sambal tumis

Bukan sebarang sambal tumis, ini hasilnya jadi lagi sedap bila dah masak. Memang berguna sangat nak dekat puasa ni, boleh buat stok siap-siap.

Kata Putra Bugis Temasek, dia dah lama simpan rahsia masak ni dan memang rasa sambal tumis itu berbeza sangat. Nak buat bilis lain caranya, udang lain, telur lain dan sotong pun tak sama. Nah, godeklah sesiap!

Tip Sambal Tumis

Ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yang lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis, semoga manfaat pada tahun 2013.

Hari ini saya hendak kongsi tip-tip dan cara membuat sambal tumisan bertambah sedap.

Ini tip-tip yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya!!!Selamat membaca.

Kalau sambal bilis

Masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili, lebih perisa sambalnya.

IKLAN

Kalau sambal sotong

Untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan.

Kalau sambal udang

Rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.

IKLAN

Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul-betul garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)

Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap! Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya.

Sambal Bilis

Kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin.

IKLAN

Sambal Sotong

Kalau sambal sotong masukkan sotong dulu, lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa.

Sambal Udang

Kalau sambal udang masukkan udang dulu, lepas air udang dah keluar baru lah masukkan air asam jawa.

Sambal Telur

Kalau sambal telur selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah, goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula agak macam dah layu… angkat… then baru tumis lada kering agak-agak dah masak baru masuk dan air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi.

Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.

Kalau sambal udang, saya blend udang kering sikit dengan cili kering tu.

Petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI