Berita Sosial

Ibu Tergamam Anak Tunggal Lelaki Maut Dalam Keadaaan Tragis, Perjalanan Berakhir Tragedi

Share

Tabahnya seorang ibu, tengok satu-satunya anak tunggal lelaki maut

depan mata sampai kepala bercerai dari badan yang masih di atas riba.

Ibu Tergamam Anak Tunggal Lelaki Maut Dalam Keadaaan Tragis

Lebih memilukan, remaja berkenaan merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan merupakan pelajar cemerlang 9A SPM difahamkan bakal melanjutkan pengajian ke IPTA pada Jun depan.
Perkongsian saksi di media sosial mengenai ketabahan si ibu mula mengundang sebak netizen dengan menyifatkan kasih seorang ibu terlalu besar, tetap tenang disamping anak kesayangan walaupun mengetahui anaknya sudah pergi buat selama-lamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa, Wah Han Keong, 18, yang duduk di bahagian penumpang hadapan van Nissan Vanette disahkan meninggal dunia selepas van dinaikinya ditembusi tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kemalangan di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan melibatkan sebuah Volkswagen Golf GTI dan van Nissan Vanette.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun itu dalam perjalanan dari arah bandar Kuala Terengganu menuju ke Muzium Losong sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Kenderaan tersebut kemudian terbabas lalu melanggar tiang JKR di pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh van dinaiki mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Taman Manir menuju ke bandar Kuala Terengganu,” katanya.

Perjalanan Berakhir Tragedi

Akibat pelanggaran itu, tiang JKR terbabit tumbang dan menembusi van sehingga terkena mangsa di tempat duduk penumpang hadapan.

Menurut portal Sinar Harian, pemandu kereta bersama tiga penumpang lain termasuk seorang bayi berusia setahun tidak mengalami kecederaan, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami luka ringan pada kaki. Pemandu van berusia 49 tahun turut cedera ringan pada tangan.

​Ayah mendiang kata, dia hanya ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, tetapi anak lelakinya pula jadi begini dalam nada yang cukup sedih.

Terdahulu, polis memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemạtian akibat memandu secara melulu atau berbahạya.
Takziah buat keluarga mendiang.
Published by
Nadia Mohamad