Hantar Mesej Tak Berjawab, Rupanya Suami Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti Covid-19

Share

Isteri hantar mesej tak berjawab, rupanya suami meninggal dunia selepas mendapat rawatan di hospital akibat dijangkiti Covid-19.

Sebelum suami ditidurkan, wanita ini sempat berbalas mesej. Namun tidak lama selepas itu suaminya tidak lagi menjawab mesej. Rupa-rupanya suaminya telah ditidurkan sebelum meninggal dunia.

Hantar Mesej Tak Berjawab

“Selamat pagi sayang… Assalamualaikum sayang,” itu kiriman mesej WhatsApp terakhir Azliza Mohd Rosli, 37, kepada suaminya sebelum mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia akibat Covid-19, Jumaat lalu.

Suaminya, Hamzah Md Yusuf, 44, meninggal dunia selepas sembilan hari menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, akibat dijangkiti virus itu.

Katanya, dia tidak dapat melepapkan mata sepanjang malam apabila mesej yang dihantar tidak dijawab, malah panggilan juga tidak terjawab.

Selepas Dijangkiti Covid-19

“Kami berbual dalam WhatsApp bermula jam 12 tengah malam, sebelum meminta izin suami untuk membuat panggilan video dan memintanya supaya jangan tidur.

“Suami ada membalas memberitahu yang dia sukar untuk tidur dan itulah kata-kata terakhirnya kerana panggilan video yang dibuat kepadanya langsung tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, dia beranggapan suaminya mungkin keletihan dan ingin berehat, namun Azliza tetap mencuba menghantar mesej kepada suaminya itu.

Rupanya Suami Meninggal Dunia

“Saya masih cuba menghubungi suami kerana tidak tahu yang dia sebenarnya sudah ditidurkan.

“Sekitar 8.30 malam, barulah saya menerima panggilan telefon dari hospital yang memaklumkan suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Azliza berkata, arwah suaminya bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Kuala Ketil dan mereka bertemu jodoh hampir tujuh tahun lalu selepas pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

Baca Juga Di Sini :

12 Ahli Keluarga, Ibu Ayah Yana Samsudin Positif Covid-19, “Semoga Mereka Kuat, Kami Jauh”

“Dapat Tunaikan Permintaannya.” Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19 Hadapi Detik SUKAR Kebumikan IBU Sendiri

Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata, Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit

Usia Kandungan 30 Minggu Positif Covid-19 Tahap 5, Merayu Doktor Belah Perut Selamatkan Anak!

“Arwah Takut Tak Sempat Minta Maaf. “ Ibu Redha Satu-Satunya Anak Meninggal Dunia

Buntu Menyara Keluarga

Allahyarham Hamzah meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri dan seorang lagi hasil perkahwinan bersama Azliza.

Azliza pula mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.

Semua termasuk tiga anak tirinya tinggal bersama Azliza serta mereka sangat rapat dan memanggilnya dengan gelaran umi.

Azliza berkata, dia kini buntu bagaimana untuk menyara keluarga memandangkan sebelum ini arwah suaminya yang menjadi tonggak keluarga.

“Saya memang tidak pernah bekerja dan kini hanya menggunakan baki wang yang ada untuk menyara keluarga,” katanya.

Mingguan Wanita : Wanita ini bukan saja kehilangan suami, malah hilang juga tenpat bergantung dia dan anak-anak. Semoga dia kuat untuk meneruskan kehidupan mendatang.

Sumber : myMetro

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN