Kekeluargaan

Ibu Kepada Pelajar Meninggal Dunia Selepas Jatuh Bangunan Sekolah Kecewa Dakwa Anak Dibuli “Saya Tidak Akan Memaafkan Kamu”

Share

Ibu pelajar meninggal dunia selepas jatuh bangunan sekolah kecewa dakwa anak dibuli. Salam takziah buat keluarga seorang pelajar yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar.

Terbaru menerusi hantaran sebuah status di laman sosial Tik Tok seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar berkenaan meluahkan rasa kecewanya terhadap individu yang didakwa membuli anaknya.

Ibu Kepada Pelajar Meninggal Dunia Selepas Jatuh Bangunan Sekolah Kecewa

“Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini.

“Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu si Zara sebut…,” demikian petikan luahan tersebut.

Sebelum ini tangkap layar tersebut telah tular di media sosial hingga mencetuskan spekulasi berkaitan unsur buli yang didakwa berlaku terhadap pelajar berkenaan sepanjang berada di sekolah.

Seperti mana dilaporkan Sinar Harian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, pula mengesahkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.

Pada siding media yang sama beliau memaklumkan kenyataan media penuh berhubung siasatan insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebelum disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.

Pandang Serius Peristiwa Ini

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pula berkata, pelajar tersebut berasal dari Sipitang, namun belajar di sebuah sekolah agama di Papar.

“Saya memandang serius perkara dan peristiwa seperti ini yang melibatkan kematian pelajar di sekolah. Info daripada pengetua dan guru-guru di sekolah itu dan dari kronologi peristiwa tersebut tidak jelas penyebabnya.

“Pelajar dijumpai cedera parah, tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah sekitar jam 3 pagi, walaupun bilik pelajar tersebut bersama pelajar-pelajar lain berada di Tingkat Tiga, tetapi tiada siapa yang melihat kejadian tersebut sama ada terjatuh atau bersama dengan individu lain kerana pelajar-pelajar masa itu sedang tidur,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada masa sama Datuk Dr Yusof juga menerangkan bedah siasat telah dibuat untuk menentukan sebab kematian dan ia masih dalam siasatan polis sama ada ada unsur jenayah atau tidak.

Dakwaan Buli Serah Pada Polis

Manakala Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad pula berpesan agar orang ramai jangan buat tanggapan melulu.

“(Dakwaan buli) itu saya serahkan kepada pihak polis. Kita tak boleh buat tanggapan awal secara melulu. Pihak polis akan datang dengan hasil siasatan,” katanya.

Baca Disini : Sudah-Sudahlah ‘BUNUH JIWA’ Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh