Ibu Terlantar Lumpuh Diusung Ke Bank Semata Untuk Tukar Kad Tamat Tempoh

Share

Ibu lumpuh diusung ke bank semata untuk tukar kad tamat tempoh. Hidup ini sebenarnya mudah kalau semua orang mampu bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kita hanya memerlukan hati yang ikhlas sahaja untuk berbuat baik sesama manusia.

Tapi banyak orang berkira-kira pada suatu pekerjaan dan tidak mahu memudahkan kehidupan orang lain. Alasan mereka, kuasa di tangan mereka dan mereka berhak membuat sesuatu.

Satu perkongsian dari seorang anak Nurhatini Mahamud @hatinimahamud di Tik Tok di mana dirinya terpaksa memanggil ambulan ke rumah dengan kos yang bukan sedikit dan membawa ibunya yang lumpuh untuk menukar kad bank yang sudah tamat tempoh cukup menyebakkan.

Dirinya terpaksa mengusung ibunya yang lumpuh dan dibawa masuk ke dalam bank kerana kad lamanya sudah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi dan perlu ditukar baru.

Lebih menyedihkan, tidak setakat mengusung ibunya yang lumpuh tapi urusan penukaran kad tidak dibuat di hadapan bank sebalik ibunya perlu dibawa masuk ke dalam bangunan untuk urusan tersebut.

Hal ini  mendatangkan kecaman ramai layanan buruk pihak bank terhadap individu sakit dan ramai yang menyifatkan tindakan ini di luar perikemanusiaan manusia. Jika sihat tiada masalah tetapi ini melibatkan individu sakit.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Saya Tak Nak Menyesal…”, Sanggup Berhenti Kerja & Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh

‘Separa Koma, Lumpuh Lepas Kemalangan.’ Sedih Dari Mengandung Hingga Beranak Suami Masih Terlantar

Ketika Berkahwin, Dia Memang Lumpuh. “Kekurangan Suami Tak Menghalang Saya Menerimanya.”

Menurut Hartini dalam hantaran terkininya selepas kes ini viral, pihak Public Bank sudah menyekat akaun maknya di mana pengeluaran tidak boleh dilakukan (walau kad baru sudah dibuat) tanpa sebarang alasan dan meminta dirinya bertemu pengurus cawangan bank berkenaan di Gurun, Kedah.

Jelasnya, ia satu keadaan sukar diterima memandangkan dari kad bank itulah, maknya menerima duit pencen dan dengan duit itulah digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain memandangkan ibunya lumpuh sepenuhnya (bed ridden).

“Pencen arwah abah tak banyak, cuma boleh membantu untuk beli keperluan mak. Bila jadi macam ini agak terkilan kerana kami dari keluarga B40, bukan dari golongan berharta. Jadi kami memang betul-betul mengharapkan duit bulanan itu masuk untuk beli keperluan mak tapi pihak bank dah sekat pula.

“Jadi kami terputus wang nak membeli barang keperluan mak selepas kad disekat. Ya Allah, terkilannya rasa macam ini,” luahnya sambil menambah, macam ini ke golongan tak berharta dilayan oleh pihak mereka,” soalnya.

Jelasnya lagi, hendak menyewa ambulan pun bukan murah.

“Semua itu perlukan duit. Alhamdulillah, St John ambulan Gurun memang terbaik dan sangat memahami. Servis diberi kepada mak memang terbaik sangat-sangat, luahnya yang sangat terkilan dengan hal yang berlaku.

Mungkin, inilah adat dunia. Orang kaya disanjung-sanjung dan orang miskin diinjak-injak dan ramai memuja golongan berduit kerana memikirkan glamornya.

Semoga Allah jauhkan hati kita bersifat sombong sesama manusia kerana sombong itu sifat iblis yang enggan tunduk menyujud Nabi Adam.

Satu nasihat, kita dijadikan dari tanah, semua orang sama rata saja dan bezanya rezeki kita berbeza-beza. Lebih mudah kita memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan kehidupan kita, ahli keluarga kita bahkan cucu cicit kita.

@hatinimahamud #PublicbankGurun#pesakitlumpuhseluruhbadan#takadapertimbangrasa#pihakbanksombong#fypシ゚viral #viraltiktok #viralkedah ♬ Do’aku – Haddad Alwi

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

IKLAN