Dunia fesyen tempatan kini bernafas dengan aura kemewahan baharu apabila Amber Eksklusif Casual Wear, jenama di bawah naungan Usanita Sdn Bhd, melancarkan koleksi premium terbaharu mereka, Somewhere Somehow Someone.
Lebih istimewa, dua figura ikonik tanah air, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, dipilih sebagai duta rasmi menyatukan aura bintang dan fesyen dalam satu pentas eksklusif.
Dicipta khusus buat golongan T20 yang menghargai gaya kasual berprestij, koleksi ini menggabungkan rekaan moden kontemporari, fabrik premium, dan kemasan mewah yang memancarkan elegan serta keyakinan diri. Setiap helaian adalah simbol status, cita rasa, dan pencapaian, manifestasi seni berpakaian yang dirangka untuk mereka yang tahu nilainya.
Menurut Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang sebagai duta adalah keputusan yang selari dengan DNA Amber.
“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna kepada DNA Amber penuh gaya, berkarisma, dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen. Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia.”
Pelantikan Dayang Nurfaizah kali ini turut mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya beliau bersetuju menjadi wajah rasmi bagi sebuah jenama tempatan.
“Dayang memilih untuk bersama Amber adalah satu penghormatan besar buat kami. Kepercayaan beliau terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa membuktikan fesyen buatan Malaysia mampu berdiri setaraf jenama global,” tambah Datuk Adzliana.
Koleksi Somewhere Somehow Someone hadir dengan rangkaian rekaan eksklusif yang memenuhi gaya hidup sofistikated, antaranya Zip Up Scuba Collar Sweater, A-Line Scuba Skirt, Short Sleeve Polo Shirt, Cascade Short Jacket, Knit Cardigan, Side Pleated Skirt dan Easy Trench Coat.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE