‘Hanya Doa Dan Air Mata Menemani’ 11 Hari Melahirkan, Isteri Masih Ditidurkan

Share

Selepas 11 hari melahirkan bayi secara pembedahan, isteri ini Faiqah masih ditidurkan. Bayi lelaki pramatangnya yang dikeluarkan pada usia 31 minggu itu juga masih berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bawah pemantauan doktor.

Sebagaimana ibunya yang ketika ini sedang bertarung nyaw di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana ada jangkitan pada paru-paru dan kadar jangkitan dalam darah. Baginya juga mengalami keadaan yang sama, paru-parunya ada jangkitan.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan saya ketika ini sayang. Allahurobbi.. tiada kata-kata yang dapat diungkap. Hanya doa dan air mata yang sentiasa menemani

.” Kongsi suaminya, Mohd Zulkifli Mohdisa lewat facebook miliknya.

Ketika ini, dia di rumah menjaga anak perempuan sulung mereka, Siti Aisyah. Mengharap dengan doa agar isteri dan ibu mereka yang masih ditidurkan itu kembali sedar.

Sebelumnya, Faiqah dijangkiti Covid-19 dan keadaannya yang tidak baik itu membuatkan dia terpaksa ditidurkan.

Baca juga : Isteri ditidurkan hingga stabil, suami ambil keputusan rahsiakan kehilangan anak hingga tiba masanya.

Isteri Masih Ditidurkan, Bergantung Alat Bantuan Pernafasan

Pada 5 Ogos lalu, kadar oksigen Faiqah turun mendadak sehingga 51 peratus. Dan memerlukan alat bantuan pernafasan seratus peratus.

Beberapa hari lalu, Mohd Zulkifli memohon agar mendoakan isteri dan anaknya. “Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan. Masih perlukan alat bantuan pernafasan. Alhamdulillah walaupun sedikit tapi beliau menunjukkan perubahan positif.

Dan saya masih mengharapkan keajaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak saya pulih. Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya.

Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.

Maafkan Isteri Saya, Doakannya Dan Bayi

Maafkanlah isteri saya jika beliau ada mengguris hari sesiapa. Doa kalian masih saya harapkan. Diharap kalian semua juga sentiasa di dalam kesihatan yang baik dan di dalam lindunganNya. Stay safe, jaga diri.”

Kisah Faiqah dan bayi ini sama jalan ceritanya dengan ibu-ibu hamil yang terkesan kesihatannya selepas dijangkiti Covid-19. Buat keluarga yang sedang berdepan ujian hebat ini, semoga kalian diberi kekuatan olehNya untuk terus tabah.

Marilah sama-sama menjaga dan mengikuti pematuhan SOP. Dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar virus maut ini dapat dilenyapkan dari bumi Malaysia tercinta ini.

Mingguan Wanita : Mendoakan agar Faiqah dan bayinya kembali pulih dan dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Sumber/Foto : Mohd Zulkifli Mohdisa , majalan Pa&Ma

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

IKLAN