
Jenama kopitiam tempatan, Hock Kee Heritage, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman apabila membuka cawangan kedua berkonsepkan warisan di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
Selepas kejayaan cawangan pertama di Medan Pasar yang dilancarkan awal tahun ini, Hock Kee Heritage kini membawa pengalaman menjamu selera yang menggabungkan nostalgia kopitiam Malaysia dengan sentuhan elegan yang diinspirasikan daripada era kolonial di Tanah Melayu.
Pembukaan cawangan baharu ini bukan sekadar menawarkan hidangan tempatan, malah mengangkat warisan budaya dan tradisi kopitiam yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia sejak turun-temurun.
Konsep Hock Kee Heritage diinspirasikan daripada keanggunan bangunan kolonial dan kelab sosial mewah yang pernah menjadi lokasi pertemuan golongan bangsawan suatu ketika dahulu.
Reka bentuk restoran menampilkan gerbang klasik, ukiran kekisi yang halus, jubin bercorak Peranakan, kehijauan tropika serta halaman yang selesa.
Gabungan elemen tersebut mewujudkan suasana yang tenang dan eksklusif, seolah-olah membawa pengunjung mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu dalam suasana moden.
Menurut Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, konsep itu diwujudkan bagi memberi pengalaman berbeza kepada pelanggan.
“Hock Kee Heritage bukan sekadar sebuah restoran, tetapi destinasi yang mengajak orang ramai memperlahankan rentak kehidupan dan menghayati warisan Malaysia menerusi suasana yang elegan, hidangan eksklusif serta layanan yang mesra.
“Kami berharap setiap kunjungan memberikan pengalaman seolah-olah melangkah ke lembaran sejarah Malaysia yang tidak lapuk ditelan zaman,” katanya.
Selain reka bentuk yang unik, Hock Kee Heritage turut memperkenalkan beberapa menu eksklusif yang hanya boleh dinikmati di cawangan berkonsepkan warisan ini.
Antara hidangan yang menjadi tarikan ialah Cheesy Jumbo River Prawn Bee Hoon, Herbal Chicken with Rice serta Heritage Fried Basmathi Rice with Chicken Satay.
Kesemua menu tersebut diinspirasikan daripada resipi tradisional tempatan yang diberi sentuhan moden tanpa menghilangkan keaslian rasanya.
Setiap hidangan disediakan segar selepas menerima pesanan menggunakan ramuan berkualiti bagi memastikan rasa yang konsisten.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen Hock Kee Heritage untuk terus memelihara warisan kulinari Malaysia sambil memenuhi citarasa pelanggan masa kini.
Sejak ditubuhkan pada 2018 di Johor Bahru, Hock Kee Kopitiam berkembang daripada sebuah kafe tempatan kepada jenama yang semakin dikenali di seluruh negara.
Dengan slogan “One Table, All Malaysians”, jenama ini membawa semangat muhibah yang menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang melalui makanan.
Konsep tersebut turut diterapkan di Hock Kee Heritage, di mana setiap pelanggan dialu-alukan menikmati hidangan bersama keluarga, rakan-rakan mahupun kenalan dalam suasana yang selesa.
Selain mengekalkan keaslian rasa masakan tempatan, Hock Kee Kopitiam juga merupakan restoran yang mendapat pensijilan halal.
Bagi pencinta makanan tempatan, Hock Kee Heritage menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman menjamu selera.
Setiap sudut restoran direka bagi menghidupkan kembali nostalgia Malaysia lama, manakala setiap hidangan pula mengetengahkan resipi yang dekat di hati rakyat Malaysia.
Daripada nasi lemak, laksa hinggalah kopi tradisional, Hock Kee percaya makanan mempunyai keupayaan menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa dan budaya.
Pembukaan cawangan baharu di The Gardens Mall membuktikan komitmen jenama ini untuk terus memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada lebih ramai pelanggan, termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Melalui gabungan suasana klasik, menu eksklusif dan layanan mesra, Hock Kee Heritage berhasrat menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman kopitiam dengan sentuhan warisan yang lebih istimewa.
Assalamualaikum adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tuan puan warga Utara semua!
Ideaktiv menjemput anda ke IKLAN SEENI — ruang untuk SME berkumpul dan sama-sama belajar cara untuk tingkatkan jenama & jualan melalui media.
Untuk yang belum kenal, Ideaktiv merupakan usaha sama antara Astro dan Karangkraf, serta rumah kepada pelbagai jenama media terkenal seperti Mingguan Wanita, NONA, Pa&Ma, RASA, Remaja, Media Hiburan dan pelbagai lagi.
📍Selasa, 14 Julai 2026 di Hotel Sunway Seberang Jaya, Seberang Perai
📍Khamis, 16 Julai 2026 di Hotel Royale Signature, Alor Setar
⏰ Sesi 1: 10.00 pagi – 1.00 petang
⏰ Sesi 2: 3.00 petang – 6.00 petang
Daftar sekarang! 100 RSVP terawal akan menerima voucher bernilai RM50.
🎯 Pakej pengiklanan terhad turut ditawarkan dengan diskaun sehingga 90%.
Daftar hari ini untuk menjamin tempat anda, scan saja Kod QR yang disediakan atau klik di sini: https://www.ideaktiv.com/rsvp-iklan-seeni/
CTOS memperkasakan PKS melalui pemantapan celik kewangan dan solusi pengurusan kredit pintar bagi membina profil perniagaan yang sihat serta dipercayai. Inisiatif ini memandu usahawan membuat keputusan berpandukan data bagi mengurangkan risiko sekali gus membuka akses pembiayaan yang lebih luas.
Agrobank menawarkan solusi kewangan menyeluruh dan fleksibel yang direka khusus untuk memenuhi keperluan usahawan PKS. Agrobank sentiasa menyokong komuniti PKS dengan menyediakan sokongan kewangan yang bersesuaian untuk mengembangkan perniagaan jangka panjang.