Ibu tunggal bina rumah idaman dengan kudrat sendiri -“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah.”  Pada saat kebanyakan orang memilih menyerahkan urusan pembinaan rumah kepada kontraktor atau tukang profesional, seorang wanita cekal di Pahang tampil dengan kisah luar biasa apabila membina sendiri rumah impiannya menggunakan kudrat sendiri.

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah”

Memetik Sinar Harian, Auni Hazwani Faizun, 33, seorang ibu tunggal membuktikan tiada apa yang mustahil apabila dia sanggup memikul simen, memasang besi dan membina dinding seorang diri demi merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman sendiri.

Berikut video daripada akaun TikToknya @wani Faizun

@wanifaizun Replying to @tiadanama_017 DELIVERY SELURUH SEMENANJUNG 😍 Harga semua mampu milik inshaAllah 🤜🏻🤛🏻 #wanifaizun #windoormax #rumahkoibukanrumahaok @RajaEila @Ahmad Ahnaf Zainuddin @Shiqa Sidik @WindoorMax ♬ my girl korean drama OST – rose♡

Menurut Auni, minat terhadap dunia seni sudah sebati dalam dirinya sejak kecil, namun dia tidak pernah menyangka minat itu akhirnya membawa kepada dunia pertukangan dan pembinaan rumah.

“Sebenarnya dah lama saya pasang impian nak ada rumah sendiri. Tapi bila buat kira-kira untuk upah tukang, kosnya memang saya tak mampu. Jadi saya nekad buat sendiri, perlahan-lahan.

“Dulu saya suka melukis, tapi bila dah besar, minat itu berkembang ke arah buat sendiri atau DIY. Saya terinspirasi lepas tengok rancangan TV pasal tiny house, dari situ saya belajar dan pasang niat satu hari nanti mesti bina rumah sendiri,” katanya.

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah”

Auni berkata, walaupun tidak mempunyai asas teknikal dalam bidang pembinaan, dia tetap berusaha belajar semuanya sendiri.

“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah,” katanya berseloroh.

Ads

Tambahnya, bahagian paling mencabar adalah di peringkat awal pembinaan yang memerlukan kekuatan fizikal.

“Awal-awal dulu memang susah sebab tak ada alat macam concrete mixer, jadi semua kena buat manual. Bancuh simen, siapkan ground beam, slab lantai, lintel, semua saya buat sendiri. Memang letih, tapi saya kuatkan semangat.

“Tipulah kalau kata tak pernah rasa nak putus asa, ada masanya memang penat sangat. Tapi saya berehat sekejap, tarik nafas, kemudian sambung balik. Bila dah mula, rugilah kalau berhenti separuh jalan,” katanya.

Menurut Auni lagi, dia juga tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal orang sekeliling yang mempersoalkan kemampuannya.

“Ramai juga yang ragu-ragu, tak yakin saya boleh buat. Tapi saya abaikan semua itu. Kalau saya nak sesuatu, saya akan kejar sampai dapat, tak kisah apa orang nak kata,” ujarnya.

Kini, rumah yang dibina sendiri oleh Auni sudah siap kira-kira 70 peratus, mengambil masa sekitar dua tahun setengah, jauh lebih cepat berbanding sasaran asal selama lima tahun.

Ads

Ditanya apa pesanan untuk wanita lain yang ingin mengejar impian, Auni berkongsi kata-kata penuh makna.

“Kalau kita rasa cita-cita kita besar, percayalah ALLAH itu jauh lebih besar. Tak ada yang mustahil bagi-NYA. Kita minta dengan yakin, usaha sungguh-sungguh, Insya-ALLAH, cepat atau lambat, DIA akan bantu,” katanya.

Ibu Tunggal Bina Rumah Idaman Dengan Kudrat Sendiri -“Tempat Saya Belajar? Universiti YouTube Lah”

 

Kisah Auni yang sanggup membina rumah impian dengan tenaga sendiri mendapat perhatian masyarakat termasuk di media sosial.

Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif kerana majoriti yang memberikan reaksi adalah positif.

Ads

“Memang ramai yang terkejut dan kagum sebab bukan biasa dengar perempuan buat kerja berat macam ini, buruh bina rumah, buat semua seorang diri. Tapi saya dapat sokongan yang sangat baik, yang negatif pun ada tapi sikit sangat, saya tak ambil pusing,” katanya.

Kisah Auni bukan hanya tentang membina sebuah rumah, sebaliknya adalah lambang kekuatan, harapan dan keyakinan terhadap diri sendiri.

Ia menjadi inspirasi buat wanita lain untuk percaya, tiada yang mustahil jika ada usaha dan tekad yang tinggi.

Sumber: Sinar Harian dan TikTok@wani Faizun

Baca artikel lain juga: Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Rempuh Proton Saga

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI