Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai akibat ditikam oleh rakan sekolahnya sendiri yang baru berusia Tingkatan Dua.
Pada kejadian tersebut, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut di kawasan tandas dengan kecederaan akibat beberapa kesan tikaman pada badan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek berusia 14 tahun telah ditahan dan dua senjata tajam dirampas di lokasi kejadian. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebagai ibu ayah sudah pasti berasa sangat risau tentang keselamatam anak-anak dan berharap langkah keselamatan diperketat disekolah.
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, salah seorang bapa pelajar sekolah berkenaan tidak pernah terfikir perkara tersebut akan berlaku di sekolah anaknya.
“Saya datang ke sekolah sekitar pukul 10 pagi untuk menghantar makanan kepada anak perempuan dan lelaki saya, dan terkejut apabila melihat beberapa pelajar telah dipindahkan keluar dari kawasan sekolah.
“Anak perempuan saya sangat terkejut. Dia hanya menangis tanpa henti dan tidak dapat ditenangkan pada waktu itu.
“Ini memang sangat mengejutkan. Pertelingkahan antara pelajar memang biasa berlaku, tetapi tidak sangka boleh sampai kepada pembunuhan.
“Saya rasa langkah yang lebih ketat perlu diambil termasuk melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala,” katanya.
Manakala Johari Hashim pula menegaskan perlunya menambah langkah keselamatan.
“Sejujurnya, ini terlalu mengejutkan untuk dibayangkan. Zaman saya bersekolah dahulu, paling teruk pun hanya pergaduhan kecil. Sekarang pelajar sudah bawa senjata ke sekolah,” kongsinya pula.
Baca Di Sini : Kes Zara Qairina: Pelajar SMKA TDML Trauma Diejek ‘Pembunuh’ & ‘Pembuli’
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.