Pantang ajal sebelum maut, begitulah hakitatnya. Ingatkan sudah meninggal, selepas enam jam dalam peti sejuk mayat, bayi pramtang hidup semula. Bayi ajaib dan kuat semangatnya.
Siapa sangka mayat bayi yang sepatutnya menjalani upacara pengebumian tidak meninggal bila dia mula bergerak bila mahu diserahkan kepada ibu bapanya di Mexico.
Bayi Hidup Semula Selepas Enam Jam
PUEBLA – Seorang bayi pramatang yang disangkakan sudah mati dan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla, Mexico didapati hidup semula semalam.
Pekerja rumah mayat berkata, mereka menyedari bayi lelaki itu mula bergerak dan menangis semasa hendak menyerahkan kepada ibu bapanya untuk upacara pengebumian.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik ayah bayi itu melihat tangisan anaknya dan berkata ‘teruskan berjuang’ beberapa kali.
Bayi yang belum diberi nama dilahirkan jam 4.29 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu dan difahamkan dia diselamatkan kira-kira jam 10 pagi iaitu kira-kira enam jam dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.
Ads
Pasukan perubatan memberitahu media tempatan bahawa bayi itu masih hidup tetapi dia diletakkan di bawah pemerhatian rapi di unit neonatal.
Sementara itu, pihak hospital akan menyiasat punca sebenar bayi yang disangkakan mati diletakkan dalam peti sejuk mayat itu. – Agensi
MW: Semoga bayi ini cepat sihat dan mampu menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi lain.
Alangkah bagusnya menjadi orang yang rendah diri, baik hatinya. Tak perlu beritahu orang lain akan kebaikan dirinya. Tetapi, dek kerana baiknya budi, orang sekeliling boleh merasai dan menerima manfaatnya.
Begitulah hebatnya kerendahan hati, ketinggian budi. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop, mengulas tentang kebaikan guru yang bersara dibalas oleh anak-anak muridnya dengan menghadiahkan sebuah kereta.
Ada teladan yang boleh dipelajari oleh orang ramai, Lihatlah dengan mata hati, akan kau temui keindahannya.
Guru Bersara Terima Hadiah Kereta Dari Anak Murid
Semalam terbaca kisah cikgu ni. Cikgu nak bersara. Masa majlis persaraan tu, terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama-sama kongsi duit belikan beliau kereta.
Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu. Ada antaranya anak murid beliau sendiri yang komen.
“Cikgu layak dapat lebih. Tapi ni je kami mampu bagi.”
“Cikgu sangat baik. Tak pernah cakap buruk pasal kami.”
“Cikgu selalu kata kami semua memang dah pandai. Cuma belum jumpa cara je lagi.”
Cikgu tu sendiri pula cuma kata begini. Beliau cuma cikgu biasa. Yang bagus tu adalah pengetua, cikgu lain dan muridnya sendiri.
Apa yang kita boleh belajar dari sini.
Kisah Orang Rendah Diri, Baik Hati
Pertamanya. Kisah orang rendah diri. Dan baik hati. Orang lain semuanya bagus. Dia rasa dia biasa je. Tak cerita apa pun baik dia. Tapi orang tahu dia baik dan terbaik.
Hidup dalam akhir zaman ni memang kebanyakkan orang akan berlumba-lumba nak tunjuk dia yang terpaling sempurna. Baik. Pandai. Hebat. Kaya.
Namun baiknya kita, pandainya kita, hebatnya kita, kayanya kita tidaklah sampai ke level mana sekiranya cuma kita yang rasa. Tapi tidak sampai hasilnya pada orang lain di keliling kita.
Keduanya. Cikgu kata anak murid dia semua dah pandai pun. Cuma belum jumpa cara.
Sangkaan baik pada orang lain akan buat satu perkara ni. Buat kita rasa rendah diri. Dan percaya orang lain pun boleh cuma masanya belum tiba lagi. Apatah lagi nak pandang buruk pada orang lain yang tak punya sama kesempatan rezeki. Benda ini akan buat kita layan semua orang dengan rasa ringan hati.
Ketiganya. Cikgu kata pengetua baik. Kawan kerja baik. Murid baik. Semua orang baik. Saya kira begitulah cikgu hidup dengan orang lain juga.
Kalau Kita Orang Yang Bagus, Tak Perlu Beritahu Orang
Menanam rasa semua orang lain lebih baik dari kita ni bukan benda mudah dan biasa. Lagi pula bila orang tu terlihat kurang dek ujian pandangan mata kita. Kadang kita manusia ni Tuhan uji cuma dengan sedikit saja kelebihan pun sudah jadi sombong mendabik dada.
Benar sekali pesan suami saya.
“Kalau kita memang orang yang bagus, kita tak perlu bagitahu orang. Orang tahu. Sebab bagus kita tu bukan kita yang rasa-rasa tapi orang lain yang merasa kesan bagusnya seorang kita.”
Kerana itu semua nikmat adalah kelebihan. Juga beban ujian pada masa yang sama. Dan untuk meringankan kelebihan dan beban ini, perlu diletak di atas semuanya adalah…
Akhlak.
Mingguan Wanita :Jadilah orang yang baik. Kerana, akhirnya kebaikan itu bukan saja berbalik pada diri, malah orang lain yang merasai kebaikannya.
Lori terlebih muatan. Malang tidak berbau. Jangan fikir semua nak cepat, semua barangan dimasukkan tanpa fikir keselamatan orang lain. Inilah yang mengundang bahaya.
Gara-gara lori terlebih muatan inilah turut menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suami terbalik sehingga meragut nyawa anak sulung dan isteri mengalami kecenderaan parah.
Lori Terlebih Muatan, Ragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan
Menerusi Kumpulan Facebook, Dashcam Owners Malaysia, lelaki tersebut berkongsi luahannya kerana berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.
Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam insiden tersebut disebabkan muatan yang dibawa lori berkenaan terjatuh ke atas jalan raya secara tiba-tiba.
Dalam perkongsian oleh Ding Sheng Koh, dia turut kecewa dan sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa anak dalam kandungan isterinya. Kejadian itu berlaku di lokasi Grik, sebelum sampai ke Titiwangsa.
“Sebelum ini, saya dan isteri dangat gembira dan mengalu-alukan kedatang bayi kami ke dunia. Tapi disebabkan kejadian yang sepatutnya boleh dielakkan tetapi sebab kecuaian pemandu, kejadian ini berlaku.
“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat transportation telefon untuk meminta maaf ataupun tanya khabar,” luahnya dalam facebook.
“Selepas kejadian itu, saya lihat isteri saya menangis dan sedih, apatah lagi luka pada badannya. Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis truck ini untuk membawa barangan muatan ini, ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.
“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, 3 tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia dari kami,” soalnya.
.
.
Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju sepatutnya selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.
Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.
Daripada maklumat, pemandu lori tersebut akhirnya ditahan oleh anggota polis yang sedang dijalankan sekatan jalan raya (road block) di Jeli.
Bawa Kelajuan Melebihi 90 (km/h)
Ketika kejadian berlaku, saya lihat lori datang dengan kelajuan tinggi sehingga keseluruhan badan lori sudah condongkan, mujur pengalaman saya memandu agak lama, sebelum kejadian berlaku saya sudah kurangkan kelajuan kereta saya, jika tidak saya agak saya sudah meninggal dunia.
(Dari anggaran saya kelajuan pemandu lori tersebut membawa melebihi 90(km/h)
Semasa saya nampak kedatangan lori tersebut, saya sudah mengurangkan kelajuan saya dari 80km/h hingga ke 60km/h, tetapi masih tidak dapat mengelak dari kejadian ini berlaku, saya rasa bersalah terhadap baby dalam kandungan ibu sebab ayah tidak mampu melindung awak dengan baik.
No. Plate lori itu ialah PJF 9890. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan yang patut tindakan undang-undang yang sewajarnya, saya juga harap pihak syarikat kamu boleh menjelaskan mengapa selepas kejadian, tiada sesiapa pun meminta maaf dan tanya khabar.
Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan truck yang betul untuk menghantar barang, mengenai pihak logistik saya harap kamu mengupah pemandu yang bersikap bertanggungjawab. Walaupun truck adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Mingguan Wanita: Moga keluarga Ding Sheng Koh tabah menghadapinya dan salam takziah.
Mamazie Terguris, Shila Tergamak Keluarkan Kata-Kata Kesat. Ibu mana yang tidak terasa hati apabila anaknya mengeluarkan kata-kata kesat. Itulah antara luahan hati oleh ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman atau lebih mesra dengan panggilan Mamazie.
Perkongsian itu kemudiannya sudah dipadam oleh Mamazie. Menurut mStar onlie ianya dipadam beberapa minit selepas ia dimuat naik. Antara yang dikongsi oleh Mamazie;
“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.
“Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham,” tulisnya.
Menurut bekas isteri ND Lala itu lagi dirinya snediri tidak tergamak untuk menulis kata-kata yang keluar daripada mulut anak sulungnya itu hanya disebabkan rumah pusaka yang ingin dijualnya.
Mamazie juga menerangkan dirinya tampil membuat kenyataan tersebut kerana ingin membersihkan namanya yang sudah tercalar.
“Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia mak simpan, sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.
“Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ini emak belum dapat maafkan dan mak tak reda dengan apa Shila buat. Berhenti menipu!
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku. Hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepadaMu kerana sesungguhnya aku milikMu.
“Nurshahila, kau tanggunglah dosa… Pada Allah mak serahkan dirimu dan semoga Allah SWT mengadili segalanya serta memberimu petunjuk,” luah Mamazie.
Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...