlah perkara mudah. Pada April 2017 ketika dia mula-mula mendaftar untuk pengajian PhD, dia sudah mempunyai lima orang anak dan sepanjang pengajiannya, dia melahirkan tiga orang anak lagi.
Mengandung, bersalin sambil belajar adalah cabaran yang harus ditempuhi namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian. Baginya apa yang dilaluinya itu adalah rahmat Tuhan buat dia dan keluarganya.
Hampir setiap hari, Dr.Zatilfarihiah akan bangun untuk menelaah pelajaran dan menyiapkan thesis pada jam 2 pagi. Kemudian pergi ke makmal pada jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyiapkan kertas kajian dan menjalankan eksperimen. Dia mengaku perkara tersebut memenatkannya namun dia bersyukur kerana sebagai seorang pensyarah dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Sokongan Suami & Keluarga
Menurut Dr.Zatilfarihiah, suaminya sangat menyokong perjalanannya sebagai pelajar PhD. Ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya juga turut sama membantu menjaga anak-anaknya ketika dia sibuk menjalankan tugas.
Mingguan Wanita: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr.Zatilfarihiah yang berjaya menggengam PhD meskipun menggalas tanggungjawab yang besar menguruskan 8 orang anak-anak. Semoga menjadi inspirasi buat wanita yang lain juga supaya tekad untuk berjaya.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!