Ads

Hospital Elit Terima Arahan Bersedia, Keluarga Diraja Arab Saudi Diserang COVID-19

Ternyata virus Covid-19 tidak mengenal siapa. Di Arab Saudi sehingga 150 ahli keluarga kerabat diraja dikhuatiri dijangkiti coronavirus (Covid-19). Berita ini telah dilaporkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kedua-duanya telah dikuarantin bagi mencegah dijangkiti penularan ini dari ahli keluarga mereka.

Oleh hal yang demikian, hospital elit di sana diminta untuk bersedia menerima pesakit VIP dalam masa terdekat kerana bimbang ahli keluarga diraja dijangkiti Covid-19.

Putera Arab Saudi yang menjadi gabenor Riyadh dilaporkan menjalani rawatan intensif kerana dijangkiti COVID-19, selain beberapa orang ahli keluarga diraja turut berada dalam keadaan tidak sihat.

The New York Times melaporkan, malah, doktor di sebuah hospital elit yang merawat ahli keluarga al-Saud turut dikatakan sedang menyediakan hampir 500 katil untuk kemasukan ahli keluarga diraja serta kontak rapat yang tidak dijangka, menurut sumber dalaman diraja.

Ads

Arahan Diterima & Bersedia Terima Pesakit VIP

“Arahan diterima ialah supaya bersedia untuk menerima semua VIP daripada seluruh negara,” menurut pengendali kemudahan elit, Hospital Pakar King Faisal, yang ditulis dan dihantar secara elektronik kepada semua doktor, pada Selasa lalu.

Satu salinan diperoleh oleh The New York Times menyatakan ‘Kita tidak tahu berapa banyak kes, tapi kita akan bersedia’, menurut apa yang tertulis pada mesej, dengan arahan semua pesakit tidak kronik dikeluarkan segera, hanya kes tertinggi saja diterima.

Ini menjelaskan bahawa kakitangan yang sakit hanya akan dirawat di hospital lain selain hospital elit yang hanya disediakan untuk golongan diraja.

Ads

Lebih daripada enam minggu selepas Arab Saudi melaporkan kes pertamanya, COVID-19 kini mengejutkan apabila menyerang keluarga diraja.

Ads

Dikatakan seramai 150 keluarga diraja dipercayai kontak rapat dengan virus berkenaan, menurut seseorang yang rapat dengan keluarga diraja. – The New York Times

Sumber: Berita Harian

MW: Sekiranya anda mengalami simptom-simptom, cepatlah berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Duduk diam di rumah dan stay safe. 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Prep Muka

Rahsia MUA, Cara Betul Prep Muka Kalau Nak Makeup Smooth di...

Ini rahsia MUA, cara betul prep muka kalau nak makeup smooth di pagi raya. Okay, agaknya kenapa makeup raya selalu crack bahagian hidung dan pipi?