Berita

Ibu Dipenjara Tujuh Tahun, Didapati Bersalah Amang S3ksual Anak Kandung Sendiri

Share

Ibu didapati bersalah amang seksual  anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar batas pemikiran.

Wanita yang berusia 44 tahun yang juga seorang  anggota tentera dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya sendiri dua tahun lalu.

Amang seksual anak kandung sendiri berusia 8 tahun

Memetik laporan Sinar Harian, ibu kepada tiga orang anak ini membuat  pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah, iaitu ibu kandung dengan sengaja telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat di Taman Peruna, Sungai Udang, daerah Melaka Tengah di sini sekitar jam 10.30 malam pada Disember 2024.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan, manakala di bawah Seksyen 16(1), penjara maksimum lima tahun dan hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang dua kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman penjara yang lebih singkat kerana perlu menyara ketiga-tiga anaknya selepas selesai menjalani hukuman.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap ibu tunggal itu.

Published by
Almaswa Haji Che Ros