Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd telah membawakan sebuah telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro Oasis, jam 10 pagi.
Karya ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek dan Rahim Jailani. Tidak ketinggalan Adik Qisya Hairulzain dan dibantu oleh Linda Soh, Shukri Tahir dan Afiq Aris.
Inspirasi Kisah Benar
Menurut Penerbit dan Pengarah Dream At Work Sdn Bhd Datuk Razlan Ismail, telefilem Ibu Pinjaman dinspirasikan daripada kisah benar Ustaz Abdullah Muda.
“Telefilem ini mengisahkan konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Rizal, seorang lelaki yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu, sering berasa kesunyian dan kekosongan dalam hidupnya.
Ads
Penerbit dan Pengarah Dream At Work Sdn Bhd Datuk Razlan Ismail
“Di satu sisi lain, Makcik Rokiah, seorang wanita tua yang hatinya hancur merindukan anak kandungnya. Dia menjalani hari-hari yang penuh kesepian.
“Kisah ini menyentuh hati apabila kedua-dua insan ini bertemu dan cuba mengisi kekosongan dalam hati masing-masing dengan kasih sayang yang terpendam,” katanya.
Menurutnya, lebih bermakna apabila telefilem itu bersiaran pada Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh dengan makna pengorbanan dan kasih sayang.
Ads
Menariknya lagi, pelakon utama Ibu Pinjaman iaitu Wan Maimunah kini sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci. Sekaligus, telefilem ini turut membawa kesan dan keistimewaannya yang tersendiri.
“Ibu Pinjaman IBU menjanjikan sebuah pengalaman emosi yang mendalam dengan kisah penuh kerinduan dan kasih sayang serta pengorbanan.
Ads
“Dibarisi pelakon yang hebat, cerita ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap penonton,” katanya.
Telefilem yang mendapat sentuhan pengarah Datuk M. Razlan Ismail yang juga bertindak sebagai penerbit, bersama Irfan Hasan selaku Penerbit Eksekutif.
Antara pelakon hebat yang turut membintangi drama Ibu Pinjaman
Dream At Work Sdn Bhd diberikan kepercayaan untuk menerbitkan telefilem ini bagi saluran Astro RIA di bawah naungan Penerbit Eksekutif Astro, Abdul Adzim Shahabudin.
Ibu Pinjaman bakal menemui penonton pada 17 Jun ini, jam 10 pagi di saluran Astro RIA dan Astro Oasis dan ulangan pada jam 11 malam pada hari yang sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas suami meninggal, urusan pembahagian harta perlu isteri selesaikan sendiri. Prosesnya tak mudah, melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa malah adik-beradik ipar. Ada yang sampai bertahun pun belum selesai.
Peguam syariah ini, Roslina Sabiyah & Co. berdepan dengan satu kes unik.
Melibatkan seorang wanita yang baru kematian suaminya. Ketika dia memfailkan tuntutan harta sepencarian inilah peguam ini melihat keajaiban berlaku depan mata.
Isteri Kematian Suami Tuntut Harta Sepencarian
Ingin saya kongsikan satu kisah yang indah. Tentang harta pusaka dan hubungkaitnya dengan isu kekeluargaan, kasih sayang dan persaudaraan.
Wajahnya jernih, tenang dan sentiasa menguntum senyum. Tak sangka pun sebenarnya beliau baru sahaja kematian suami beberapa bulan yang lalu. Arwah suami meninggalkan harta sebuah rumah yang berdaftar atas nama arwah seorang. Mereka tidak dikurniakan zuriat dan tambahan lagi arwah suami juga mempunyai 11 orang adik-beradik sebagai waris faraid..
Sangkaan pertama saya, tentu makcik ini menghadapi masalah untuk menuntut hak ke atas rumah tersebut. Bahagiannya sebagai isteri hanya 1/4. Kalau nak dapatkan bahagian yang lebih, makcik ini perlu memfailkan permohonan harta sepencarian di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Ia tentulah memakan masa dan melibatkan kos pula. Sedang saya mencongak-congak cadangan penyelesaian untuk makcik ini tiba-tiba dia bersuara..
“Puan.. adik-beradik arwah semua dah setuju nak lepaskan bahagian faraid mereka ke atas rumah tu kepada saya. Seterusnya apa yang saya perlu buat Puan?”
Allah.. takkan semudah itu? 11 orang maksudnya 11 kepala dan 11 ragam. Sedangkan yang hanya 2 beradik pun boleh bergaduh dan tak sepakat apatah lagi yang 11 orang ini?
Saya pun terangkan prosedur jika nak lepaskan hak, mereka semua perlu tandatangan Borang Persetujuan (DDA) untuk melepaskan hak. Tapi sebelum peguam boleh sediakan dokumen itu, peguam perlu dapatkan maklumat mereka semua seperti salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan alamat terkini.
Walau Dalam Bank Tak Ada Baki, Arwah Tak Lokek Dengan Adik-Beradik
Maka bermulalah satu situasi yang sangat indah tapi tak mampu saya nak rakam atau ungkapkan. Di depan saya juga makcik tu terus menghubungi seorang demi seorang adik-beradik arwah untuk mendapatkan maklumat awal seperti nama penuh, ic dan alamat bagi saya menyediakan dokumen.
Bicaranya tersusun dan sopan. Diterangkan satu-persatu untuk urusan apa, minta izin untuk dapatkan maklumat, ucap terima kasih berkali-kali dan hasilnya.. semua maklumat diberi dengan sukarela dan mudah!
Untuk makluman semua, dalam urusan harta pusaka, proses pengumpulan dokumen adalah proses yang kritikal sekali. Tapi dalam kes makcik ni, nampak sangat urusannya begitu mudah dan lancar.
Tentu arwah seorang yang istimewa, bisik hati saya. Saya pun bertanya untuk mengorek rahsia..
“Makcik.. arwah meninggal sakit apa? Mudahnya adik-beradik arwah nak bagi kerjasama.. arwah mesti baik dengan semua adik-beradik kan?” saya berbasa-basi.. meluap rasa ingin tahu.
“Ya Puan.. arwah meninggal sebab sakit kanser. Arwah memang baik dengan semua adik-beradiknya. Kami tak ada anak. Jadi arwah anggap semua anak-anak saudaranya macam anak arwah sendiri.
“Kalau adik-beradik buat kerja kahwin anak mereka, arwahlah yang sukarela banyak membantu. Walaupun akaun dalam bank arwah sendiri kadang-kadang tak ada baki, tapi arwah memang tak lokek dengan adik-beradiknya.”
“Masa arwah terlantar sakit.. tak putus-putus semua ahli keluarga datang ziarah. Anak-anak saudara pun rapat dengan arwah. Saya terkilan sebab tak dapat habiskan masa menunggu arwah sebab terlalu penat melayan ahli keluarga yang tak putus datang ziarah..”
Isteri Arwah Pun Jaga Hubungan Baik Dengan Ipar Duai Dan Mentua
Allahu.. patutlah urusan arwah sangat mudah. Rupanya arwah seorang yang sangat menjaga hubungan baik dengan adik-beradik dan disenangi semua ahli keluarganya. Bukan arwah sahaja yang baik, makcik ini juga baik dengan ipar-duai dan keluarga mertuanya. Sebab itu mereka juga mengekalkan hubungan yang baik dengan isteri arwah..
“Puan borang-borang tu nanti kalau dah siap biar makcik yang hantar sendiri ye. Sebab makcik nak ambil sendiri salinan dokumen yang puan perlukan jadi tak perlu susahkan mereka nak pos atau hantar sendiri. Lagipun adik-beradik arwah ada yang tak sihat jadi makcik nak pergi ziarah mereka sekali”
Allahu makcik.. it’s really something to ponder.. bagaimana pula hubungan kita dengan adik-beradik kita? Ipar duai dan saudara mara kita?
Semoga kita semua dapat pengajaran daripada kisah yang saya kongsikan ini. Betapa isu utama bukanlah berpunca dari harta pusaka ataupun faraid tetapi nilai pusaka itu sendiri yang semakin hilang iaitu persaudaraan, kemanusiaan dan kasih sayang!
“Setiap Langkah Sebagai Isteri, Ibu Masih Dalam Proses Pembelajaran” itulah antara luahan Dr Fie Tawfek yang juga isteri kepada kepada penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad.
Seperti yang diketahui umum, pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pasangan Nubhan dan Dr Fie hidup bersama selama 10 tahun selepas bernikah pada 29 Ogos 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3.
Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isteri, Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
“Setiap Langkah Sebagai Isteri, Ibu Masih Dalam Proses Pembelajaran”
Satu pengakuan jujur yang menyentuh hati, Dr Fie menyatakan menjadi isteri dan ibu bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang keberanian untuk terus belajar setiap hari.
“Setiap langkah saya sebagai seorang isteri, sebagai ibu masih dalam proses pembelajaran. Jika ada hari-hari saya tidak dapat menanganinya, bantu saya. Biar saya bersandar pada kalian dan pegang erat tangan saya.
“Tiada siapa yang memujuk, namun dengan kasih sayang, kesabaran dan sokongan yang lembut kalian, lebih mudah untuk saya menjadi wanita yang mengerti maksud sebuah kehidupan.
“Biar perlahan-lahan tetapi yang pasti suatu hari nanti Insya Allah saya akan menjadi seseorang yang sentiasa diinginkan,” luahnya.
Setelah berumah tangga dan memiliki anak, ada pasangan suami isteri yang memilih untuk sama-sama bekerja bagi menampung keperluan. Setengahnya pula bila anak semakin ramai, lebih selesa meminta isteri menguruskan anak dan keluarga sepenuh masa.
Segalanya bergantung kepada kehendak masing-masing, jadi jangan anggap orang lain yang bekerja seorang diri menganggap mereka tidak berkemampuan kerana hidup ini adalah pilihan.
Kerja seorang cukup ke? Biarlah tak mewah tapi paling penting boleh spend masa pada bila-bila masa bersama keluarga. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.
Kerja Seorang Cukup Ke?
Pernah hamba Allah ini tanya saya,
“Kau kerja seorang, cukup ke…lepas ke…”
Saya jawab, alhamdulillah, cukuplah untuk anak bini… Boleh lah juga bagi mereka selesa walaupun tak mewah mana… Saya tanya balik, kenapa…
“Tak lah, buatlah kerja lain… yang boleh tambah pendapatan lagi…”
Eh, tak naklah… Saya rasa ok saja dengan pendapatan sekarang… Cara hidup kena adjust ikut pendapatan…
Kita yang kena mencukupkan apa yang tak cukup berdasarkan apa yang kita ada sahaja…
Biarlah Hidup Tak Mewah
Kerja lebih macam mana pun, habis macam itu juga sebab lagi banyak kita dapat, lagi macam-macam yang kita commit…
Kita cari jalan untuk ringankan beban, tapi dalam tak sedar, kita tambah pula beban…
Mungkin ada yg pendapatan makin tinggi, tapi hidup maintain sama, maka alhamdulillah…
Tapi kebanyakannya yang berlaku, bila pendapatan makin tinggi, maka automatically gaya hidup mesti berubah… Banyak benda yang diupgrade…
Bila sudah upgrade serba-serbi, dia akan rasa pendapatannya sekarang itu pula tak cukup… Kena cari lagi, buat lagi kerja lain…
Selepas itu saya tambah lagi, sekarang ini masa saya untuk keluarga… Anak-anak kecil lagi… Moments anak-anak masa kecil ini tidak akan boleh berulang lagi…
Jadi sekali saja dan sekelip mata… kalau masa ini kita sibuk, maka tanpa kita sedar, anak sudah pun besar, sudah nak masuk sekolah…
Saya hendak ada waktu mereka kecil… Saya perlu ada ketika mereka kecil…
Banyak sudah suruh buat kerja lain, part time tambah duit… So far, alhamdulillah… Walaupun tak mewah, tapi cukup… Itu sudah memadai… Dapat spend masa dengan family itu tersangatlah best…
MW: Hidup ini adalah pilihan, oleh itu hiduplah dan hormati cara hidup orang lain. Betul tak mak, ayah??
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.