Memang tak sangka ada penceroboh sebelum kebakaran pusat Tahfiz!
Ini satu berita yang agak mengejutkan apabila muncul satu maklumat baru hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.
Ads
Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.
“Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.”
Ads
“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.
Ads
“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Musim nak raya inilah, ibu kena ambil tahu cara cuci botol susu dengan cara lebih terperinci. Sebab bukan rumah sendiri, jadi kena ready barang-barang yang perlu di bawa. Dah sampai rumah orang, macam-macam yang tak ada nanti!
Ok, ibu… tentu anda pernah cium botol susu yang baunya masam. Bau botol susu ini biasanya disebabkan cara mencuci botol yang kurang tepat. Apalagi botol susu yang diperbuat daripada plastik. Bau susu yang melekat akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Jika dibiarkan ini boleh mengganggu kesihatan si kecil.
1. Berus khas cuci botol susu anak
2. Sabun pencuci botol anak.
3. Tempat keringkan botol.
Nah, ini adalah beberapa tip untuk menghilangkan bau kurang enak pada botol susu…
1. Leraikan botol susu dan rendam dengan air hangat agar bekas susu yang melekat hilang.
2. Gunakan berus botol, gosok perlahan-lahan untuk membuang kotoran yang masih melekat. Berus mulai dari bahagian bibir botol dengan gerakan memutar sehingga bahagian dalam botol. Ini penting, agar susu yang masih melekat dapat dihilangkan semua.
3. Bersihkan puting dengan menggunakan berus yang berbulu lembut. Atau jika perlu ibu perlu buang sisa susu dengan berus gigi yang lembut.
4. Setelah botol dan puting dibersihkan jangan lupa untuk membersihkan petutup botol. Pastikan petutup botol bersih.
5. Bersihkan botol susu dengan menggunakan sabun pencuci khas untuk bayi untuk memastikan semua kuman dan kotoran pada botol susu yang melekat dapat dihilangkan.
6. Setelah botol dicuci dengan bersih, didihkan air lalu masukkan botol susu ke dalam air yang mendidih. Biarkan hingga 15 minit.
7. Biarkan botol hingga benar-benar kering. Setelah kering baru simpan dalam tempat khusus. Pastikan ibu memasang kembali botol susu.
Haaa… senang bukan? Cuma itu cara untuk menghilangkan bau busuk pada botol susu. Botol susu yang bersih akan membantu mengurangkan risiko sakit pada si kecil. Semoga informasi ini bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selama ini macam mana cara kita peram buah. Simpan buah dalam guni, bungkus surat khabar atau letak saja dekat dapur sampai buah muda berubah warna dan tunjukkan tanda dah masak. Rupanya ada cara tepat macam mana nak peram buah bagi masak dengan elok.
Buah yang masak biasanya kita simpan dalam peti sejuk. Letak sekali dengan sayur-sayuran dalam satu bahagian rak peti. Rupanya cara ini salah ya puan-puan. Buah akan sebabkan sayur cepat rosak.
Fahamkan alasannya dan cara betul peram buah ini dikongsikan oleh Tuan Ashraf Shuib, penulis buku Jimat Dari Dapur dan usahawan pertanian, Abi Melon. Semoga selepas ini hasil buah yang diperam cantik kejadiannya.
“Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
“Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
“Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
“Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak.
“Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.”
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Periksa buah yang diperam tu setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene, mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!