
Ibu bapa mana yang tak keruan bila melihat ada manik dalam hidung si kecil kesayangan mereka.
Begitulah insiden yang berlaku pada Farhan Azizan dan suami, Ahmad Rashadan terhadap anak kedua mereka Orkeyd Fatheema beberapa hari lalu.

Bagaikan Mahu Luruh Jantung
Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF), Farhan berkongsi kisah cemas tersebut di Facebook luahnya melalui catatan berikut:
“Kisah malam ini. Ibu dan ayah nak jatuh jantung tengok manik ni ada dalam hidung si orkeyd.. Now otw ke hospital.. Semoga dipermudahkan..”
Doktor Berjaya Keluarkan Manik
Keesokan harinya Farhan menulis semula tentang keadaan anaknya yang telah pulih;
“Assalamualaikum Alhamdulillah pertama sekali sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Doc Ghazi Pakar ENT di Hospital Sg.Buloh kerana telah berjaya mengeluarkan manik dalam hidung anak saya Orkeyd Fatheema dan juga semua doctor dan nurse yg attend pada mlm smlm.. Terima kasih juga pada semua yg telah mendoakan.. tq Fynaz Shariff membantu kami smlm”
Syukur alhamdulillah kerana semuanya telah selamat.
Untuk pengetahuan Farhan dan Ahmad bernikah pada 2014. Sebelum ini, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan Souffea Zulaeqha dan Orkeyd Fatheema.

Sumber & Foto: Facebook Orked Farhan
Untuk pautan kisah yang menarik boleh ke Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guru Tinggal Dalam Kereta, Dapat Cek RM111,200 Dari Anak Murid

Isi Kandungan
Toggleasa dan pengorbanan guru sememangnya tidak terbalas. Apatah lagi guru yang ikhlas dan bertanggungjawab mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Kesusahan yang dialami pasti akan dibantu oleh anak murid yang mengenang budi dan jasa bakti mereka. Tak kiralah dengan bantuan tenaga mahupun wang ringgit yang dihulurkan bagi meringankan beban.
Hadiah Hari Jadi Istimewa
Seorang guru ganti menerima hadiah hari jadi istimewa daripada anak muridnya, cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200).
Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu, berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.Dia menamatkan khidmatnya selepas sekolah melaksanakan pengajian secara dalam talian (online) awal tahun lalu.
Anak muridnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V, lapor fox29.com.Dia terserempak dengan Villarruel minggu lalu dan masih mengenalinya.
“Saya selalu nampak dia dan itu membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.
“Saya sangat terkesan dengan wabak ini dan bagaimana ia menyebabkan seorang guru tidak mempunyai pekerjaan.
“Sangat menyedihkan apabila melihat guru anda sendiri yang melaluinya sehingga hanya membuat anda ingin membantu lebih banyak lagi,” katanya.
Guna Platform Media Sosial Kumpul Dana
Nava pada mulanya memberi Villarruel AS$300 (kira-kira RM1,235) dan kemudian memutuskan untuk mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel dapat menjalani hidupnya semula.
Dia berkongsi di semua platform media sosial, dan menjadi tular di TikTok dengan lebih daripada 1.7 juta tontonan.
“Kuasa media sosial sangat luas dan ada ketikanya kita perlu menggunakannya untuk kebaikan, bukan sebaliknya,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:
Guru Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Murid Sendiri, Suami 10 Tahun Lebih Muda
Guru Santuni Anak Orang Lain, Rupanya Terlepas Pandang ‘Amanah’ Di Rumah
MW:Tahniah atas tindakan anak murid ini. Satu perbuatan yang bertanggungjawab dan mulia dalam membantu guru. Semoga lebih ramai anak murid yang mempunyai sikap sebegini. Tahu menghargai dan membalas jasa guru, meskipun bukan dengan wang ringgit, namun dapat membantu dengan seadanya.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Silibus Makin Tinggi Tapi Mak Ayah Berhentilah Merungut, Tolong Bertindak Dan Ajar Anak Di Rumah

