Hati ibu mana tak tersentuh. Hati seorang ibu pastinya akan tersentuh apabila anak kesayangan menjadi mangsa buli. Terbaru Penyanyi senior hebat Ning Baizura mendedahkan tunggalnya Ryan Sky Dalton pernah menjadi mangsa buli.
Hal tersebut berlaku dikalangan rakan Ryan yang mengejeknya berdahi jendul dan mengutuk keluarga mereka.
Ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang kematian seorang pelajar bernama Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli.
Apabila menyentuh tentang buli Ning juga mempunyai pengalaman di mana anaknya dibuli dan sangat risaukan kesihatan mental anaknya.
“Anak saya pernah dibuli. Sekarang ini buli bukan saja secara fizikal, tapi juga siber.
“Bila saya tanya macam mana dia dibuli, dia kata rakan-rakan ejek dahi jendul dan kutuk keluarga kami,” ungkap Ning Baizura seperti mana dipetik mStar Online.
Tidak hanya berdiam diri, Ning mengambil pendekatan yang tegas dengan menyimpan bukti perbualan.
“Sebagai ibu, saya ambil tindakan berjumpa dengan keluarga pembuli kerana saya sudah tangkap layar semua mesej sebagai bukti.
“Saya juga berbincang secara terbuka dengan mereka sebab bagi saya, komunikasi sangat penting dalam menangani isu sebegini.
“Sebagai ibu bapa perlu tahu apa yang mereka tulis dan macam mana cara mereka bercakap,” kongsinya.
Ning juga memuji anak lelakinya itu yang bersikap matang.
“Bila saya berbincang dengan dia, Ryan kata nak selesaikan sendiri.
“Beberapa hari kemudian dia beritahu semuanya dah selesai. Sekarang masih berkawan dengan mereka, cuma dah tak rapat,” jelas Ning.
Baca Disini : Kes Buli Zara Qairina, Wajah Pelajar Didakwa Terlibat Tular Di Media Sosial Walau Tiada Kesahihan
Sumber : Treads Faradhiya
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.