Koleksi Peribadi: Wan Noor Sabrina Wan Shaari

Tiada siapa yang dapat menduga kuasa Allah S.W.T. Pastinya tidak ada mana-mana wanita yang bergelar isteri terlintas untuk berpisah. Sememangnya perjalanan hidup wanita yang berstatus ibu tunggal memang penuh pancaroba.

Keupayaan menguruskan keluarga bersendirian malahan perlu bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan masyarakat. Namun, ibu tunggal perlu bangkit agar masalah ini tidak mengekang mereka untuk terus memajukan diri dan keluarga.

Justeru, setiap wanita perlu membuat persiapan rapi dari aspek mental, emosi dan kemahiran bagi memastikan mereka mampu mengharungi sebarang cabaran. Berbeza dengan bapa tunggal, ibu tunggal lebih berhadapan dengan masalah. Membesarkan anak-anak tanpa suami cukup sukar bagi seorang wanita yang bergelar ibu tunggal.

Ibu Tunggal Ini Seolah Sudah Lali “Anaklah Penghibur, Penawar, Kawan Karib Dunia Akhirat”

Ibu Tunggal Ini Seolah Sudah Lali “Anaklah Penghibur, Penawar, Kawan Karib Dunia Akhirat”

 

Ibu Tunggal Ini Sedih & Sayu

Namun bagi seorang Guru KAFA yang berstatus ibu tunggal selama 10 tahun, dia tidak pernah berputus asa, malah berusaha mencari rezeki menerusi menerusi bidang perguruan.

Wanita yang begitu cekal, Wan Noor Sabrina Wan Shaari, 34, berasal dari Chabang Empat, Tumpat, Kelantan ini akui perceraian yang dialami sememangnya memberi sedikit kesan kepada kedudukan ekonominya apatah lagi ketika itu dia perlu membesarkan seorang anak yang baru dilahirkan.

Ibu Tunggal Ini Seolah Sudah Lali “Anaklah Penghibur, Penawar, Kawan Karib Dunia Akhirat”

“Bila dikenangkan hati saya cukup sedih dan sayu. Mana tidaknya kami berpisah selepas saya melahirkan anak tunggal kami. Setahun lebih saja kami hidup bersama, dek kerana tiada keserasian dan akhirnya masing-masing mengambil jalan untuk berpisah. Namun perpisahan itu dengan kerelaan hati saya dan pasangan.

“Kiranya sudah 10 tahun saya bergelar ibu tunggal dan anak perempuan saya pun dah besar,” kata Wan Noor Sabrina yang akui bukan mudah pada awalnya untuk dia meneruskan kehidupan sendirian.

Keluarga Banyak Membantu

Bertambah sedih, anak mereka hingga kini tidak mengenali wajah ayah sendiri. Namun Wan Noor Sabrina beruntung kerana dikelilingi keluarga yang banyak membantu.

“Percaya atau tidak, anak saya sampai sekarang tak kenal ayah dia. Sebabnya ayahnya cuma datang jenguk anak ketika usia anak dua hari,” sambung Wan Noor Sabrina.

Tiada pilihan wanita ini terpaksa melangkah walaupun sewaktu berpisah dia masih baru saja habis berpantang.

“Nak buat macamana kan, dah takdir tersurat. Saya bercerai masa selepas proses berpantang, pada waktu itu usia anak baru dua bulan lebih. Si kecil itu tidak ketahui apa-apa. Tipulah jika saya beritahu tak rasa sedih, bayangkan baru saja lepas bersalin.

“Tapi saya bertuah keran keluarga banyak membantu. Saya bersyukur dapat membesar dan membahagiakan anak perempuan saya dengan kasih sayang dari saya dan keluarga. Alhamdulillah semuanya saya harungi dengan penuh tabah. Biarlah hidup kami tak semewah orang lain. Tapi bagi saya cukup pakai dan makan itu sudah memadai. Malah kami sekeluarga memang mengamalkan hidup yang sederhana,” luah Wan Noor Sabrina.

Besarkan Anak Sendirian

Benarlah bak kata orang, dialah ibu, dialah kawan dan dialah segalanya, begitulah diungkapkan buat ibu tunggal ini.

“Bagaikan sudah lali, kehidupan selama 10 tahun sendirian tanpa suami pada awalnya memang sedih tapi bila dapat kebebasana itu sebenarnya yang lebih membahagiakan.

“Pengalaman pahit memang banyak sangat, yang paling saya tak boleh lupakan pada saat anak sakit. Waktu itulah paling menduga sebabnya kitalah ibu, kitalah ayah. Jadi kena harungi semuanya sendirian. Mujur ada keluarga tersayang yang banyak membantu. Selain itu saya akan terlalu rindukan anak bila kami terpaksa berjauhan.

“Saat manis pula bila saya sangat bahagia dapat tengok anak membesar depan mata sendiri. Anaklah penghibur, penawar dan dialah kawan karib saya dunia dan akhirat,” sambung Wan Noor Sabrina.

Akui bukan mudah sendirian membesarkan cahaya mata, ibu tunggal ini sememangnya cukup berdikari dan sentiasa bersemangat untuk menjana pendapatan keluarga.

“Demi anak tersayang, saya kuatkan semangat dan tempuhi semua cabaran. Bukan mudah berdiri sendiri tanpa suami di sisi. Tapi itu yang membuatkan saya makin matang dan bertanggungjawab pada keluarga. Dalam hati saya cuma mahu besarkan anak. Biarlah dia hidup senang dan tidak merana. Hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai cobaan yang mendatang,” tegas Wan Noor Sabrina.

Kisah hidupnya wajar dijadikan contoh terbaik buat ibu-ibu tunggal di luar sana. Wan Noor Sabrina juga menasihati mereka yang senasib dengan dirinya agar terus kuat melawan kesedihan.

“Kita kena kuat. Jangan sedih mengenangkan perpisahan yang berlaku. Ingat satu saja iaitu Allah sentiasa bersama kita, Allah sangat sayang pada hambanya disebabkan itu Allah menghantar ujian. Perancangan Allah itu lebih baik, dari perancangan kita.

“Bukalah mata dan minda agar kita mampu memperbaiki kehidupan dan meneruskan segalanya dengan baik agar cahaya mata amanah Allah dapat dijaga dengan baik,” akhiri Wan Noor Sabrina.

Baca Disini Juga:

“Wanita Tak Lemah, Lebih HEBAT Dari Lelaki. Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian!” Lufya

Bukanlah Senang Hidupnya Namun Ibu Tunggal Ini Infaq Gelang Emas,“Cukuplah Allah Jaga Anak-Anak”

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Ibu Tunggal Ini Seolah Sudah Lali “Anaklah Penghibur, Penawar, Kawan Karib Dunia Akhirat”

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Ibu Tunggal Ini Seolah Sudah Lali “Anaklah Penghibur, Penawar, Kawan Karib Dunia Akhirat”

 

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI