Tip Hilangkan Bau badan, Cuma Guna Daun Pandan & Serai. Wanita yang memiliki bau badan biasanya akan berasa rendah diri namun anda boleh hilangkan bau badan ini secara alami dengan menggunakan daun pandan dan serai.

Walau secantik mana sekali pun wanita itu bergaya dengan solekannya, jika mereka memiliki bau badan yang tengik, sudah pasti ia menjejaskan kecantikan dan penampilan diri.

Bau badan biasanya si empunya diri tidak menyedari mereka berhadapan dengan masalah ini. Ia sesuatu yang subjektif dan sensitif untuk diperkatakan.

Tip Hilangkan Bau badan

Semua orang berpeluh, tetapi cara menguruskan badan berbau supaya tidak menjejaskan penampilan diri amat penting. Individu yang menyedari mereka mempunyai masalah bau badan kurang enak sudah pastinya berasa rendah diri. Namun masalah ini boleh diselesaikan asalkan mereka rajin menjaga kebersihan diri.Antara punca badan anda berbau disebabkan oleh toksin, bakteria, genetic, kefein dan rempah.

Tip Hilangkan Bau badan, Cuma Guna Daun Pandan & Serai
Rajinlah menjaga kebersihan diri (gambar sekadar hiasan)

Tip Elak Badan Berbau

*Cukur rambut halus pada bahagian sulit secara berkala

*Pilih pakaian daripada fabrik kapas dan longgar bagi meminimumkan rembesan peluh.

*Paling penting, pastikan anda mandi setiap hari terutama sebelum melangkah keluar rumah. Ini kerana biarpun anda sudah mandi pada sebelah malam, badan juga boleh mengeluarkan peluh ketika tidur.

IKLAN

*Sekiranya badan tidak dicuci, ia akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan terutama apabila anda mula berpeluh ketika sudah melangkah keluar rumah.

*Gunakan sabun mandi yang mempunyai bau harum yang mampu tahan lama dan sabun keseluruhan tubuh anda terutama di bahagian berlipat seperti belakang lutut dan ketiak.

*Gosok seluruh tubuh menggunakan span lembut dan bahan sental berbau harum untuk menyingkirkan kulit mati.

*Basuh dan syampu rambut setiap hari terutama bagi yang bertudung atau memiliki rambut berminyak untuk mengelak bau berkumpul hingga menjejaskan penampilan.

IKLAN

*Sapukan deodoran mencukupi pada bahagian ketiak sebaik selesai mengeringkan tubuh selepas mandi. Sapukan dua lapisan deodoran bagi mendapatkan lebih perlindungan daripada bau tengik.

*Semburkan penyembur badan yang harum dan segar, tetapi berbau lembut ke seluruh tubuh sebelum menyarung pakaian.

*Pakai pakaian bersih yang sudah dicuci dan dikeringkan sempurna. Jangan menyarung baju yang belum dibasuh. Biarpun ia kelihatan masih bersih, ia menyembunyikan bauan tidak menyenangkan yang akan bergabung dengan peluh baru.

IKLAN

*Sentiasa bawa minyak wangi dalam beg tangan supaya ia boleh disapu sekali lagi sekiranya badan mula berpeluh.

*Elak mengambil makanan yang terlalu kuat baunya dalam jumlah banyak seperti bawang putih, petai dan durian.

Tip Hilangkan Bau badan, Cuma Guna Daun Pandan & Serai

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Pesanan istimewa Vicha

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI