Dalam menjalani kehidupan, kita perlu menukar mimpi kepada impian nyata.

Saat mengejar mimpi, kita harus sentiasa selalu semangat dan menjauhkan diri dari rasa malas yang terkadang muncul. Untuk menjadi orang sukses kita perlu bekerja keras dan perlu ada sifat pantang menyerah.

Di sebalik manis berhijab dan tubuhnya yang kecil, Nor Diana mencipta fenomena dengan menjadi wanita muslim pertama yang menyertai acara gusti profesional yang sebelum ini dikuasai lawan sejenis. Untuk memastikan kulit kepalanya sentiasa segar dan bebas gatal, Nor Diana gembira memilih Sunsilk dengan Activ Infusion Baharu sebagai syampoo hariannya.

Sekaligus mewakili generasi Gen Z yang kekal aktif dan sihat. Kejayaan dicapai membolehkan namanya tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia dua tahun lalu.

Bercerita mengenai dirinya, kata gadis aktif ini, dia seorang yang pemalu.

“Tapi bila mendengar alunan muzik dimainkan sebelum bertarung, sifat saya terus bertukar garang dan menjadi seperti burung phoenix yang terbang bebas di udara. Ketepikan perasaan malu itu dan terus berlawan tanpa mengira saiz badan lawan.

IKLAN

“Penggusti luar negara badan semuanya besar tapi saya terinspirasi dari kata-kata jurulatih dan mengambil aura ‘phoenix’, saya akan menentang lawan sehabis baik walaupun kadangkala terpaksa menempuh kesakitan akibat serangan balas lawan,” jelasnya.

Hidup Mesti Bebas dan Keluar Kejar Impian, Penggusti Pro Nor Diana Gadis Phoenix Bertanding Di Eropah
Betubuh kecil namun dirinya tak pernah gentar berhadapan lawannya. Tak hairanlah nama Nor Diana digeruni pihak lawan dan dirinya bakal bertanding di Eropah dalam masa terdekat

Kejayaan dicapainya hari ini, bukan semudah diucap dengan kata-kata. Kesakitan, latihan keras termasuk membuat latih tubi sebanyak 60 kali sehari dan paling penting yakin pada diri sendiri.

Nor Diana atau nama sebenarnya Syaradeeba Khamarulzaman akui sebagai wanita dia tidak pernah menerima keistimewaan dari jurulatih sewaktu latihan instensif kerana dirinya akan berlawan dengan pengusti lelaki bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik sebelum menyertai sesuatu pertarungan.

IKLAN

Beliau mengakui ramai golongan lelaki dan wanita pernah mencuba nasib menjadi penggusti seperti dirinya namun berhenti di pertengahan jalan kerana tidak sanggup berdepan dengan latihan fizikal yang padat dan mencabar sebelum diberikan peluang untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan gusti.

Hidup Mesti Bebas dan Keluar Kejar Impian, Penggusti Pro Nor Diana Gadis Phoenix Bertanding Di Eropah
Sentiasa bersemangat sebaik memasuki gelanggang gusti

Bagi gadis manis ini, setiap orang perlu mengejar impian. Jangan pernah merasa adanya halangan kerana setiap orang mempunyai hak untuk menggapai apa disukainya. Keluarlah dari mimpi dan capai impian masing-masing. Semua boleh dilakukan tanpa batasan.

Bahkan dirinya menolak wanita bukan lemah dan bukan juga lembut sebaliknya terus terbang tinggi dan bersedia bertanding di Eropah dalam masa terdekat.

IKLAN

Di sebalik hijabnya, Nor Diana gembira memilih syampoo Sunsilk kerana menyakini  jenama unggul ini.

Ini kerana  kandungan syampoo Sunsilk dengan Activ Infusion Baharu  ini membuatkan rambut berbau harum, kekal lembut dan paling best ia tahan sehingga 48 jam lamanya kerana rumusan syampoo ini diselitkan dengan Tea Tree Oil, Pro AD Activ Protein dan Vitamin B3 yang menjadikan rambut kekal rambut segar dan wangi tanpa gatal, sehingga 48 jam.

Gabungan unik minyak protein dan vitamin yang berfungsi secara efektif ini membuatkan pengguna kekal aktif dalam bersukan sekalipun sukan lasak dan ia pasti disukai ramai gadis yang memiliki masalah rambut kepam dan berbau.

Bagi Nor Diana, dia memilih Sunsilk atas kepercayaan jenama selain berasa yakin diri kerana hijab bukan pengikat kreativiti. Bahkan Sunsilk hadir untuk memperkasakan wanita untuk menjalani kehidupan seharian dan membuktikan hijab bukan penghalang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI