Ibu Pelatih PALAPES UTM gesa bedah siasat kedua dijalankan. Terbaru ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin yang juga pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pula menggesa bedah siasat kedua dijalankan. Ummu Haiman Bee Daulatgun sudah bersedia kubur anaknya digali semula bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, Ummu Haiman menjelaskan dirinya telah menyerahkan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membolehkan siasatan telus dilaksanakan tanpa melindungi mana-mana pihak.
“Saya mohon bedah siasat kedua dilaksanakan segera dan siasatan telus dibuat tanpa melindungi sesiapa. Saya juga mahu wakil peguam keluarga dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini,” kongsinya.
Ulas Ummu lagi terdapat kecederaan seperti lebam di mata, pendarahan luar biasa melalui hidung dan mata, luka di mulut serta pendarahan teruk di leher yang ditutup dengan kapas tebal.
“Gambar yang sempat diambil jelas menunjukkan kecederaan itu bukan akibat sawan seperti dimaklumkan pihak PALAPES dan perkara itu turut dibincangkan bersama adik yang juga seorang doktor,” kongsi Ummi lagi.
Pada masa sama, ibu malang itu juga menyatakan dirinya hanya dibenarkan melihat jasad anaknya dari satu sudut sahaja dan tidak dibenarkan memusingkan badan untuk memeriksa keseluruhan tubuh.
“Kecederaan itu menyebabkan saya percaya ada dan yakin ada unsur jenayah membabitkan kematian anak saya,” sambungnya seperti mana dilaporkan.
Untuk pengetahun, Ummu juga memaklumkan peguam mewakilinya, Datuk Naran Singh, sebelum ini sudah menghantar permohonan inkues kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kematian anaknya. Pihak keluarga juga kini memohon pula pelaksanaan bedah siasat kedua melalui AGC menerusi KPT.
“Permohonan itu dibuat bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak,” ungkapnya.
Sumber : Berita Harian
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.