
Kisah seorang ibu guna duit raya anak beli barang kemas tular di laman media sosial baru-baru ini.
Ibu Guna Duit Raya Anak Beli Barang Kemas

Kanak-kanak perempuan di Indonesia menangis seperti kerasukan apabila ibunya menggunakan duit raya milik anak gadis itu untuk membeli emas, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @udaawak535 menunjukkan kanak-kanak itu menangis teresak-esak sambil memukul ibunya secara berulang kali di sebuah kedai barang kemas.
Dia bertindak sedemikian kerana ibunya menggunakan duit raya yang diterima untuk membeli emas.
Rakaman itu mencatatkan lebih 471,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bagi saya, lebih elok beli emas daripada barang yang tidak berfaedah. Kalau emas, kita boleh jual terutamanya dalam masa terdesak,” kata seorang netizen.
“Itu hak mereka,” kata pengguna media sosial lain.
Kalau Anak Dapat Duit Raya

Pernah dikongsikan oleh Puan Suhaili Mohd Zain, ini antara cara terbaik untuk bahagikan duit raya anak pada tempat yang boleh ‘beranak’ kan duit itu lagi:
Tabung Haji
Daftar haji RM1300 sahaja sudah cukup. Janji anak sudah ada giliran haji. Daftar awal. Kalau tak daftar lagi, buat ini dulu. Kalau sudah ada we go to the next step.
ASB
Duit pun kena ada. Simpan sini 20%.
SSPN
Simpanan education mereka. 20%. Boleh juga tolak tax mak ayah.
Emas
Selebihnya simpan emas semuanya. More than 50% duit raya, baik beli emas. Kenapa emas? Sebab simpanan anak ini long term. Nak guna 10-15 tahun lagi. Akaun emas anak sekurang-kurangnya 100g seorang.
Rewards Anak
10% sahaja bagi. Biarlah mereka rasa seronok sikit nak beli apa-apa. Bagi enjoy duit raya. Tak akan tak merasa langsung. Budak budak nak happy juga.
Baru balance. Anak happy, masa depan pun secure.
Apa pun, terpulang pada individu. Nak beli emas atau menyimpan duit di mana-mana tempat yang berbaloi dan sampai satu tahap serah pada anak.
Asalkan tidak ambil hak anak dan guna untuk kepentingan sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




