Ini 7 Petua Masak Nasi Sempurna, Tak Lembik, Tak Berkerak Berguna Buat Mak-Mak

Share

Ini 7 Petua Masak Nasi Sempurna. Ramai anggap masak nasi itu kerja mudah, asal masuk beras dan air, siap.

Namun, hakikatnya nasi yang lembik, berkerak atau hangus boleh merosakkan selera seisi keluarga. Untuk hasilkan nasi yang cantik, gebu dan wangi, ada beberapa rahsia dapur yang boleh diamalkan.

Ini 7 Petua Masak Nasi Sempurna

 

  1. Sukatan air mesti tepat

Inilah kunci utama. Bagi beras tempatan, gunakan nisbah 1 cawan beras bersamaan 1¼ cawan air. Untuk beras basmati pula, cukup sekadar 1:1. Jangan terlalu banyak, nanti lembik; jangan terlalu kurang, nanti keras.

  1. Basuh dan toskan beras

Bilas beras hingga air hampir jernih supaya lebihan kanji tidak menyebabkan nasi melekat. Jangan terus masak ketika beras masih basah kuyup, sebaiknya tos seketika sebelum dimasukkan ke periuk.

  1. Kawal api ketika menanak

Mulakan dengan api sederhana sehingga air hampir kering, kemudian kecilkan api sehingga nasi benar-benar masak. Cara ini mengelakkan nasi di bahagian bawah periuk menjadi hangus.

  1. Sedikit minyak atau daun pandan

Titiskan sedikit minyak masak atau masukkan sehelai daun pandan untuk aroma yang harum. Selain wangi, nasi juga akan kelihatan lebih berkilat dan menarik.

  1. Tutup dengan kain bersih

Letakkan sehelai kain nipis di bawah penutup periuk. Kaedah ini membantu menyerap wap berlebihan, menjadikan tekstur nasi lebih peroi dan tidak berair.

  1. Biarkan sebentar selepas masak

Selepas suis ditutup atau api dipadam, jangan terus membuka penutup. Biarkan nasi ‘berehat’ sekurang-kurangnya 10 minit. Wap yang terperangkap akan membantu menyempurnakan tekstur nasi.

  1. Gemburkan nasi dengan lembut

Akhir sekali, gunakan garpu atau senduk kayu untuk menggemburkan nasi. Elakkan mengacau kasar kerana ia boleh memecahkan biji beras yang sudah kembang.

Hasilnya, nasi bukan sahaja masak sekata, malah kekal gebu, cantik dan tidak mudah basi. Petua lama ini jika diamalkan, menjadikan hidangan nasi putih terasa lebih istimewa walau hanya dimakan bersama lauk yang sederhana.

Mak-Mak Kena Tahu Untuk Elak Nasi Tak Cepat Basi

Tokoh usahawan terkenal tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan yang juga pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd. Berkongsi tentang tip mengelakkan nasi cepat basi. Dengan penggunaan periuk nasi yang betul juga membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.

“Kami juga mengenalpasti faktor utama kenapa nasi cepat basi iaitu pengewapan air di dalamnya dan menambahbaik dengan empat lapisan pelindungan.

“Periuk nasi Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778) membantu mak-mak dengan memasak menggunakan periuk ini nasi boleh bertahan selama empat hari,” katanya pada sidang media dan pelancaran rasmi di Restoran Rasa Rosz bertempat di IOI City Mall, Putrajaya yan berlangsung baru-baru ini.

Pada masa sama, Rozita juga memberitahu periuk nasi ini sangat membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.

“Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bersama dalam pelancaran ini yang menghormati tradisi kulinari negara,” tambahnya.

Menurut Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng pula, produk ini bukan sekadar periuk nasi, sebaliknya dicipta untuk memberi solusi menyeluruh kepada pengguna yang mahukan hidangan berkualiti, lebih praktikal dan bebas pembaziran makanan.

“Teknologi kami diakui boleh membuatkan anda menikmati nasi sepanjang hari tanpa basi. Ia memudahkan penyediaan hidangan harian serta menjamin kualiti masakan keluarga.

“Malah nasi yang dimasak dalam periuk nasi Tefal juga lebih gebu dengan teknologi pemanasan 3D Max di mana bahagian bawah periuk berbentuk bulat dan membantu proses memasak dengan lebih sempurna,” ujarnya.

Baca Disini : Nasi Basi Digaul Kicap Bagi Budak Makan, Pengalaman Buruk Seorang Tukang Masak Di Kantin Sekolah

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh