Ibu Zara Qairina Akui Panik-“Jika Tahu Penting, Kami Tak Akan Tolak Bedah Siasat”

Share

Ibu Zara Qairina akui panik -“Jika tahu penting, kami tak akan tolak bedah siasat.” Noraidah Lamat, 45, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya berada dalam keadaan terkejut dan panik ketika diminta membuat keputusan berhubung bedah siasat anaknya yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Ibu Zara Qairina Akui Panik -“Jika Tahu Penting, Kami Tak Akan Tolak Bedah Siasat”

“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada nasihat diberikan dan jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen menolak bedah siasat itu,” katanya.

Menurut Noraidah, beliau tidak dapat berfikir dengan tenang sewaktu pihak hospital meminta kebenaran menjalankan bedah siasat terhadap anaknya yang berusia 13 tahun itu.

“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.

“Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu,” katanya lagi menerusi komen di Facebook.

Peguamnya, Hamid Ismail, turut mengesahkan bahawa akaun Facebook dengan nama pengguna ‘Noie AiDa’ adalah milik Noraidah.

Semalam, pihak Bukit Aman memaklumkan berlaku ketidakpatuhan prosedur oleh polis kerana bedah siasat tidak dilakukan seperti sepatutnya. Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar, menjelaskan bahawa Noraidah telah menandatangani dokumen hospital bagi menolak prosedur tersebut.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.

Susulan itu, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat pelajar berkenaan digali semula untuk bedah siasat, yang dilakukan pada Ahad lalu. Jenazahnya kemudian dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada Isnin.

Sumber: Harian Metro dan Berita Harian

Baca artikel lain juga: Dr Khairul Anuar Zainun, Ketuai Bedah Siasat Jenazah Zara Qairina Bukan Kaleng-kaleng Orangnya

Peguam Sahkan Wujud Kecederaan Pada Tubuh Allahyarham Zara Qairina -Ada Patah, Memang Ada Cedera”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has