Ada macam-macam teknik untuk menghasilkan ‘telur gedik’ atau telur mata goyang. Telur gedik sihat ni makan dengan kicap, cili potong dan nasi panas pun dah cukup! Tak toleh kiri kanan. Jika selalu kita goreng telur dalam minyak yang banyak. Namun kalau nak buat nak buat telur gedik dengan cara yang lebih sihat dan guna sangat kurang minyak boleh cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Puan Laila Mijan ini.
Ni cara saya buat telur gedik untuk anak-anak dan suami.Tadi saya komen dekat group ni dan tunjuk gambar, ramai pulak yang pm suruh ajarkan.Ok saya ajarkan.
Bahan Diperlukan:
Telur
Berus Sapuan Minyak * Beli Sini
Air Secukupnya
Cara Membuat:
1. Mula-mula rebus air dalam periuk/kuali sampai menggelegak.
2. Selepas itu ambil senduk besar bulat dan rendam kejap dekat air panas tadi.
3. Kemudian angkat sapu dalam senduk dengan minyak masak guna berus sapuan.
4. Selepas itu pecahkan telur dan letak dekat dalam senduk tadi.
5. Letak senduk atas permukaan air yang tengah menggelegak (buat cara double boil) tunggu telur tu memutih sekitarnya selepas tu baru celup/rendam senduk sepenuhnye ke dalam air.
Siap!
Ads
Ini alat untuk sapu minyak dan keluarkan telur selepas masak.
Selamat mencuba semua. Ni je yang mampu saya kongsi ilmu untuk semua.
Bila masakan menggunakan telur seperti kari, masak lemak dan sebagainya, jika salah tekniknya memang telur mudah hancur dan pecah dalam kuah. Sebenarnya ada caranya untuk pastikan telur tak pecah bila masak. Menariknya, petua telur jadi elok, bulat atau bujur mudah saja.
1. Didihkan air panas masukkan 4 sudu cuka.
2. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak.
Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur. Lepas dah masak tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Kalau dulu, setiap waktu petang, inilah masa yang ditunggu dan gembirakan hati anak-anak-anak. Maklum saja, mak ayah boleh bawa anak bermain di taman permainan, berjalan-jalan atau pusing taman.
Tapi, keadaan sekarang yang tak mengizinkan, kawasan rumahlah tempat untuk anak-anak bermain. Puas bermain di bahagian rumang tamu, bersepah pula dalam bilik. Ada saja idea untuk mereka buat, asalkan gembirkan hati mereka. Tidaklah terlalu boring,
Mungkin ada juga mak ayah yang pasangkan kolam besar untuk mereka bermain, Tak kurang juga mak ayah yang prihatin sediakan playhouse untuk gembirakan hati anak.
Bagi yang berkemampuan dan mempunyai kawasan rumah yang luas, tidak menjadi masalah. Begitu juga baig ayah yang ada kemahiran bertukang, boleh saja buat playhouse sendiri untuk anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh bapa muda, Saliqin Sulong yang cuba buat sendiri playhouse demi untuk gembirakan hati anak. Paling penting, modal untuk buat playhouse ini tidak besar, aalkan ada asas menukang.
Bila tengok harga playhouse, boleh tahan juga mahalnya. Anak-anak pula request nak playhouse. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini. Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Asalkan anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.
1. Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.
2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.
3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.
4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.
5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.
Mingguan Wanita : Ayah-ayah bolelah buat satu untuk anak-anak ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Penting ambil tahu apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya. Bukan main buat sebarangan ‘renovation’ rumah secara HARAM kerana akibatnya banyak beri kesan yang perlu ditanggung nanti.
Bila kita buat renovation tak ikut undang-undang, confirm lah akan ada kesan dia. Macam sekarang lah, tak boleh makan durian ramai-ramai pasal PKP, eh dia nak juga berpesta. Kan dah kena kompaun.Sama lah dengan renovation rumah, ada peraturan dan kita kena ikut.
Aku memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?
Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.
So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?
Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.
Setakat aku tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.
Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?
Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.
Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.
Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? (baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.
Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm-confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.
Aku pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.
Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?
Nak tahu lebih lanjut boleh baca pos oleh Ar. Azizul Azwar di sini:
Tuan-tuan dan puan-puan, kita kena faham bila bab tambah struktur, ianya melibatkan hal keselematan penghuni dan orang sekeliling. Kalau lah renovation haram ni dibuat dan tiba-tiba runtuh atau rosak dan mencederakan orang lain, macam mana? Siapa salah? Siap yang kena tanggung dan paling penting sanggup ke nak tanggung?
Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.
So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus?
Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Cantik tak rumah ada line tape kuning? haha
Mingguan Wanita :Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturannya iya. Jangan sembarangan berani main buat je. Kalau tak siap sedialah hadap risiko yang kena tanggung kemudian hari nanti.
Sedang berpantang selama 15 hari selepas melahirkan anak kedua pada 2016 bukan penghalang untuk ibu anak tiga menghadiri temuduga dalam bidang kejuruteraan.