Berita Sosial

Ibu Rayu Dua Anak Diberi Taraf Warganegara, Diseludup Ke Indonesia Oleh Bapa Kandung Ketika Kecil Tanpa Dokumen Sah

Share

Ibu rayu dua anak diberi taraf warganegara, diseludup ke Indonesia oleh bapa kandung ketika kecil tanpa dokumen sah. Seorang ibu, Siti Zubaidah merayu urusan permohonan kewarganegaraan dua anaknya diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berusia 50 tahun, dirinya yang juga pemegang taraf warganegara meminta JPN menimbang semula permohonan daftar lewat kad pengenalan  yang sebelum ini ditolak kerana perbezaan ejaan nama, tarikh lahir dan tempat kelahiran antara sijil kelahiran Malaysia dengan pasport Indonesia. Malah ibu ini turut melampirkan ujian DNA mengesahkan hubungan mereka sebagai ibu dan anak.

Jelas Siti Zubaidah dua anak lelakinya berusia 27 dan 23 tahun tidak memiliki status kewarganegaraan negara ini kerana ketika kecil dakwanya dua beradik ini diseludup ke Indonesia oleh bapa sendiri walau pun lahir di Kelantan dan Sungai Buloh pada 1999 dan 2003.

Ibu Rayu Dua Anak Diberi Taraf Warganegara

Ibu rayu dua anak diberi taraf warganegara, dibawa keluar dari negara ini ketika kecil oleh ayah kandung sejak kecil tanpa dokumen sah.

Jelashya sejak dibawa keluar oleh bapa sendiri tanpa sebarang dokumen, dua anak lelakinya mengalami kesulitan sejak kecil berhubung status kewarganegaraan.

“Dua anak saya lahir di Malaysia. Sulung 27 tahun lahir di Kelantan pada 1999 dan adiknya pula lahir Sungai Buloh, Selangor,” katanya mendakwa dua anaknya dibawa keluar ke Indonesia oleh bapa kandung mereka warga negara terbabit pada 2004 tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Saya berharap JPN dapat memudahkan urusan anak-anak saya. Saya sudah tiada kemampuan untuk menghantar mereka pulang ke Indonesia bagi membetulkan maklumat pasport.

“Saya sudah berhenti kerja kerana syarikat mengurangkan pekerja. Sepanjang tiga tahun menguruskan pelbagai urusan berkaitan dokumen, saya sudah menghabiskan banyak wang.

“Saya benar-benar berharap JPN dapat mempertimbangkan rayuan ini dan tidak menyukarkan lagi urusan anak-anak saya,” kata Siti Zubaidah pada sidang media diatur Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.

Siti Zubaidah tidak dapat menahan sebak kerana sudah lama memperjuangkan nasib dua anaknya. Dirinya merayu JPN memberikan taraf warganegara buat dua anaknya.

Memetik laporan Berita Harian, Siti Zubaidah yang hadir  bersama peguam MHO, May Eva Sofea Zainal Abidin dan Muhammad Falaq Adnan di Ibu Pejabat JPN bagi mengemukakan rayuan dan mendapatkan penjelasan berhubung penolakan permohonan terdahulu.

May Eva berkata, berdasarkan maklum balas daripada JPN, permohonan sebelum ini ditolak berikutan percanggahan maklumat dalam dokumen dimiliki dua beradik terbabit, termasuk perbezaan ejaan nama, tarikh lahir dan tempat kelahiran antara sijil kelahiran Malaysia dengan pasport Indonesia.

“Ketika dibawa keluar dari Malaysia, anak sulung berusia lima tahun, adiknya baru berusia setahun. Mereka ditinggalkan bersama datuk dan nenek di Indonesia tanpa dokumen asal dari Malaysia.

“Susulan itu, mereka didaftarkan dalam kartu keluarga di Indonesia yang kemudian jadi asas kepada pengeluaran pasport negara itu. Bagaimanapun, maklumat dalam pasport Indonesia berbeza dengan sijil kelahiran Malaysia, termasuk ejaan nama, tarikh lahir dan tempat lahir yang direkodkan,” katanya.

Beliau berkata, dua beradik itu hanya kembali ke tanah air pada 2023 dan kini masih menggunakan pasport negara jiran berkenaan kerana belum memperoleh dokumen pengenalan Malaysia.

Katanya, JPN mencadangkan agar maklumat dalam pasport Indonesia diselaraskan terlebih dahulu sebelum permohonan dikemukakan semula, namun ia sukar dilaksanakan kerana anak guamnya dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia bahawa pembetulan perlu dilakukan di negara berkenaan.

“Kami berpandangan langkah itu tidak praktikal kerana memerlukan kos yang tinggi sedangkan perkara ini boleh diselesaikan di sini, tambahan pula ibu mereka kini berdepan masalah kewangan.

“Kami berharap kes ini dapat dipertimbangkan berdasarkan fakta-fakta istimewa kerana mereka dibawa keluar dari Malaysia ketika kecil tanpa sebarang dokumen yang sah, bukannya atas kehendak sendiri,” katanya.

Dirinya hadir ke JPN di temani peguam MHO, May Eva Sofea Zainal Abidin dan Muhammad Falaq Adnan di Ibu Pejabat JPN bagi mengemukakan rayuan dan mendapatkan penjelasan berhubung penolakan permohonan terdahulu.

MHO turut berharap aspek kemanusiaan diberi perhatian memandangkan dua beradik itu disahkan mempunyai hubungan darah dengan ibu mereka warga Malaysia menerusi ujian DNA serta memiliki sijil kelahiran negara ini.

“Kedua-dua mereka kini bekerja sebagai pencuci, namun berpotensi memperoleh peluang pendidikan serta pekerjaan yang lebih baik sekiranya diberikan status kewarganegaraan,” katanya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros