Imej Berhijab Ummi Nazeera Hati-Hati Pegang Watak Penyondol, Elak Babak Bersentuhan

Share

Imej berhijab Ummi Nazeera hati-hati pegang watak penyondol. Berimej berhijab dan sentiasa berhati-hati dalam membawakan watak yang mencabar untuk menjaga batas professional itulah pegangan pelakon cantik Ummi Nazeera.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sebelum menerima sesebuah naskah dirinya akan meneliti watak yang bakal dijayakan. Menjaga batasan sebagai Muslimah, Ummi meletakkan syarat walau memegang watak orang ketiga dalam drama Saat Aku Tahu yang pastinya penuh dengan adegan panas dirinya tidak melakukan sebarang babak bersentuhan.

“Nak bawa watak dalam sebuah naskah yang bertemakan curang bukan mudah kerana pastinya akan ada banyak isu sensitif.

“Saya dan Hisyam tak ada bersentuhan langsung tetapi banyak kamera trick untuk beberapa babak ‘panas’ dalam drama ini, namun sebagai wanita bertudung saya tetap menjaga batas.

“Sejujurnya saya tidak pernah buat begitu, jadi saya harap peminat dan penonton dapat menerima dengan hati yang terbuka,” katanya ke sewaktu ditemubual ketika sidang media dan pratonton drama Viu Saat Aku Tahu.

Rasa Penat Bila Lakonakan Watak Jahat

“Naskah ini antara yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental. Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.

“Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksud dan boleh jadi baik atau jahat. Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini,” ungkapnya.

Menerusi drama ini dirinya bergandingan dengan Hisyam Hamid dan Anna Jobling.

Baca Disini : Ramai Setuju Tindakan Ummi Nazeera Tak Bawa Anak Keluar Jalan-Jalan Sebelum Usia 6 Bulan!

 

 

Published by
Norhayati Suboh