Isi Kandungan
ToggleBila belek-belek buku anak-anak, Allah… kita yang dah tua ini pun termenung lama fikir jalan macam mana nak ajar anak bagi betul-betul faham.
Ya, tak mudah tetapi kalau mak ayah berusaha ajar anak, in shaa Allah anak cepat faham dan mudah untuk terima ilmu bila masuk kelas. Agak-agak tak begitu pandai nak mengajar, mungkin boleh hantar kelas.
Nah, jemput baca dari sudut pengalaman dari seorang cikgu Mohd Fadli Salleh, macam-macam jenis mak ayah yang dia dah jumpa.
Soalan Makin Mencabar
Ini soalan murid tahun satu. Ya tuan tuan. Tahun satu. Bukan tahun tiga atau empat.
Aku tak nak tipu kau orang. Silibus sekarang memang tinggi. Memang perlu murid bagi tumpuan penuh dan guru perlu gigih mengajar untuk memberi faham.
Tahap anak-anak kita tak sama tuan tuan. Ada yang laju, ada yang sederhana, ada yang perlahan. Murid laju, guru mengajar di kelas mereka boleh terus faham dan hadam.
Murid sederhana pula, jika tidak diberikan bimbingan tambahan di rumah mahupun masuk kelas tuisyen, mereka akan ketinggalan. Lama-kelamaan, murid sederhana ini akan jadi setaraf dengan murid perlahan. Mereka akan hilang minat dan mula benci subjek Matematik.
Bila perasaan benci timbul pada satu-satu mata pelajaran, saat itu saat petaka besar bagi seseorang yang bergelar murid. Minat hilang, timbul benci. Memang pakej kehancuran lah.
Sebenarnya mereka boleh, namun jika tidak diberi bimbingan tambahan di rumah, mereka akan terus merudum dan tak lagi mampu ikuti pembelajaran sama seperti rakan mereka yang lain.
Aku tak nak tipu kau orang. Aku ini guru tahun 1-3 dah 13 tahun. Pelbagai silibus dah aku lihat. Perubahan-perubahan silibus dari zaman ETEMS (Maths dan Science fully in English), KBSR, KSSR dan yang terbaru KSSR Semakan yang dilancarkan tahun lepas.
Aku tak nak tipu kau orang. Silibus KSSR Semakan memang sangat tinggi arasnya. Berat dan sukar. Bukan sahaja untuk murid, bahkan untuk guru memberi faham juga. Sesetengah topik itu aku rasa bagai menerangkan teori black hole pada budak-budak.
20% murid boleh terus faham apa yang aku ajar dalam kelas (bergantung pada topik). 50% lagi boleh faham dengan bimbingan guru dan rakan dalam kelas. 30% lagi terkulat-kulat cuba faham benda yang tak mampu mereka faham dalam pengajaran selama satu jam.
Aku tak nak tipu kau orang. Silibus ini perlu bantuan tambahan dari kau yang bergelar ibu dan ayah. Aku dan guru-guru seluruh Malaysia ajar di sekolah, kau pula ajar di rumah. Anak-anak itu pasti boleh ikuti dengan baik.
Aku tak nak tipu kau orang. Lebih 50% ibu bapa langsung tak peduli apa anak-anak mereka belajar di sekolah. Lebih 50% ibu bapa harap 100% guru yang ajar. Maka lebih 50% murid sangat bermasalah untuk faham dan menguasai sesuatu topik yang berat dan ada unsur KBAT.
Kau nak tahu golongan yang paling aku tak suka?
Aku paling tak suka orang yang hanya tahu merungut sahaja. Beribu-ribu netizen, ibu bapa dan masyarakat hanya tahu merungut silibus sekarang susah dan berat.
Sindiran dan kecaman ditujukan pada menteri, kerajaan dan Kementerian Pendidikan. Berlori-lori sindiran kononnya silibus sekarang lepas darjah 6 terus boleh jadi arkitek dan peguam.
Aku tak nak tipu kau orang. Ya, silibus sekarang tinggi dan berat. Benar sekali.
Namun silibus ini mampu dicapai. Murid boleh ikuti. Anak kita boleh faham.
Cara Nak Ajar Anak
Bagaimana?
Kau berhenti merungut, kau selak buku anak-anak kau dan bantu dia belajar di rumah. Ni hanya rajin selak kain isteri sahaja, buku anak-anak sekali pun tak pernah selak. Geram juga aku.
Kalau kau sibuk tapi kaya, kau upah guru tuisyen peribadi datang ke rumah. Datang ajar anak kau dah kau malas dan tak ada masa nak ajar. Atau boleh saja masuk kelas tuisyen biasa jika kau bukan kaya sangat.
Ada pula yang merungut, duit tak ada nak hantar anak tuisyen. Nak ajar sendiri mereka pun tak pandai.
Aku mendengar banyak keluhan dan rungutan begitu. Sangat banyak.
Maka aku ambil keputusan buat rakaman video dan aku share secara percuma kat wall aku agar ibu bapa dapat belajar apa yang anak mereka pelajari seterusnya akan ajar anak-anak mereka pula.
Namun tak mampulah aku nak rakam semua topik kat sekolah. Maka aku buat kelas online, buat rakaman video di tempat yang disewa, rakam video untuk ajar dari topik pertama hingga akhir.
Kelas ini khas aku buat untuk ajar ibu bapa. Aku ajar ibu bapa cara mengajar anak di rumah dengan betul. Sub topik demi sub topik aku ajar melalui video.
Boleh tonton bila-bila masa free, malah boleh download cuma tidak dibenarkan sebarkan sahaja.
Aku tak nak tipu kau orang. Aku ini hampir setiap hari ada orang pm minta aku ajar anak mereka one to one. Ada yang nak bayar rm300 untuk satu jam setengah aku ajar anak mereka di rumah.
Sebulan boleh dapat rm1,200. Kalau 10 keluarga, dah rm12k sebulan. Fuh, angka yang buat air liur meleleh.
Tapi aku tolak, aku ni tak suka terikat. Lagi pun jadual aku sangat padat. Tak terkejar nanti.
Aku tak nak tipu kau orang. Silibus yang semua orang merungut tinggi dan sukar ini sebenarnya anak-anak kita boleh faham.
Baik anak yang laju, sederhana mahu pun perlahan. Mereka mampu capai dengan syarat utama, kau bantu mereka belajar di rumah.
Berhenti merungut, mula bertindak. Dan ingatlah soalan aku ini bila kau hendak selak kain bini,
“Sudahkah kau selak buku anak hari ini?”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tip Hilangkan Sedu Bayi Ikut Saranan Doktor, Letak Tisu Kat Dahi Tu Cuma Kepercayaan Lama

