Menggoreng tapi tak guna minyak? macam mana tu.Jika kali pertama dengar memang macam pelik dan mustahil.Tapi alat perkakasan dapur ini amatlah sesuai bagi wanita yang sedang berdiet dan nak hidup lebih sihat.Bukan apa, minyak yang berlebihan boleh menyebabkan kadar kolestrol yang tinggi sekaligus penyebab kepada risiko penyakit jantung.

Istimewanya lagi, menggunakan air fryer ni, walaupun tanpa atau hanya sedikit minyak yang digunakan, hasil gorengannya tetap sedap sama seperti menggunakan minyak.Teknologi menggoreng tanpa minyak ni banyak diguna pakai di negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea, Timur Tengah dan Australia, kerana dianggap kaedah memasak yang lebih sihat.

Ini antara 7 kelebihan Menggunakan Air Fryer:

1. Jimatkan Perbelanjaan

Memandangkan air fryer tidak perlu menggunakan minyak, maka jimatlah perbelanjaan bulanan untuk membeli minyak masak yang boleh tahan juga harganya sekarang.Jika selama ini, membeli botol besar minyak untuk memasak, selepas menggunakan alat ni boleh beli botol kecil je.

2. Kurangkan Kandungan Lemak dan Kolestrol

Teknologi air frying dapat menurunkan kandungan lemak dan kadar kolestrol sekaligus membuatkan makanan yang dimasak menjadi lebih sihat. Makanan juga jadi lebih sedap dan lazat.

Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

3. Fungsi Pelbagai Guna

Walaupun kegunaan utama air fryer adalah untuk menggoreng tanpa minyak, namun alat ini juga boleh digunakan untuk memanggang ayam, membuat steak,ikan bakar, kuih dan sebagainya.Memang pelbagai guna dan hasilmasakan juga lebih sekata!

4. Jadikan Makanan Kembali Rangup

Ini antara kelebihan yang best bagi air fryer. Makanan bergoreng seperti goreng pisang, ayam goreng,cucur sayur, kentang, nugget dan sebagainya bila dah sejuk akan jadi lembik, malah jika digoreng semula akan serap minyak yang banyak. Namun dengan menggunakan air fryer ia boleh merangupkan kembali makanan tersebut tanpa menyerap minyak.

IKLAN

Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

5. Tidak Menghasilkan Asap

Satu lagi kelebihan menggunakan air fryer ini adalah ia dilengkapi dengan built in filter yang akan menapis udara tanpa mengeluarkan asap.Jadi takdelah masalah dapur berbau, asap memasak bertebaran satu rumah!

6. Memasak Lebih Cepat & Efisien

Kerja memasak menjadi lebih mudah dan cepat bila menggunakan air fryer ni. Mana tak nya, hanya perlu masukkan dalam periuk, tekan setting suhu dan masa, ia akan masak sendiri.Berbanding menggoreng cara biasa menggunakan kuali, perlu di tunggu dan diterbalikkan agar gorengan tidak hangit. Jadi masa yang ada mak-mak bolehlah buat kerja rumah yang lain.Kan jimat masa!

7. Mudah Dibersihkan

Nak bersihkan air fryer pun tak susah. Mudah sangat. Hanya cuci bekas dan jaringnya seperti biasa dengan air dan sabun setelah digunakan agar ia bersih dan tahan lama.

IKLAN

Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menggunakan Air Fryer

1. Kapasiti (Muatan)

Ada 3 jenis kapasiti bagi airfryer iaitu kecil, sedang dan besar.Kapasiti paling kecil anggaran dalam 0.8KG dan paling besar 10 Liter.Sebelum beli, pastikan penggunaan harian bagaimana,jika keluarga bersaiz kecil muatan air fryer yang kurang daripada 3 Liter sudah memadai.

2. Suhu Harus Tepat

Penggunaan suhu memasak yang tepat akan menghasilkan makanan yang lebih sedap dan sempurna. Suhu temperature pada air fryer biasanya ditetapkan antara 100-200 darjah celcius.Pastikan suhu telah di set dengan betul dan jelas sebelum menggunakannya.

Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

IKLAN

3.Timer dan Auto Shut Off

Selain suhu, tetapan waktu memasak (timer) juga sangat penting agar dapat menentukan tahap kematangan dan tekstur makanan yang diinginkan.Air Fryer turut dilengkapi dengan sistem Auto Shut Off,setelah makanan siap dimasak.

Jadi mak-mak yang nak hidangan lebih sihat, jimatkan masa memasak dan belanja dapur, pujuk-pujuklah encik suami belikan air fryer ni untuk kegunaan dirumah. Tak mahal mana pun, boleh dapat harga dibawah RM200.

Seperti jenama Panasonic , Philips, Russel Taylors dan macam-macam jenama lagi.

Semoga mak-mak dapat menyediakan hidangan yang lebih sihat dan berkhasiat buat keluarga tersayang dengan menggunakan air fryer ini.

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI