Ibu Dakwa Alat Sulit Anak Kedua Turut Dipegang Oleh Suspek Rog*l Remaja 13 Tahun

Share

Ibu dakwa alat sulit anak kedua juga seorang perempuan berusia 10 tahun turut dipegang kemaluan oleh suspek rogol remaja 13 tahun.

Seorang pesara warga emas direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas cucunya yang berusia 13 tahun mendedahkan menjadi mangsa rogol lelaki terbabit sepanjang tahun lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 67 tahun dibenarkan Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ibu Dakwa Alat Sulit Anak Kedua Turut Dipegang Suspek

Ibu Dakwa alat sulit Anak Kedua Turut Dipegang Oleh Suspek

Laporan polis telah dibuat oleh ibunya dua hari lalu bila mana mangsa menceritakan datuk akan memasuki bilik tidurnya setiap malam yang mana akhirnya membawa kepada penahanan warga emas ini.

Dalam kejadian menjijikkan ini, remaja berusia 13 tahun ini tinggal bersama datuk dan neneknya selepas ibu bapanya bercerai dan insiden ini terbongkar selepas dirinya diambil semula oleh ibunya untuk duduk bersama.

Di sebalik video yang mula viral di threads semalam yang dikongsikan oleh ibu kepada mangsa @mommy_five28, jelas dari pendedahan dari remaja ini, warga emas ini akan memasuki bilik tidurnya setiap malam. Bukan saja anak perempuan pertama menjadi mangsa namun dalam dakwaannya, anak keduanya turut didakwa dipegang kemaluan oleh lelaki yang pernah bergelar bapa mentuanya.

Kongsi mommy_five28, selepas mendapatkan video pengakuan anak pertamanya menjadi pemuas nafsu lelaki tua itu, dia turut dikejutkan dengan pengakuan anak keduanya yang berkongsi datuknya itu didakwa ada memegang kemaluannya.

 

View on Threads

 

 “Dalam video ni, si isteri perogol ni tetap nak backup laki dia yang sial ni! Tetap menafikan laki dia pegang kemaluan anak kedua saya. Video ni sebelum saya ambil anak saya dalam kereta malam tu.

“Korang nilaikan video di bawah ni sebelum anak kedua saya cerita kenapa perlu pegang kemaluan dia. Si isteri tetap menafikan. Dukung budak untuk ambil buah bukan ke kena dukung bahagian ketiak atau pun pinggang? Kenapa perlu dukung sampai tangan kena usap kemaluan anak?

Jelasnya, kalau diikutkan hati yang terlalu marah, mungkin tragedi lebih berat terjadi termasuk kepada pengakhiran nyawa.

“Saya dah tak  boleh kawal kemarahan! Bernasib baik saya masih boleh berfikiran waras. Sebelum dia orang sampai ke rumah,  saya sempat call kenalan polis untuk minta hantarkan anggota sebelum saya bertindak di luar kawalan untuk membunuh orang!!

Selepas kes ini tular dari warga emas ini sudah ditahan pihak berkuasa, mommy_five28  memaklumkan yang anak perempuan sulungnya kini berada di hospital untuk pemeriksaan doktor dan menerima rawatan.

“Tq yang mendoakan. Ni video sekarang saya dan Zara. Kami masih di  hospital & keadaan anak saya dalam keadaan tenang.

“Maaf dari saya kalau ada video yang terkasar bahasa kat anak saya. Saya tak  mampu kawal emosi marah kecewa. Bukan niat untuk bentak atau marah anak. Saya  kecewa disebabkan anak tidak berani berterus terang kepada saya.

“Apa pun Zara ok..Doakan saya kuat untuk hadap selepas ni. Saya & anak-anak akan ke sana untuk urusan siasatan selepas ni. Semoga kuat iman saya untuk hadap muka-muka di sana,”tulisnya.

 

View on Threads

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros