
Ibu Dr Fie selalu ada waktu sukar, bukan dendam tapi soal maruah. Pelbagai dugaan rumah tangga menimpa anak perempuannya, ibu Dr. Fie iaitu, Dr. Zailah tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap anaknya itu.
Menurutnya, tindakannya sebelum ini menemani Dr. Afifah Tawfek hadir ke mahkamah bukanlah kerana menganggap anaknya itu takut atau lemah, sebaliknya mahu anak sulungnya itu sedar bahawa keluarga akan sentiasa ada dikala waktu sukar.
“Ibu menemani bukan kamu gentar, tapi tanda ibu ada dikala sukar. Dulu kamu sentiasa mengharap, kini langkahmu semakin tegap, teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Dari sudut hati Dr Fie juga sudah reda dengan apa yang berlaku. Tulisnya di laman Instagram miliknya,
“Let the past rest. Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma luahan hati seorang ibu yang terluka. Tapi hari ini aku pilih tenang. Allah knows what’s best — and I trust His plan.
Mengulas lanjut, Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.
“Perjuangan wanita selepas perceraian bukan soal dendam, tetapi soal hak, maruah, dan masa depan. Mudah-mudahan anakanda istiqamah dan dikurniai kekuatan. insyaa- Allah,”
jelasnya.Untuk rekod, Dr. Fie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015.
Perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai apabila berlakunya keretakan hubungan, dengan isu rumah tangga kerap diperkatakan di media sosial.
Nubhan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai (talak dua) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan pihak mahkamah mengesahkan perceraian pasangan ini secara rasmi pada awal Disember.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga anak: Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.