Isi Kandungan
ToggleSituasi: Seorang bayi perempuan yang comel tersedu selang beberapa saat dalam jangka masa lima minit. Mak mula berasa bimbang, kasihan meilhat anak kecilnya yang semakin keletihan. Ibu mentua di sebelah, mula memberi cadangan agar meletakkan cebisan gigitan kain napkin atau tisu dan letakkan di dahi si comel.
Situasi sebegini antara yang disarankan oleh orang tua dahulu apabila melihat bayi sedu. Ada juga yang berpendapat bayi itu mahu membesar. Sedu bukanlah sesuatu yang serius. Ia lebih membimbangkan ibu bapa daripada memberi kesan buruk kepada bayi. Baca saranan Dato Dr Azizon Othman agar ibu dapat hilangkan sedu bayi dengan cepat dan selamat.
4 Cara Ini Dapat Elakkan Bayi Sedu
Pertama : Jangan Halang Bayi Bernafas
Jangan menghalang bayi dari bernafas, memberikan bayi minum air dengan pantas, menarik lidah bayi keluar menggigit lemon atau memberikan ‘smelling salts’. Ibu bapa juga perlu elakkan menyergah bayi, menekan kedua-dua matanya atau ubun-ubun seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat.
Kedua : Beri Bayi Susu Beransur-ansur
Ibu bapa juga perlu memberikan bayi minum susu atau makan secara beransur-ansur (tidak terlalu gopoh), tenangkan bayi dan tegakkan badan bayi.
Ketiga : Burp Bayi Lepas Minum
Cuba keluarkan angin (burp) bayi selepas minum. Minum terlalu banyak dan terlalu cepat juga akan menyebabkan perut bayi membesar atau mengembang dengan cepat sekaligus menyebabkan bayi sedu.
Keempat : Jangan Bagi Bayi Telan Udara Berlebihan
Elakkan bayi daripada menelan terlalu banyak udara semasa menyusu. Ibu boleh lakukan ini: Tegakkan sedikit badan bayi. Perlu juga dipastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi (semasa penyusuan susu ibu).
Pastikan sebahagian besar puting masuk ke mulut bayi (semasa bayi menyusu susu formula) dan sengetkan botol sedikit sahaja, supaya tiada ruang udara pada puting.

7 Tip Hilangkan Sedu Bayi
Ada caranya untuk kurangkan sedu bayi anda. Panduan ini ibu kena fahamkan betul-betul agar tak tersalah konsep.
1. Ibu bapa perlu bertenang.
2. Tenangkan bayi dengan mengubah bayi ke tempat yang lebih selesa.
3. Berhenti menyusu atau minum. Sebaliknya tegakkan badan bayi dan keluarkan angin (burp).
4. Boleh beri minum sedikit air.
5. Urut belakang bayi. Boleh letakkan bayi dalam pelukan di atas bahu dan terus mengurut belakang bayi.
6. Boleh cuba berikan bayi anda menghisap puting getah (pacifier) jika sedunya terlalu teruk. Hisapan ini akan merangsang pergerakan perut dan usus bayi malah ia dapat membantu.
Bagi merangsang bayi menghisap puting getah, boleh letakkan sedikit madu atau gula. Namun penggunaan puting getah selepas anak berumur lebih dua tahun tidak digalakkan kerana ia akan mengakibatkan pertumbuhan gigi kurang baik (misalign).
7. Dari segi perubatan, masih belum diketahui kelebihan sedu pada bayi. Walau bagaimanapun, pasti setiap kejadian yang tuhan ciptakan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Semoga dengan sedikit penerangan ini akan membantu ‘Mama’ di luar sana berhadapan dengan situasi sedu bayi anda.

Fakta Kejadian Sedu Bayi
Sedu terhasil apabila berlakunya kontraksi (pengecutan) secara mengejut dan involuntary pada otot-otot diafragma apabila terdapat stimulasi dan iritasi pada diafragma. Diafragma ialah otot yang mengawal pergerakan kaviti pernafasan atau otot yang membantu tulang rusuk bergerak.
Dengan itu, ia membantu proses pernafasan (paru-paru mengembang dan menguncup). Apabila diafragma menguncup, peti suara tertutup dengan serta merta dan menghasilkan bunyi sedu. Ia kerap berlaku pada bayi kerana otot bayi tidak matang.
Sedu berlaku secara berima. Selalunya ia tidak lama, mungkin lima ke 10 minit. Sekiranya berlaku untuk jangka waktu yang lama (beberapa jam atau lebih) pastikan ibu bawa bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Sebab Tu Kena Pastikan Bayi Minum Perlahan-lahan
Sedu boleh terjadi apabila bayi minum atau makan terlalu banyak dan terlalu cepat. Menurut Dr Lynnette Mazur, profesor pediatrik di Universiti of Texas, sedu disebabkan bayi minum susu badan atau susu formula ataupun makan.
Udara yang sejuk juga boleh merangsang sedu. Sebab-sebab lain jarang berlaku pada bayi seperti ‘gastroesophageal reflux disease’, iaitu penyakit yang menyebabkan iritasi pada saraf yang mengawal diafragma, penggunaan ubat tertentu atau terhidu gas beracun.

Berkesan Ke Letak Kertas Atau Tisu Pada Dahi Bayi
Begitulah halnya dengan meletakkan, kertas putih atau cebisan kain lampin pada dahi bayi untuk menghalang sedu. Ia lebih kepada kepercayaan orang-orang tua. Yang mana, hal ini tidak dapat dibuktikan melalui kajian.
DENGAN KERJASAMA DATO DR AZIZON OTHMAN, PAKAR PERUNDING KANAN PATOLOGI (HEMATOLOGI) DAN KETUA JABATAN PATOLOGI HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI