Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, “Makcik memang takut duduk seorang  diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan dua anak adalah satu pengalaman tak mampu makcik lupakan tapi inilah harga dibayar untuk bertemu anak sendiri. Selama berkahwin dengan pakcik hampir 30 tahun, inilah kali pertama berpisah tempat tidur dengan pakcik.

“Makcik menangis dalam lokap tu. Tapi makcik tak fikirkan diri sendiri ketika itu tapi hati makcik runsing fikirkan diri Fatin. Apa keadaannya. Bagaimana kesihatannya. Semalaman makcik tak boleh tidur memikirkan nasib Fatin. Itulah yang buat makcik sedih,” katanya berkongsi pengalaman tidur semalam dalam lokap  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini selepas ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan kira-kira jam 7 malam semalam.

Ibu Fatin Syazwani Luah Kesedihan, “Makcik Takut Bermalam Dalam Lokap Tapi Ini Harga Dibayar Demi Bertemu  Anak Sendiri…
Aminah dipakaikan pakaian reman ketika bermalam di lokap polis selepas ditahan atas tuduhan menyerang menantu

Di dalam sel lokap, Aminah akui tidak  menghiraukan keadaan dirinya sebaliknya hanya memikirkan nasib anak keduanya iaitu Fatin Syazwani, 27 yang berkahwin dengan Prince Syed atau nama sebenarnya,  Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman serta dikurniakan dua cahaya mata.

“Makcik datang ke Gerik pun nak tengok anak serta cucu serta risaukan situasi Fatin yang dibedah perutnya.Makcik dapat tahu anak kena tebuk di leher lepas buat pembedahan perut tu. Kami cuma datang nak tengok anak tapi Prince Syed tak beri tengok walau kami mesej beritahu mahu tahu keadaan Fatin sehinggalah pergaduhan tercetus yang membawa mereka sekeluarga ke lokap polis.

Ibu Fatin Syazwani Luah Kesedihan, “Makcik Takut Bermalam Dalam Lokap Tapi Ini Harga Dibayar Demi Bertemu  Anak Sendiri…
Aminah akui takut ketika bermalam di lokap polis namun akui inilah harga diterimanya demi bertemu anak sendiri

Jelasnya lagi, selepas semalaman ditahan reman, sekitar petang semalam dia, suami Ishak Saif, 59 serta dua anaknya, Muhd Syahmi Faiz, 31 serta Muhammad Ikhwan Alif, 22 telah dibebaskan oleh peguam yang dilantik.

“Kami kena keluarkan RM3000 untuk membayar kos peguam dan tahu kes ini akan ada pendakwaan kelak. Sebagai ibu, selama tujuh tahun Fatin mendirikan rumahtangga, makcik sekali pun tak pernah masuk campur urusan rumahtangga mereka dan hanya mamandang sahaja. Tapi bila soal kesihatan Fatin tidak dimaklumkan, itu buat kami risau,”katanya ketika ditemui Mingguan Wanita

Ibu Fatin Syazwani Luah Kesedihan, “Makcik Takut Bermalam Dalam Lokap Tapi Ini Harga Dibayar Demi Bertemu  Anak Sendiri…
Aminah dan suami mengakui pengalaman bermalam di lokap adalah hal menyedihkan buat keluarga mereka dan inilah harga dibayar demi mengetahui keadaan anaknya, Fatin Syazwani.

Dalam pada itu, selepas dibebaskan dari lokap polis semalam, Aminah akui berpeluang bertemu anaknya sendiri di hospital petang tadi.

Ads

Mengakui urusan itu tidak mudah kerana tidak diberikan kebenaran melawat anak sendiri, dakwa Aminah mereka sekeluarga terpaksa bertemu pihak pengurusan hospital meminta izin  mereka bertemu anak sendiri, Fatin Syazwani.

“Sebelum naik ke wad, telefon pun kena bagi pada guard. Beg pun tak boleh dibawa naik. Hanya bawa badan saja. Niat ziarah nak tengok anak tapi makcik diiringi tiga orang polis bantuan hingga ke wad. Dua tunggu di luar dan seorang ada bersama kami. Ini semua atas arahan siapa,” soalnya yang jelas kecewa dengan kesulitan dilalui oleh mereka sekeluarga demi bertemu anak sendiri.

Ibu Fatin Syazwani Luah Kesedihan, “Makcik Takut Bermalam Dalam Lokap Tapi Ini Harga Dibayar Demi Bertemu  Anak Sendiri…

Jelasnya lagi, sepanjang setengah jam melawat anak, Fatin lebih banyak mendiamkan diri, tidak seperti karektor anak yang dikenalinya.

Ads

“Dia ada cakap akan balik ke rumah makcik selepas keluar dari hospital ini. Kami tunggu janjinya. Nak tengok sama ada betul menantu akan hantar Fatin ke rumah kami.

“Jujurnya sebagai mak, kita rasa tak bebas nak berbual dengan anak sendiri. Bila tanya anak sakit apa, tiada jawapan makcik perolehi. Keadaan pesakit hanya boleh dimaklumkan kepada suaminya, Prince Syed.

“Masa jumpa Fatin tadi, makcik peluk dia erat-erat. Rasa sebak tengok keadaannya. Dia nampak sihat tapi itulah tak banyak bercakap pun. Lebih banyak menunduk saja mukanya. Tapi itu dah cukup buat makcik rasa puas hati.

“Makcik tak boleh tanya banyak-banyak sebab kalau Fatin menangis kami kena keluar. Jadi makcik tak adalah tanya banyak-banyak walau ada banyak makcik nak tanya,”katanya yang sudah dapat melepaskan rindu bertemu anak sendiri.

Ads
Ibu Fatin Syazwani Luah Kesedihan, “Makcik Takut Bermalam Dalam Lokap Tapi Ini Harga Dibayar Demi Bertemu  Anak Sendiri…
Ahli keluarg Fatin turut berkumpul untuk bertemu kakak mereka yang menerima rawatan di hospital. Dari kanan, Farah Aleeesya Dania, 14 tahun, Ishak Saif, 59, Aminah serta Muhammad Syahmir Farhan, 18 tahun.

Dalam pada itu suaminya, Ishak Saif, 59 memaklumkan malam pertama di lokap polis adalah kali pertama dia dan isteri tidur berasingan.

“Selama hampir 30 tahun berkahwin, malam semalam adalah kali pertama kami dipisahkan. Pakcik tak kisah kena lokap tapi kasihan pada isteri perlu melalui semua kemelut ini.

“Fatin dimasukkan ke hospital selepas kami paksa Prince Syed bawak Fatin ke hospital. Keadaan dia dah nampak lemah. Lehernya perlu ditebuk. Lepas didesak barulah Fatin dibawa ke hospital,”katanya memaklumkan ada banyak cerita mengenai menantunya itu.

“Bayangkan kehidupan mewah ditunjukkanya di media sosial hanyalah “penipuan” semata termasuk barangan kemas, nafkah RM200,000 sebulan dan sebagainya. Boleh saya katakan, sepanjang 7 tahun anak berkahwin hanya RM200 diberi kepada keluarga oleh Fatin. Selebihnya banyak kami yang bantu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

“Paling saya sedih, dua anak yang rapat dengan saya sebelum ini, tidur bersama saya, dipanggil Tok Ba tapi nampak renggang dan cucu yang sulung tak bercakap pun dengan kami. Apa semua ini.

“Mereka kalau datang ke rumah, Prince Syed diminta dilayan seperti raja. Nak ambil air sendiri pun suruh isteri.  Selama ini kami hanya pandang saja perbuatan-perbuatan begini sebab nakkan anak bahagia. Tapi semalam adalah kemuncak kemarahan keluarga kami selepas Prince Syed tak benarkan kami bertemu anak sendiri,” dakwanya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI