Hikmah Tangguh Hasrat Sambung Belajar & Menetap Di London, Rupanya Pasangan AF1, Khai-Rosma Bakal Dapat Anak Ketiga!

Share

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.Kita merencana sesuatu, tapi tuhanlah sebaik-baik perancang, menentukan yang terbaik buat setiap hambanya.

Itulah yang tertulis buat pasangan suami isteri yang dipertemukan jodoh didalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim pertama, Khai dan Rosma.Baru-baru ini, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi,38 atau lebih dikenali dengan nama Khai ada berkongsi status di instagram mengenai hasrat menangguhkan impian untuk sambung belajar dan menetap di kota london bersama keluarga.

Rupanya penangguhan impian tersebut,ternyata mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Khai mengumumkan bakal menimang anak ketiga, apabila isterinya Rosmayati Sidik,33 atau dikenali Rosma telah disahkan mengandung hampir 2 bulan.

Berikut merupakan perkongsian status yang dikongsikan;

“Alhamdulillah..Syukur keatas nikmat rezekiMu Ya Allah…Kami hanya merancang Engkaulah yang menentukan. Impian saya sekeluarga menetap di London pada Sept ini untuk sambung belajar tidak dapat dilaksanakan mungkin kami sekeluarga belum betul-betul bersedia lagi.”

“Tapi semua itu ada hikmah disebaliknya, Engkau hadiahkan kami cahaya mata ketiga. Kini Isteri saya sah mengandung untuk anak ketiga kami. Kandungan baru dalam 5-6 minggu. Doakan kandungan isteri saya dalam keadaan sihat & dipermudahkan segala urusannya. Amin.”

Minta Alahan & Rasa Mengidam

“Yang saya minta. Segala alahan, mengidam biarlah saya rasa dari anak sulung & kedua lagi (macam-macam juga lah bila lelaki mengidam ni). Cuma arwah abah saya pernah bercerita, Ngah nak minta semua tu boleh tapi “sakit melahirkan anak jangan lah minta sebab hanya perempuan sahaja yang mampu menanggungnya kaum lelaki belum tentu lagi”.

Lelaki paling sakit ketika berkhatan (betulkan?), itu tak sama masa melahirkan anak seperti 40 tulang rusuk dipatahkan serentak tapi perempuan tetap nak melahirkan anak lagi.Lelaki sekadar sakit berkhatan je tapi belum tentu nak berkhatan lagi kan…hahaha (ayat ni sumber daripada ustaz ye) hihi

Rancang Semula Tahun Depan

Menetap & belajar di London adalah salah satu impian besar saya. Perancangan akan dilakukan semula, InsyaAllah… saya akan cuba pada tahun depan pula. Kalau tahun ni berempat, tahun depan berlima lah kami fly ke sana nnti. Amin..

Saya doakan korang semua capai impian korang juga ok. Apa-apa pun perkara yang baik kita kena paksa buat. Kalau tak paksa & tak berkorban tidak akan jadi perkara baik tersebut.

Mingguan Wanita ucapkan tahniah buat pasangan ini kerana bakal menerima cahaya mata.Semoga kandungan bayi membesar dengan sihat dan sempurna dan Khai dapat mengejar impiannya untuk sambung belajar dan menetap di London.

Sumber: Khai Rosma

IKLAN