Ibu Ini Dedah Kebaikan & Kesan Minyak Bawang Putih Pada Anak Kecil, Tak Sia-sia 4 Tahun Dia Kaji

Share

Patutlah ramai kaum ibu yang dah cuba buat sendiri minyak bawang putih ini, rupanya kesannya cukup mujarab untuk rawat sakit anak-anak kecil! Jadi nak tahu apa kelebihan minyak bawang putih ini, jom bongkar perkongsian daripada Puan Hanezfarjaz Zulaiqah

Bagi yang belum tahu… Yang dah tahu dah cuba. Alhamdulillah… tetapi bagi yang belum jom pakat buat kat rumah. Minyak bawang putih melegakan selesema dan batuk pada bayi sebulan sampai kanak-kanak 4 tahun.

Saya baru share sebab selama ini saya jadikan anak bahan uji kaji. Dalam masa 4 tahun saya kaji lama tu.

Sebab sebelum nak suruh orang share kita kena lah cuba dulu kalau berkesan baru boleh share. Sebab itu saya ambil masa 4 tahun. Sebab anak sulang dah nak masuk 4 tahun.

Bahan-bahannya:

Bawang putih

Cara Buat:

Buang kulit bakar atas dapur gas

Sampai agak hitam

Tekan-tekan masuk dalam botol

Minyak pakai minyak rambut macam dalam botol tu.

Saya masukkan botol yang dah tak pakai.

Kalau anak batuk selesema.

Lepas mandikn sapu kat batang hidung.

Sapu kat dada dan lehernya.

Kesan nak resap setengah jam juga.

Pastu buat selang sejam atau setengah jam.

In shaa Allah.

IKLAN