
Di sebalik setiap kejayaan atlet wanita negara, tersimpan keberanian, disiplin dan semangat yang luar biasa. Pingat dan kemenangan bukan sekadar hadiah ia merupakan simbol pengorbanan, ketekunan dan azam yang tiada henti.
Untuk mengangkat suara sebenar atlet wanita, Grab Malaysia bekerjasama dengan Liga Wanita Nasional (LWN) memperkenalkan Podcast Mini Grab dibawah inisiatif #SisBoleh. Secara adanya, melalui inisiatif #SisBoleh, Grab Malaysia telah lama memberikan fokus kepada ekonomi inklusif dengan meningkatkan keselamatan, mengubah stereotaip, dan menjana lebih banyak peluang pendapatan untuk kaum wanita.
Podcast Mini ini dihoskan oleh pemain bola sepak kebangsaan, Steffi Sarge Kaur (Steffi Sidhu). Steffi bukan sahaja pengacara, tetapi juga rakan seperjuangan yang memahami cabaran dunia sukan dari perspektif wanita. Pendekatannya yang mesra dan empati membuatkan setiap perbualan terasa santai dan dekat dengan realiti sebenar atlet.
Siri Podcast Mini ini menampilkan perbualan eksklusif bersama tiga atlet wanita negara iaitu Pandalela Rinong (Penerjun Kebangsaan), Syaidatul Afifah (Atlet Boling) dan Aimi Iwasaki (Triatlet). Kisah mereka membuktikan bahawa dengan semangat, keberanian dan keazaman, wanita Malaysia mampu menembusi setiap cabaran dan terus cemerlang dengan berjaya!
Setiap atlet hadir dengan cerita dan perjalanan yang berbeza, namun mereka disatukan oleh disiplin tinggi, keazaman yang kuat serta kekuatan mental yang membentuk mereka sebagai wanita berprinsip dan berdaya saing.
Dalam perbualan yang jujur dan terbuka, mereka berkongsi tentang usaha-usaha untuk terus relevan dan membina keyakinan diri serta cabaran mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi.
Sebagai hos, Steffi bukan sekadar mengemudi perbualan, beliau juga membuka ruang selamat untuk wanita berkongsi pengalaman dan cabaran mereka. Setiap sesi terasa seperti sesi bimbingan untuk wanita yang penuh sokongan, empati dan kata-kata yang menguatkan hati.
Melalui podcast Mini ini, Grab Malaysia terus menyokong pemerkasaan wanita, bukan hanya dalam bidang ekonomi, tetapi juga sukan dan kepimpinan.
Siri Podcast Mini ini menampilkan wanita yang memimpin dengan keazaman, disiplin dan teladan disamping menyampaikan mesej jelas. Di mana apabila wanita diberi ruang, sokongan dan keyakinan, mereka mampu menghadapi cabaran dan melangkah ke hadapan dengan yakin.
Siri Podcast mini ini boleh ditonton melalui pautan yang disediakan. Jangan lupa juga menyokong Final Liga Wanita Nasional pada 27 dan 28 Disember 2025 di saluran YouTube rasmi
Liga Wanita Nasional