
Urat Timbul
Hantaran pengguna Threads, @snabs94, mengenai urat timbul di dahi tular selepas meraih lebih 1.8 juta tontonan. Dalam masa yang sama, seorang netizen sempat berseloroh, “Biasa timbul urat ni nak meninggal.”
Namun tanpa diduga, selepas dua hari, wanita berkenaan dilaporkan meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan ketika ke tempat kerja pagi tadi.
Arwah dipercayai OKU pendengaran dan bekerja di sebuah gudang Shopee di Taman Teknologi Senai, Johor. Butiran lanjut mengenai kemalangan masih belum diperoleh.
Berdasarkan gambar yang tular, kelihatan kereta miliknya mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan selepas bertembung dengan lori.
Namun kata-kata gurauan yang ditinggalkan oleh lelaki itu sebenarnya bukan punca tetapi susah sampai ajalnya yang mana hanya Allah sahaja ketahui bila masa kita akan Kembali padaNya.
Apa yang lebih menyedihkan, wanita ini meninggalkan seorang anak lelaki yang tinggal bersama ibunya. Semoga anak yang ditinggalkan kuat semangat dan reda dengan pemergian ibu tersayang.
Sesungguhnya kita milik Allah, sampai masanya pasti akan kembali bertemu Pencipta. Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah—pengakhiran hidup yang baik dalam iman dan Islam. Aaaminn.