tauhu kering

Mudah sangat rupanya mak-mak boleh buat tauhu kering atau fucuk sendiri di rumah. Hanya menggunakan air soya segar tanpa gula.Bukan apa, bila buat sendiri, lebih terjamin tahap kebersihannya, halal malah hilang segala keraguan dari segi cara pemprosesannya. Masak tumis air letak telur dan kentang pun dah cukup sedap!

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

Berikut perkongsian cara membuat tauhu kering ini oleh Zaujah Abu Syuhadah sebagai rujukan;

Bahan-Bahan:

1 Bungkus Air Soya Segar (tanpa gula)
1 Batang Chopstik

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

Cara Membuat:

1.Panaskan air soya segar didalam periuk. Gunakan api yang paling perlahan.

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah2.Biarkan air soya panas dan tidak perlu dikacau sehingga membentuk lapisan berkedut-kedut pada bahagian atas.

IKLAN

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah3.Apabila lapisan tersebut berwarna kekuningan, ambil pisau dan lalukan dikeliling tepi periuk bagi memudahkan lapisan diangkat nanti.

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah4.Selepas itu, ambil chopstik dan angkat lapisan tersebut dan tarik perlahan-lahan.

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

IKLAN

5.Jemur pada cahaya mata hari sehingga benar-benar kering.

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

Halal & Terjamin Bersih! Guna Air Soya Segar Buat Tauhu Kering @ Fucuk Sendiri Di Rumah

IKLAN

Siap! Selamat Mencuba!

Posted by Lemang Biru on Sunday, 11 November 2018

Senang sangatkan, cara buatnya. Tak renyah pun yang penting perlukan kesabaran malah jimat kos!

Sumber:

Zaujah Abu Syuhadah , Lemang Biru

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI