Kesian anak-anak masa musim PKP ni, mujur ada Astro hiburkan dengan macam-macam channel percuma. Kadang-kadang bila dah tepu, macam-macam hal boleh berlaku dengan anak-anak… Ada yang tak boleh dicuit langsung, mulalah menjerit…”ibu tengok abang ini,” lepastu si adik pun sama jugak tak nak kalah mengadu juga.

Buat ulang kaji sudah, bagi tengok kartun pun sudah, bagi main permainan pun sudah…makan, solat dan nap time pun sudah. Apa kata hiburkan anak-anak dengan memperkenalkan mereka dengan teknologi. Admin pun dah buat di rumah, anak-anak pun semangat nak main dengan haiwan virtual ni. Berikut adalah caranya.

____________________________________________________________________

  1. Memandangkan MW guna phone jenis Android, perkara pertama kena download apps Augment – 3D Augmented Reality di PlayStore.
Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!
Muat turun aplikasi Augment – 3D Augmented Reality

2. Kemudian pergi ke ruangan carian (Google), taip haiwan yang kita kehendaki. Contoh kambing (goat).

Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!
Pergi ke search engine “google” dan buat carian binatang. Contoh cuba search “Goat”.

3. Di halaman yang sama, skroll ke bawah sedikit dan anda pasti terjumpa “Meet a life-sized goat close up.” View in 3D seperti gambar ini.

IKLAN

Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!

3. Langkah seterusnya klik kekotak view in 3D itu, dan akan muncul seekor kambing di skrin telefon lengkap dengan bunyi kambing.

Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!

IKLAN

4. Seterusnya klik kekotak ‘View in you space’, ikut arahan seperti yang tertera di skrin telefon bimbit anda. Kemudian akan muncul kambing virtual di ruang tamu anda.

Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!

IKLAN

5. Kemudian suruh anda berinteraksi bersama kambing dan juga pilihan haiwan lain. Ambil gambar sebanyaknya ya.

Hiburkan Anak-anak Dengan ‘Virtual Zoo’ Di Rumah, Confirm Anak Suka!

Selain kambing, ini senarai haiwan lain yang boleh kita jumpa dalam bentuk 3D juga di google.

Selamat mencuba ya anak-anak sekalian. Mesti riuh rendah rumah jadinya bila masing-masing nak bergambar dengan macam-macam jenis haiwan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI